Friday 18 January 2013

Pemalu Lah Pulak


Hah, inilah dia, masalah awak, malu tak bertempat! Awak ni malu tak bertempat! Hah tu dia, malu tak bertempat! Eh, orang yang malu tak tentu hala ni dia takde keyakinan diri tau.

Aku memetik skrip yang dilontarkan oleh bk dalan telemovie aku, dia dan tong sampah. Tak, bukan nak kata bk tu bijak berkata2 sebab dah tentu benda ni ada dalam skrip. Dia menyampaikan aje. Cuma yang aku perasan, bk banyak berlakon cerita2 yang ada unsur ayat macam ni. Tak taula dia improvise ke atau memang ada dalam skrip. Tapi memang dia punya prinsip, berlakon untuk memberi pengajaran. Dan dia nampak bijak dalam memilih skrip. Kecuali jiwataiko la kot, citer yang budus sikit huhuhu.

Sekali lagi aku nak tulis sesuatu yang kalau aku tak tulis benda ni, mungkin takde orang yang akan tulis dan orang takkan kenal karakter seseorang yang sebegini. Sebab korang kan semuanya peramah, outspoken, berani, yakin dan semua yang bagus2 lah kan. Dan aku pula sebaliknya. Tapi, macamana aku boleh 'hidup' dengan sifat begini?

Salah satu sebab kenapa orang berat mulut yang aku bentangkan tempohari ialah sebab dia pemalu ya hamat. Malu ni perlu ada dalam diri setiap orang, tapi kalau terlebih pemalu, apa pun tak boleh. Orang camni dipanggil malu tak bertempat. Kat tempat yang tak patut malu pun dia malu.

Betul lah seperti skrip dia atas katakan tu, orang yang pemalu tak bertempat ni dia takde keyakinan diri tau. Mungkin dia ada kekurangan tertentu seperti muka penuh jerawat ker (contoh la), yang dia rasa bila orang tengok dia, dia ingat orang dok perati kan jerawat dia. Lalu dia rasa malu dan rendah diri. Yup! Rendah diri. Seterusnya menyebabkan dia kurang berkata2. Mungkin orang lain akan cakap, alah, orang tak terfikir pun nak tengok kekurangan dia tu, tapi bagi orang ini, kalau tak semua, mungkin sebahagiannya mesti ada yang akan melihat. Takde lah diorang sound, eh, banyaknya jerawat kat pipi kooo... ko tak cuci muka ker? Tapi dalam hati, mesti ada gak yang berkata2, kan? Sebab tu ia dipanggil malu tak bertempat, sebab orang tak cakap apa2 pon, tapi ko yang terasa seolah2 boleh mendengar isi hati orang. Itu juga berpunca dari terlalu banyak berfikir.

Walau bagaimana pun, tidak seperti sifat pendiam yang tidak boleh (atau sukar) diubah (aku rasa lah, sebab aku rasa ia faktor genetik), sifat pemalu ni pula boleh dikawal. Sebab malu ni ialah satu perasaan. Sama juga dengan rasa nervouus. Nervous selalu dikaitkan presentation, performance, assessment.

Sekali lagi, dalam aku dia dan tong sampah, bk ada berkata,

Nervous tu perasaan cik kak oiii. Perasaan boleh kawal. Pandai2 lah kawal.

Kesan langsung kepada sifat malu ni antaranya perasaan gemuruh. Tapi gemuruh tu tidak semestinya orang tu pemalu, sebab gemuruh ni pun satu cabang perasaan. Cuma bila dah pemalu tu, dia sekali pakej dengan gemuruh sekali. Cuma tahap gemuruh tu kecil2an atau besar2an. Ada juga orang yang gemuruh, tapi takde lah dia jenis pemalu.

Aku pernah ada sorang student ni, lelaki, banyak cakap dan jenis huhahuha lah jugak dalam kelas. Kira bukan pemalu la orangnya. Tapi dia ada darah gemuruh yang teruk lah jugak. Bila buat presentation, mula2 muka dia akan merah padam. Kendian dia akan berpeluh2. Bila abis presentation, aku tengok dia macam baru lepas berlari 1km. Lencun. Aku terkejut pada mulanya, tapi lama2 tu dah faham. Kesian pulak.

