Wednesday 19 December 2012

Luahan Daripada Yang Tak Meluahkan


Tahukah anda, orang yang pendiam adalah tak suka orang yang banyak cakap? Mungkin orang menganggap peramah tu bagus. Merancakkan perbincangan, memeriahkan suasana. Kalau pendiam tu tak bagus. Senyap sunyi, hambar, beku (macam sajak pulak). Tapi bagi orang yang pendiam, dia bukan sahaja mulutnya berat, malah nak mendengar pun malas sebenarnya. Dia pakej mulut dengan telinga sekali. Kalau dengar orang menceceh jer, rasa rimasnya la hai.

Kenapa orang berat mulut? Ada banyak sebab. Satu, dia takde idea nak cakap. Tapi tak semestinya dia 'bodoh' atau tak berfikir. Kadang2 idea dia berlegar2 di dalam kepala hotak dia jer. Kenapa tak diluahkan? Sebab dia memikirkan banyak perkara. Betul ke benda yang dia nak cakap tu? Ke spekulasi semata? Ada ker orang yang akan terasa, kecik ati dengan stetmen tu kelak? Nanti apa orang kata pulak? Tak macam menunjuk2 ker? Atau nanti nampak bodoh pulak?

Pendek kata, dia tak bercakap sebab banyak sangat faktor2 yang difikirkan. Sampai akhirnya kalau pun dia dah decide nak cakap, benda tu dah tak relevan lagi, atau orang dah tukar tajuk hahaha.

Yang kedua (kenapa orang berat mulut), dia takmo share. Dia ada contoh atau benda nak diceritakan, tapi dia rasa cukup lah dia je yang tau. Mungkin belum masanya nak diceritakan. Atau takmo membuka aib sendiri atau orang lain. Seperti ketika topik perbincangan adalah mengenai pasangan masing2. Tak elok menceritakan hal rumahtangga, apatah lagi memburuk2kan pasangan. Bila dah takmo cakap tu, nak dengar pun tak suka tau. Boleh tukar topik tak? Atau perkara personal yang bukan lah mengaibkan, tapi adalah sangat peribadi. Diam2 sudah.

Ketiga, dia jenis pendiam tapi mulut laser. Kira tak banyak cakap, tapi sekali kuar stetmen, zasss sentap mak nak! terus orang yang mendengar. Terkedu. Sindiran padu. Karang tengah2 rancak bersembang, terus jadi sepi tiba2. Ini selalu sangat aku alami.

Keempat, dia kuat simpan rahsia. Susah kot nak simpan rahsia. Kadang2 mulut ni ringan jek nak pecahkan rahsia. Tapi orang sebegini akan cepat bertindak mengunci mulutnya. Tak kira lah rahsia orang atau rahsia sendiri.

Kelima, dia pemalu ya hamat. Sebab bila dalam persembangan, dia tak suka menjadi perhatian. Kan bila kita bercakap, mata orang akan bertumpu kat kita, kan. Tak boleh. Nanti merah padam muka.

Updated!

Aku ingin menambah sebab keenam. Sebab kenapa orang tu berat mulut, mungkin sebab dia memang tak nak tau pun. Orang yang peramah ni banyak bertanya. Orang tengah duduk tunggu giliran kat klinik, dia tanya, sakit apa? Paling kurang dia tanya, dah lama ker? Kalau dah jawab sekali, dia tanya lagi soalan2 lain. Kalau orang yang ditanya tu pun jenis ramah jugak, takpe lah. Tak kisah nak menjawab soalan. Tapi kalau dapat kat orang yang pendiam, haihhh menyibuk la banyak2 tanya ni. Jadi, kalau orang yang pendiam nak disuruh memulakan perbualan, memang tak lah kan. Kadang tu memang lah ada rasa nak tau, tapi adeh... beratnya mulut nak bertanya sebab malas nak memanjang2kan cerita. Biarlah tak tau pun asalkan tak payah banyak2 bercakap. Takde apa yang peliknya kalau jumpa orang begini sebab aku pun pelik gak tengok orang yang tak berenti bercakap ni. Jadi terima lah orang lain yang berbeza2 perwatakan. Kau nak peramah, peramah lah, tapi kalau orang lain tak peramah macam kau, takyah lah pandang rendah. 

