Thursday 31 January 2013

Mengejar Kebahagiaan


Kenapa eh, semua orang bercakap tentang cerita The Pursuit of Happyness? Ada tayang kat tv ke baru2 ni? Errr sebenarnya aku baru dengar 2 orang jer bercakap mengenainya. Tapi, kalau dah lebih dari satu, mestilah ia sudah menjadi buah mulut orang kot. Tu 2 orang yang kebetulan aku terjumpa. Yang aku tak jumpa entah2 lagi banyak. Jadi, sebagai seorang yang sedang curious, adalah menjadi kemestian untuk aku turut menontonnya. Masa kuar kat wayang takde pulak orang buat review yang best2. Ker aku yang tak terbaca. Ye lah, tahun 2006, zaman aku menanam anggur. Panggung wayang pun tak mampu jejak. Mana nak carik? Ah, download je lah. Walau pun mungkin sebulan kemudian kot baru boleh siap. Anyway, better late than never kata orang, kan?

Cerita ni dibuat berdasarkan sebuah memoir tulisan watak utama itu sendiri, Chris Gardner. Tajuk cerita ni memang sengaja disalah ejakan 'happyness' tu sebab memang chris ni ada terjumpa perkataan tu disalah eja kat rumah pengasuh anak dia. Kira motto rumah pengasuh tu la kot, Joy, Fun and Happyness. Oleh kerana aku sangat suka dengan cerita ini, maka aku akan buat sinopsis la lebih kurang. Tahu, sinopsis yang lebih tepat boleh didapati dengan menggugel, tapi ah, sukati aku lah kan? Blog aku! Peduli lah tertinggal katebang pun kan. Janji ada. Ko ada? Eh?

Kisah ni berlaku pada tahun 1981. Chris ni ada seorang isteri, Linda, dan seorang anak lelaki Christoper yang berumur 5 tahun (kalo real life 2 tahun). Chris ni ex-navy. Dia bekerja menjual mesin scan tulang (real life medical supplier). So, sepanjang masa lah dia bawak mesin tu ke hulu ke hilir (rujuk benda di tangan kanan dia dalam poster di atas). Dia dah laburkan semua duit simpanan dia untuk membeli mesin ni. Banyak lah jugak, aku rasa dalam 100 bijik kot. Linda pulak kerja di sebuah laundry. Tah, hotel kot.

Pada masa tu, mesin scan tu ada tinggal dalam 6 bijik lagi. Dan pasarannya semakin susut. Hospital pun takmo beli mesin tu sebab bagi derang benda tu macam 'unnecessary luxury' gituh. So, bila tak dapat jual, income pun tarak la kan. Linda pulak terpaksa buat double shift untuk menampung kehidupan mereka. Sementara anak mereka pula dihantar di daycare milik seorang ciner, mrs chu. Kat situ lah chris nampak tulisan happyness tu.

Satu hari, sedang dia bekerja, dia terjumpa seseorang yang baru turun dari sebuah kereta sukan. Dengan rasa kagum, dia bertanya, what do you do, and how do you do it? Dan mamat tu cakap, dia jadi stockbroker yang opisnya ada kat depan tu, Dean Witter Reynolds nama agensi tersebut. Sejak itu, chris dah menyimpan angan nak jadi macam tu. Bila dia menyampaikan hasrat tersebut kepada linda, dia macam tak suka. Sebenarnya dia dah fed up kot dengan kehidupan derang yang macam tu.

Dipendekkan cerita... eh, tak de lah. Panjang lagi aku nak cerita ni.

So, besok tu kot, chris pun pergi lah ke opis dean witter tu sebab derang memang tengah merekrut pelatih internship pun time tu. Dia berjumpa dengan encik HR ni yang bagi borang permohonan. Dia suh jumpa encik jay twistle, bos kat main office. Oh, sebelum dia masuk opis tu tadi, dia tinggalkan mesin scan dia kat sorang minah hippy (gini ke ejaan dia?) yang tengah menyanyi kat depan opis tu. Sedang dia bercakap dengan encik kat opis tu, dia ternampak dari tingkap kaca opis tu, minah hippy tu bawak lari mesin scan dia. Dia pun cecepat lah kejar. Tapi, tak dapat. Dia dah naik tren. Lalu, dia pun balik dengan tangan kosong. Eh, tak, dengan sehelai borang tu tadi. Isy, skema pulak ayat aku ni, kan? Pulak tu main suka2 je guna ganti nama diri 'dia' di mana2. Tapi aku rasa ia sesuai mengikut ayat. Ikut logik.

Eh, lupa laaa. Masa mula2 citer tu, chris ada terjumpa rubik kat rumah. Anak dia punya, kawan linda bagi. Kalau ini kisah benar maknanya, sejak tahun 1981 lagi dah ada rubik tu ek? Ok, lepas tu, chris pun cuba menyelesaikan rubik tersebut. Dan dia hampir berjaya. Tinggal satu baris je. Tapi takde lah dia ikut formula 'fur rur fur ur' bagai tu kot huhuhu.

