Monday 31 December 2012

Aaron Part 2

Hari minggu lepas, abangtapa datang ke bp ni, nak merasmikan pembukaan the next kedai froyo di square1. Berapa banyak tah nak bukak kedai jenis ni. Dah lah mahal. Aku ni kata jer tak minat, tapi terkinja2 jugak nak pergi tengok huhuhu. Sebenarnya niat aku cuma nak bergambar dengan dia dan jeleskan korang je hahaha. Niat je dah jahat, tu yang tak tercapai tu.

Jadi sebelum tu, aku gi makan makanan arab dulu. Dulu ada kedai arab bukak kat paritraja ni, tapi tak sempat aku nak pergi dia dah bungkus dah. Now ada 2 kedai arab kat bp. Satu tu makanan yaman ke haper tah. Yang satu lagi general arab food kot. Aku sebenarnya tak suka mencuba kedai makanan baru (contra to encik suami) sebab selalunya tak kena dengan selera aku. Tapi yang ni terpaksa kot, sebab kitorang nak makan beriani, tapi kedainya tutup. Renovation. Kedai arab ni pun tak jauh dari situ. Masa masuk tu, takde orang. Errr memang tak laku ke kedai ni?

Maka aku pun order nasi mandy kambing. Sekali bila makan, 'sebijik macam rasa nasi yang kiter makan kat RnR masa on the way dari madinah ke makkah!' Cuma masa tu lauknya ikan, ni kambing. Tapi serius, sama sebijik dot rasa nasinya. Kambingnya pulak, walau pun kering kontang je, tapi sedap. Ok, boleh makan lagi.

Mula tu kitorang order satu je sebab takut portion dia besar. Rupanya biasa jer. So, order lagi satu.

Ehhhemmm makan ni kena berdehem beberapa kali sebab tercekik kering ok.  Sibbaik sedap.

Ok, ada kuah sikit, tapi tak pedas lor. Tomato kot.

Dan aku order hummus. Tak pernah makan dan tak akan makan lagi dah pasnih. Tak sedap!!!


Seterusnya kami ke k4 untuk menengok abangtapa. Tapi putus harapan la nak bergambar dengan dia. 30 orang je bleh. So, ambik gambar dia dari jauh je lah yang boleh. Tapi kan, baru aku perasan. Kalau pelakon ni buat sesi jumpa peminat cenggini, dia bukan boleh buat apa pun, kan? Kalau pelawak mungkin lah boleh buat lawak. Ni, takat sesi menjawab soalan mc jek, pastu ambik gambar. Dah? Kalau penyanyi kan boleh gak dia nyanyi2 tuk kiter, ek?

Tapi tu lah, aku pernah terfikir (suatu masa dulu) yang pelakon ni susah sikit peminat nak 'reach' sebab dia keluar kat pawagam, atau tivi je. Ada takde kalau ada road tour promosi filem ker, baru lah dia jumpa peminat.  Atau pun dibawak oleh program jomheboh ker. Berbanding penyanyi yang selain di tivi, dia selalu keluar buat persembahan dan lebih dekat dengan peminat.

Orang rumah dia.

Kekdahnya, dia sign kat poster, kendian bergambar dengan 30 orang itu. 

Takde lah tinggi sangat dia ni.

Aku sensorang je berasak2 kat situ. Encik suami menyorok, malu kalo jumpa student. Sibbaik student aku tengah cuti sem.


Dah, itu jek. Tak jeles pun, kan?


1 komen:

:: CIKVIVA :: said...

bestnya nasik arab itu...hehe