Kadang2, ada juga orang yang nervous tak bertempat (aku lah tu). Ni tak tau lah datang dari sifat malu ke, dia datang sendiri. Dia datang sebab perasaan takut. Takut pada orang yang sedang dihadapi (seperti boss, vip atau sesiapa yang superior), atau takut kerana salah. Nervous jenis ni datang tak kira tempat. Takde presentation, takde penilaian. Tengah bercakap biasa2 atau tengah meeting je pun boleh nervous. Padahal takde buat salah apa pun.

Bila seseorang itu nervous, dia akan mengalami beberapa komplikasi biologi (pergh! ayat tak kalah). Antaranya jantung berdegup kencang. Air liur tersekat. Suara menggigil atau bertukar. Ayat tunggang terbalik (biasa orang lain tak perasan, tapi diri sendiri tau lah). Tergagap. Blur dan rasa terapung2. Muka merah padam. Telinga panas. Mata berkelip2. Cakap dengan orang tak pandang mata (serius, tak boleh!). Dan sebagainya.

Kalau group presentation boleh lah tolak2 kawan lain suh present ke kan. Tapi bila kena tang presentation individu, nak tak nak memang kena hadapi. Dan kawal!

Tapi masa aku mula bekerja, barulah aku temui, rupa2nya ramai lagi orang lain yang berdarah gemuruh ni. Ingat aku sorang je. Dan yang surprise nya, diorang lagi teruk darjah kegemuruhannya berbanding aku. Ingat aku dah cukup teruk dah. Sampaikan diorang salu tolak kat aku untuk present. Di situ lah aku belajar mengawal gemuruh. Dia tak boleh dibuang, tapi boleh dikurangkan. Sekuat mana kita cuba mengawalnya, perasaan tu tetap datang. Dah macam 'bercinta' pulak aku rasa bila tulis ayat ni hihi.

Tapi, boleh pulak aku mengajar ek? Tak nervous pulak? Haaa tu dia. Aku tak nervous time mengajar sebab student tu 'orang bawah kiter'. Bukan superior. So, aku tak takut kat derang hahaha. In fact, time mengajar aku boleh bercakap dengan lancar dan banyak idea spontan. Tapi, cuba ko letak someone yang bukan student kat situ. Boss, kawan, pegawai penilai, hahhh time tu barulah aku nervous dan keluar simptom2 nervous tu tadi.

Selain itu, malu tak kena tempat juga muncul ketika melihat encik suami di atas pentas. Jadi mc, mengajar, bagi talk dll. Sepatutnya dia yang malu, ni aku pulak. Jadi aku memang tak boleh tengok beliau bekerja.

Satu lagi, sifat pemalu tak bertempat ni juga muncul bila bertembung dengan orang di tengah jalan. Dah tak tau nak buat apa selain senyum. Nak tengok muka pun segan, bertentang mata lagi lah susah. Kalau boleh nak tunduk jer. Kawan aku si shue pernah cerita, ada seseorang tu, asal bertembung dengan orang jek, mesti dia buat2 bercakap kat henfon. Tak tau lah betul ke ada orang telefon atau tidak. Tapi tu tak tau lah, kategori pemalu atau sombong. Aku tak pernah lah sampai cenggitu. Paling teruk pun aku senyum jek. Tu pun orang kata aku sombong. Sebab derang tak tau bahawa aku sebenarnya adalah...

PEMALU!

*ulang intro (macam lagu la... ulang korus)




6 komen:

Irfa said...

ko pemalu ke?
patutlah rqst aku tak approve
hehe..takpelah,nak buat macam mana kalau dah mmg pemalu dr awal

aku ada jugak sifat pemalu tp tgk tempat la..ada ketika hilang terus rasa malu.

Unknown said...

BK tu Beto Kusyairy ke? Akak tak tgk citer ni? Kat channel mana tu ya?..:)

AyunasiA said...

kak yus: siapa lagi... tv9, rasanya ada kat tonton. mesti tengok!

AyunasiA said...

irfa: belum sampai jodoh nak diaccept hahaha boleh?

Anonymous said...

D..malu xpe..tp jgn kemaluan suda.

Alub said...

betul kata BK, eh skrip BK tu...nervous tu perasaan cik kak oii, perasaan boleh dikawal.Pandai2lah kawal

nervous/malu boleh diatasi dgn pengalaman. pastu ada la usaha2 sikit mcm persediaan, baca lah ayat qur'an yg boleh menenang hati etc. (wah ayat pun x kalah! ) hahahaha