Besok tu, dia terus hantar borang tu semula ke opis encik jay twistle. Tapi encik jay tu main ambik je, tak sempat cakap apa2 pun. Cuma suruh tunggu call je kalau ada apa2. Balik dari situ, dia ternampak minah yang curik mesin dia. Dia pun kejar lah. Akhirnya dia dapat balik mesin tu. Balik rumah, linda pulak makin dingin.

Sebulan kemudian (selepas dia hantar borang), dia datang lagi berjumpa encik twistle untuk bertanya kan pasal permohonan dia. Mereka bertemu di tepi jalan depan opis ketika encik twistle tu nak naik cab dalam keadaan tergesa2. Chris yang cerdik ni pun cakap dia pun nak pergi ke tempat yang encik twistle ni nak pergi. So, dia dapat naik cab yang sama. Masa dalam cab, chris ni cuba lah promote diri dia, tapi encik twistle ni dok sibuk bermain rubik hihihi. Driver cab tu pun pegang sebijik rubik tu hihi. Musim rubik kot time tu.

Lalu chris pun offer untuk selesaikan rubik encik twistle tu. Si encik ni pulak boleh2 cakap you can't do it bla bla bla. Last2 bila dah nak settle, baru lah dia nampak excited. Akhirnya bila sampai je ke tempat dituju, chris telah berjaya menyelesaikan rubik tersebut. Dah dapat banyak point di situ hihihi. Tapi, dia kan sebenarnya bukan nak pergi ke tempat tu kan. So, dia pun cabut lari. Takde duit nak bayar tambang. Driver cab tu kejar dia sampai je stesen tren (subway kot). Dan bila chris dapat meloloskan diri ke dalam tren tu jek, pintu tren terus tertutup, tak sempat masuk mesin. Maka, tercampak lah sebijik mesin scan di situ. Lalu diambil oleh seorang lelaki gelandangan.

Balik tu, dia call bini dia sebab dia lambat, tak sempat nak ambik anak dia kat taska (tiba2 jadi taska kan...). Tapi bini dia kata, dia nak cabut, bawak anak dia.

Bila sampai rumah, derang dah takde. Dapat pulak call dari encik twistle, suh call secretary dia sebab lusa tu ada interview program internship itu. Yeay! Besok tu dia pi carik bini dia kat laundry dan confront kat situ. Dia nak anak dia. Balik tu dia ambik anak dia kat taska. Malamnya, tuan rumah dia datang tuntut sewa rumah. Dah 3 bulan tak bayar. Dia suh chris kuar sebab besok ada painter nak cat rumah tu untuk next tenant. Tapi chris mintak stay sekejap dan offer untuk catkan rumah tu. So, landlord tu bagi masa lagi seminggu untuk cat rumah tu dan keluar.

Besok tu, tengah dia mengecat, 2 orang pulis datang nak tangkap dia sebab tak bayar saman parking kete. (real life bini dia report keganasan rumahtangga, pastu masuk kes tak bayar tax pulak). Kete dia dah kena tarik dah. Banyak nau samannya. Dia kena bermalam di lokap, besok baru boleh lepas. So, dia call bini dia, suh ambik anak dia kat taska dan jaga untuk semalam.

Besoknya, bila keluar je dari lokap. dia terus berlari ke interview internship. Dengan singlet, jaket dan muka compang camping. Kan dia tengah mengecat semalam kan. Dan dia telah terpilih dalam 20 orang untuk masuk program internship tersebut. Antara 20 tu, seorang je yang akan dilantik pada akhirnya nanti. Tapi dia berbelah bagi nak terima sebab sepanjang tempoh internship tu, takde gaji. So, dia kena berharap pada beberapa bijik mesin scan je untuk hidup.

Balik malam tu, bini dia hantar anak dia balik. Dan bagitau besok dia nak ke new york. Boyfriend adik dia bukak restoran kat situ. So, dia nak kerja kat situ lah. Selepas berfikir semasak2nya (komfem je aku), dia pun decided untuk join the programme. Seminggu kemudian kot, dia pun pindah. Ke motel. Sebelum mula program, dia berjaya jual sebijik mesin. Boleh la hidup lagi.

Dan, bermula hidup chris sebagai seorang intern. Untuk 6 bulan. Dalam kursus tu, instructor tu suka suruh chris buat macam2 seperti gi belikan kopi la, donut la. Ala2 buli gitu. Pada suatu hari, tengah 10 minutes break, chris gi keluar sat. Dan dia ternampak lelaki gelandangan yang membawa mesin scan beliau yang tercampak di stesen tren tu ari. Dia pun kejar (lagi) lalu dilanggar kereta. Sebelah kasut dia hilang. Tak dapat kejar.

