Saturday 15 December 2012

Drama dan Telefilem Lagi



Aku suka jer cerita kawen tak rela ni. Akhir2 ni makin banyak novel didramakan dan difilemkan. Dah lama sebenarnya, tapi sekarang ni macam melacak2 pulak. Dan kebanyakan citer ni mesti kisah kawen tak rela. Selalunya pempuan ar yang tak rela. Dan pempuan tu pulak selalunya orang biasa2 atau orang kampung atau inesen, dan bertemu pulak dengan lelaki kaya, kacak, urban, sosial. Besok2 jadi baik dan jatuh cinta kat pompuan tu. Cliche sangat, kan? Tapi itu lah yang penonton nak tengok. Sebab penonton akan berangan, kalau lah aku pompuan itu,...

Terkini yang sedang aku tonton ialah drama bersiri dalam slot ratu tivi9, jam 8.30 malam setiap isnin dan selasa (sama ngan slot sirrun tu ari). Selepas habis sirrun, aku tak tengok cerita dendam pencinta tu. Sebab tengok pelakonnya ala2 tak best jek. Pelakon citer zaiton dunia ku tu. First time aku kenal muka pelakon tu dalam drama tivi9 jugak, cita dan cinta. Dia penyanyi kot. Pernah masuk mentor ke haper tah. Tak tau kenapa aku tak suka lakonan dia. Pengaruh citer cita dan cinta tu kot.

Ok, cerita yang aku tengok tu ialah terlanjur cinta. Aku pun tak perasan citer ni dah main dekat 3 minggu. Ada terperasan muka sitisaleha, tapi tak tau cerita apa. Bila dah download baru perasan yang aku pernah jugak tertengok citer ni sekali imbas. Sekali pandang citer ni macam citer kauyangterindah petang2 kat tivi3 tu ari sebab intro dia lebih kurang. Teknik yang sama. Dan pelakon2nya pulak, sekali pandang macam citer dejavudikinabalu (aku tau tajuk je, tapi tak tengok pun). Sebab penerbitnya sama. Eirmafatima.

Bila dah dikaji, barulah aku tau yang cerita ni pun mengambil jalan cerita sebuah novel. Alah, lupa lak tajuknya. (updated : andai itu takdirnya by Siti Rosmizah). Tapi skripnya ditulis oleh eirma. Cuma dia tak mention langsung pasal adaptasi dari novel tersebut. Tak tau lah apa konsepnya tu. Tiru dengan izin kot.

Aku tersuka nak tengok citer ni pun sebab ada sitisaleha. Suka tengok dia. Cantik. Dari segi lakonan, tak dapat pulak kualiti sebaik aku dia dan tong sampah. Lebih kepada noraelena jek. Maybe sebab genre cerita tu pun ala2 noraelena kan. Anyway, selepas rasa agak tawar hati dengan adam dan hawa, rasanya sesuai sangat lah kalau aku beralih arah kepada cerita ni pulak. Sama jugak, kawen tak rela sebab kena tangkap basah. Ironinya, pakcik yang tangkap derang dalam citer ni ialah pakcik yang sama tangkap ain dan am hihihi. Memang muka jais la pakcik tu. Sorang je lah, pakcik yang kurus tu. Pastu cerita ni ada penampilan khas raja ema. Masa mula2 tengok tu, aku sempat terfikir, siapa lah pelakon mak si aqasha ni? Ada ke pelakon tua yang baru? Tapi selepas membaca komen2 orang, baru lah aku perasan yang dia ialah raja ema. Lain sungguh mukanya. Suara je sama.




Pastu aku ada tertengok satu telemovie yang aku tak sangka adalah best. Memula aku baca forum pasal fahrinahmad sedang mencari calon isteri. Tup2 derang cerita pasal citer ni yang dilakonkan oleh fahrin. Cumanya dalam forum tu orang lebih memuji lakonan nur fathia yang sangat menjadi. Dah lama rasanya aku tak tengok fathia ni berlakon. Last rasanya dalam cerita yang dia sakit otak, baik, pastu sakit balik. Tah, cerita apa tah. Hani ke haper? Ada ke? Katanya dia ni pun budak law uitm. Maksudnya sama ngan fahrin.

Kalau nak diikutkan, aku memang tak suka cerita2 lawak dalam cerekarama. Asal tengok mula2 tu lawak jek, terus aku tukar channel. Tah, kadang tu meluat dengan cerita lawak sengal yang tah haper2 tah tu. So, aku expect cerita ni pun tah haper2 tah la juga. Cuma komen2 di forum tu yang menyebabkan aku teruja nak tengok, apa ke best sangat citer ni?


Sekali sekala muka dia ni mcm dianadanielle sket


Cerita ni kuar masa maal hijrah tu ari. Tajuknya cinta halal. Tapi minggu lepas kot ada tayang balik hari ahad. Tapi aku download jek. Dan terbukti, cerita ni sangat best! Lakonan fathia yang selamba dan gila2 serta jalan cerita yang agak realistik, menjadikan cerita ni best sangat! Tak sangka! Tambah pulak dah lama tak tengok fahrin kan. Pastu dalam cite ni jugak ada katun macam citer istanbul pulak. Eiii aku suka lah!

Download Terlanjur Cinta
Download Cinta Halal



2 komen:

Alub said...

aku selalu x puas hati citer kawin paksa ni.apa semua ppuan2 tu lemah sgt ke x boleh tegakkan kebenaran.

AyunasiA said...

a'ah kan. lagi lah dalam citer terlanjur cinta ni. mcm terencat jek. tapi yang bestnya bila tang sang lelaki pulak cuba memenangi hati si pempuan hehe.