Errr sebenarnya perkara di atas adalah berkaitan dengan aku. Ikhlas cakap. Memang itu lah hakikatnya. Aku pernah dengar kawan cerita. Dia kata husband dia jenis tak banyak cakap. Dia kata sebab banyak benda yang dia fikir sebelum nak bercakap, sampai tak jadi bercakap. Aku setuju! Kadang tu sempat aku berfikir, ni kira mengumpat tak? Kalau komfem tak, baru aku cakap. Aku pernah bagi public speaking pasal mengumpat. Semorang ala2 takde respon masa tu. Rasa bersalah pulak hahaha. Yang aku ingat, mengumpat ni maksudnya perkara yang kita cakap, kalau orang yang kita perkatakan itu dengar, dia tak suka. Dan kalau benda tu betul, kira mengumpat. Kalau benda tu tak betul, kira memfitnah. Takut tak? Susah kot nak buat pertimbangkan sesuatu tu mengumpat ke tidak. Tapi kita boleh sebenarnya. Prektis. Kalau tak suka dengar, benci di dalam hati.

Salah ker kalau aku pendamkan? Terutama kalau benda tu bukan ilmu yang bermanfaat pun. Mungkin orang nampak macam, pelik ar ko, orang dok sembang pung pang pung pang, ko boleh tercongok je kat situ. Kadang2 aku ada sebab kedua. Kadang2 sebab keempat. Tapi selalunya sebab pertama hahaha. Eh, kalau bukan aku tengah makan, dah lama aku blah ok. Gitu lah.

Jadi, jangan cepat sangat judge orang. Diam tak semestinya takde idea. Orang pendiam ni seorang yang observant tau. Dia perati jek, tapi dalam hati dia siapa yang tau? Nak tau apa ada dalam taman hati orang sebegini, baca lah blog dia hahaha (promosi ke haper nih?). Biarlah jari bicara.  

Allah kurniakan kita satu mulut dan dua telinga. Maka kurangkan bercakap (yang sia2) dan lebihkan mendengar.

Sekian.

10 komen:

Irfa said...

aku baca ;)
betul tu..diam tak semestinya pendiam tapi dia meluah kat blog dgn jari jemari ;)

Unknown said...

kalau baca blog asia, mmg tak sangka yang menulis tu asia, banyak idea sungguh menulis, tp bila jumpa mmg senyap je....:)

kak yus rasa kak yus kategori tengah2, ada masa banyak cakap, ada masa diam je seribu bahasa....ada ke kategori tu ekk? Tp sebenarnya tgk orang juga, kalau orang yg di jumpa tu banyak ckp, kita pun boleh banyak ckp, tp bila member sebelah diam, kita pun jadi diam...huhu.

AyunasiA said...

kak yus: split personality kot huhuhu

AyunasiA said...

irfa: itu membuktikan idea tu berlegar2 dalam kepala tapi tak keluar kut mulut, tapi kut jari.

eita said...

Kekdg tu bila tgk org byk ckp ni buat terpikir 'menda mcm tu pun nk ckp.x pnting pun'.Senyap lg baik

AyunasiA said...

tak faham ke kalau orang tak layan tu maknanya orang takmo dengar? nak jugak bercakap walau cakap sensorang.

Alub said...

sederhana la eloknya.senyap sgt mcm sombong pulak pdhl baik hati ni sbnrnya..hehe

AyunasiA said...

tengok! terus dicop sombong. tapi benda ni aku rasa semulajadi lah. plus faktor keturunan. tak boleh dibuat2 atau dipaksa2.

Tijah said...

Entry yang betul2 kena batang idung saya. Hehe.
Salam kenal.

AyunasiA said...

salam kenal... sy dah lama follow your blog, tapi lately dah jarang update eh?

eh, tapi kena batang hidung tang orang yang tak geti berenti bercakap tu ke? maaf.