Kemudian2, derang diberi tugasan untuk mencari pelabur. Tiba2 aku rasa company tu macam publicmutual plak hihi. Sesiapa yang dapat paling banyak pelaburan, dia lah yang akan dilantik sebagai broker. So, macam2 jenis orang kayes lah yang chris ni approach. (ok, part ni boleh dipendekkan cerita).

Selepas 4 bulan, kesemua mesin scan tulang itu telah habis dijual. Masa tu lah pulak dia dapat surat dari lhdn hihi. Derang dah auto-debit kan duit dalam akaun bank dia untuk bayar tax yang tertunggak. Without notice! Dia ingat tarikh tu, 25 September. Masa tu duit dia dalam akaun tinggal $21.33 jek. Dalam keadaan terdesak, dia pi jumpa jiran kawan dia yang berhutang $14 ngan dia, tapi mamat tu takmo bayar sebab dia kata, dia dah tolong chris pindah tu ari.

Sedang chris kecelaruan di taman permainan dengan anak dia, dia ternampak lagi pakcik gelandangan yang ambik mesin scan dia tu ari (berapa kali ternampak daaa). Dan dia pun kejar (lagi dan lagi). Ok, tapi kali ni tak berkejar2an la, sebab pakcik tu pun tak perasan dia tengah datang kat dia (hah kau, siapa dia dan dia di situ? faham2 je lah). Tapi, bila dah ada potential buyer, tiba2 tengah demo, tak workinglah pulak mesin tu. Ye lah, dah lama kot. Tercampak pulak aritu kan. Macam2 boleh jadi. Kesian jek masa dia bersihkan balik body mesin tu. Eh, bukan tu je sedih, sepanjang citer ni memang sedih kot.

Balik tu, barang2 dia semua dah ada kat luar bilik motel. Dah kena halau la tu kan. Jadi lah dia pulak, orang gelandangan. Malam tu derang tido kat dalam toilet stesen tren. Menangis dia time ada orang ketuk2 pintu toilet tu. Besoknya, dia pergi ke rumah tumpangan (untuk gelandangan). Tapi rumah tu untuk pempuan dan kanak jer. Orang rumah tu cadangkan dia pergi ke sebuah church kot, ada bilik tumpangan jugak, tapi untuk lelaki. Tapi tempat tu ramai sangat. Kena beratur. Dia bukak pukul 5 petang. Hari tu, derang berjaya masuk bilik tu. Dia kira boleh datang hari2 lah. Janji sebelum pukul 5 dah beratur. Tapi tak banyak lah tempatnya.  First come first serve katanya. Malam2 chris ni study sebab dah nak final exam katanya.

Tiba hari exam, dia keluar awal. Terjumpa pulak ngan boss besar yang baru turun dari teksi. Boss ni takde duit kecik agaknya, dia pinjam ngan chris ni, $5. Tu pun berat ati dia nak bagi sebab dia pun tak berduit. Malam tu, dia tak sempat masuk rumah tumpangan. Tah, tido kat mana tah. Dalam tren kot.

Besok tu, dalam keadaan terdesak, duit dah takde, mesin scan tulang perlu direpair kalau nak jual, chris terpaksa menjual darah. Ya, dia jual darah (macam derma darah la, tapi dapat duit). Dengan duit tu, dia beli mentol untuk mesin scan tu. Malam tu dia dapat masuk rumah dan dapat baiki mesin itu. Besok tu, dia terus jual mesin tu kat doktor tadi (yang dia demo tak jalan tu). Dan malam tu, dia tido kat hotel. Tak agak2 tu hihi.

Tiba hari terakhir internship. Chris terjumpa encik twistle dalam toilet. Encik tu cakap, dengar2, dia dah dapat bukak 31 akaun dari pacificbell (company besar kot).

Tengah dia menelefon client, instructor dia panggil masuk bilik meeting. Sedang menunggu, big boss dan encik twistle. Dan big boss bagitau bahawa esok adalah hari pertama dia. Maknanya, dia telah terpilih sebagai broker!!! Fuh! Part ni paling touching sekali ah. Aku tengok second time pun masih nangis lagi part ni. Sebelum keluar, big boss sempat pulangkan duit $5 yang dia pinjam bayar tambang cab tu ari.

Akhirnya, dia pun berjaya. Tahun 1987, dia bukak company sendiri. Dan pada tahun 2006 dia jual sikit saham company dia pada nilai jutaan dolar. Abesss...

Yang bestnya, masa scene terakhir tu, encik chris yang sebenar telah membuat cameo. Kengkonon dia berselisih ngan chris pelakon dan anak nya lah.

Errr best tak citer ni? Sebenarnya best tau. Sinopsis aku ni je yang tak berapa nak best huhuhu. Sehingga di lain kali. Selamat malam... tata!

2 komen:

Anonymous said...

late 70s til mid 8Os rubik cube ws the hip.of the time....

Alub said...

mmg best, sedih sgt.aku dh tgk 4,5 thn yg lepas, beli dvd..pastu masa tv2 tyg pun aku tgk lagi.

ko tgk la pulak citer 'the odd life of timothy green'