Wednesday 5 December 2012

Strimiks!

Selama ni aku asik mengdownload jek. Tak pernah mengupload. Video. Kalau gambar tetiap hari aku upload kat sini ha. Tetiba seseorang telah mencadangkan aku untuk upload balik citer2 yang aku download selama ni. Sebab link yang aku guna dulu banyak yang dah invalid atau removed atau deleted by the owner kot. Ye lah, sejak 2-3 minggu ni ramai lah pulak dah ter'jatuh cinta' pandang pertama, kedua, ketiga kat bet0, kan. Aku faham. Faham sangat. Bila itu berlaku, kiter akan menggugel semua citer lakonan beliau untuk didownload. Tapi,  agak mengecewakan bila mana baru rasa nak hepi tengok ada website yang bagi link download citer2 tersebut, tapi bila klik...

This file is either removed due to copyright claim or is deleted by the uploader.

So, mereka mencadangkan agar aku upload semula citer2 itu dan share dengan pada supporter sekalian. Dan dengan baik hatinya, aku pun try uploading. Memula aku cuba kat utube. Kali pertama, lagi 5% nak siap, aku dah kena pergi kerja. Nak tak nak terpaksa burn je lah. Tu upload dari malam tu tau. Kali kedua aku start dari petang (balik kerja), tapi bila siap, dia kata, file terlalu besar. Kena bayar kot kalau upload lebih dari 10 minit. Ek? So, aku pun berputus asa dengah utube dan cuba di hotfile. Ikut pengalaman, aku tak berapa suka hotfile sebab dia tak boleh download serentak. Kalau dah siap satu, kena tunggu 30 minit baru boleh download lagi. Sekarang aku lagi suka rapidshare. Tapi, aku malas nak register2 ni. Kebetulan aku dah register hotfile lama, so aku guna hotfile jek. Biar orang yang download tu nanti turut merasai apa yang aku rasa selama ini hehehe. Sila bertabah dan bersabar yea.

Menyedari yang strimiks yang aku langgan adalah yang paling minimum, iatiu 384kbps (giler siput!), aku tunggu sampai banyak baru nak publish kat orang. Takmo la bagi orang tertunggu2. Dalam jahat ada baiknya aku ni tau. Tapi nak tunggu banyak tu pun bukan sekejap. Kalau sehari aku dapat upload satu episod, maka kalau ada 26 episod, tak sebulan? (mengambil kira kes2 network interrupted tengah jalan).

Ok, kebetulan bercakap pasal upload download ni, biar aku jadikan entry ni berbaur ilmiah sikit. Aku nak citer sikit pasal strimiks. Setakat yang aku belajar dulu je lah ek. Nak tau lelebih sila tanya cik gugel.

Nama strimiks ni diambil dari kata akar stream. Dalam telecomm. kita selalu gunakan istilah upload dan download. Kalau kita ambik data dari internet (server), dan simpan dalam pc kita, kita panggil download. Kalau kita ada data dalam pc kita, dan kita simpan dalam internet (server), kita panggil upload.

Strimiks pulak menggunakan satu sistem yang bernama ADSL. Nampak kat modem tu ada tulis adsl, kan? ADSL tu stand for 'assymmetric digital subscriber line'. Assymmetric tu maksudnya tak simetri la. Kalau simetri tu kiri kanan sama, kan? Jadi kalau dah tak simetri tu maknanya tak sama lah kan. Apa yang tak sama? Yang tak sama ialah aliran uploading dan downloading itu.

Cer bayangkan hiway ngan jalan kampung. Dalam adsl, laluan untuk downloading adalah hiway, manakala uploading adalah jalan kampung. Kenapa dibuat sedemikian? Alasan nya ialah pengguna biasanya lebih banyak mengdownload berbanding mengupload. Betul tak? Dalam sehari, berapa kali kita upload? Kalau guna fb, kita upload gambar atau update status 2-3 perkataan. Ciput sangat, kan? Tak memerlukan hiway pun sekelip mata dia dah sampai. Kalau blogger, kita upload gambar, pastu type entry 100 patah perkataan. Tu pun sehari sekali dua jek.

Tapi download? Download ni bukan setakat download gambar, video, malah bila kita bukak sesuatu website tu pun dah banyak downloading berlaku di itu. Cukup bukak blog aku sudah lah. Dengan gambar headernya, sidebarnya, background jalur2 dan bunga2nya (terpikir kah anda kenapa aku ada 2 background? tak, kan?), iklannya, dll. Tu belum lagi bila angin aku menepek gambar tanpa memikirkan perasaan orang lain tu. Pendek kata, memang betul, kita lebih banyak mendownload berbanding upload.

Dan, oleh kerana strimiks aku adalah 384kbps, maka hiway yang aku ceritakan di atas tak ubah seperti jalan  batupahat-kluang dan jalan kampung itu ialah jalan paritlapissempadan. Jadi, faham lah kalian kalau aku katakan aku memerlukan semalaman untuk mengupload 1 episod drama wasiat. Eh?

Ok, stay tune untuk pelancaran drama yang boleh didownload di blog ini dalam sedikit masa lagi hehehe.


2 komen:

Alub said...

hohoho. mmg bijak IT. aku pun baru tahu ADSL tu hihihi

AyunasiA said...

ADSL tu satu subjek elektif aku masa final year. satu lagi subjek, GPRS.