Friday 21 December 2012

The Hobbit... An Unexpected Journey




Aku dah tengok! Masa mula2 dengar pasal cite ni, aku terus terfikirkan lotr. Tapi aku fikir balik, bukan dah abis ke lotr? Ada sambungan ker? Tapi selepas membuat kaji selidik (aku ni rajin beno mengkaji yek? patut wat phd dah ni), baru lah ku tau yang cerita ni ialah prekuel lotr. Laaa ye kerrr. Terus teringat pulak citer kl menjerit hahaha.

Aku tengok the hobbit ni semalam. Mentara kerabat2 tu gi menziarahi makam tok nenek derang (tak kena tulah ke aku nanti cakap cenggini?), aku pergi la tengok wayang. Tak sempat nak buat revision lotr sebenarnya. So, tengok tu dalam keadaan kurang bersedia. Ingat2 lupa.

Bila mula jer cite ni, terus aku rasa berpinar2. Sebab gambar dia berlapis, macam versi 3D punya. Tapi aku beli tiket harga biasa dan takde pun disediakan cermin mata 3D. Kompius i. Sempat tu terfikir, ke mata aku ada masalah? Sebab orang lain pun layan jek, tak komplen pun? Aiyokkk nanti kena buat cermin mata ker aku? Mula aku ingat, ye lah, kot dia belum laraskan lens kat projector tu ker kan. Tapi sampai ke sudah macam tu jugak. Akibatnya, aku adalah sangap ok. Menguap2 aku dalam tu. Macam nak tido je dah. Tapi bila mikirkan, dah bayo, takkan nak tido pulak? Maka ku sengkang mata ni.

Bila dah dekat sejam gitu, baru lah ada scene2 menarik, lawak gelak2 sikit, baru lah segar mata aku. Dan sampai lah habis, akhirnya aku keluar pawagam dengan kesimpulan, best lah! Tak sabar nak tengok sambungan dia. Walau pun ada yang aku tak paham, tapi masih boleh tangkap la. Dia berkisarkan cerita pakcik bilbo baggins. Dia nak ceritakan kat frodo, macamana dia jumpa lotr dulu. Kira dulu pakcik bilbo ni ni mengembara jugak lah macam frodo, cuma misi dia lain la. 60 tahun dulu. Cuma dalam perjalanan tu lah dia jumpa lotr.

Aku rasa part yang lawak ialah scene derang nak kena panggang ngan scene teka teki gollum/smeagol ngan bilbo hihihi. Yang aku perasan dalam cerita ni, satu2 scene tu digarap dengan baik sekali sehingga kita rasa puas dengan 'result' bagi setiap scene. Maksudnya scene tu macam lengkap sebelum dia berpindah ke scene seterusnya. Tak tau nak cakap macamana huhuhu.

Dan bila tengok smeagol, terus aku berazam nak kurus semula tahun depan hehehe. Boleh pulak ada unsur motivasi di situ hihihi.

4 komen:

Alub said...

ok aku faham. nnt aku tgk. Jack Reacher dah tgk?best gak...mcm Criminal Minds versi filem.

AyunasiA said...

nak tgk smlm, tp xde? pelik tul. poster ada. nk try besok. sker gak layan kepalahotak penjenayah itu.

Alub said...

ok aku dah tgk The Hobbit!

kalau aku buat ulasan pun rasanya mcm ko jugak sbb stgh bnda tu x berapa nak faham sbb dh lupa dh sequel LOTR mcm mana. dah la laras bahasa nya..dgn istilah nya, nama berbelit2 nak nyebut.

pasni yg jd bilbo baggins tu mesti femes kan.

AyunasiA said...

kannn... aku tang gollum tu je yang faham dengan jelas.

aku pun dah tengok jack reacher. kesimpulannya dia macam jack bauer versi lemah lembut hihi