Tuesday 25 December 2012

1 2 3 4 5 6 7 8, 8 Lagi!


Orang sekarang berlumba2 nak kawen pada tarikh cantik. Cantik di kad jemputan, di bunting dan di banner. Dan di sijil nikah (kot?). Sampaikan kalau tarikh tu jatuh pada weekday, sanggup tu suh kaum keluarga ambik cuti. Tapi bila tiba anniversary tahun depan, hek eleh, tak cantik dah tarikh nyer. Takde saper nak ingat.

Cuba ambik tarikh kawen yang tetiap tahun pun orang sedar. Siap cuti umum lagik. Walau pun bukan kita yang menyambut perayaan itu, tapi dapat juga menggembirakan seluruh rakyat jelata dengan diberi cuti. Boleh sambut anniversary sambil bercuti. Kira kalau kata gi honeymoon lagi sekali pun boss tak kisah sebab memang hari cuti pun. Kalau jatuh hari ahad, boleh dapat cuti ganti hari isnin. Agaknya, cuti ni je yang tak tukar2 tarikh ek? Sebab dia memang ikut kalendar ni. Ye lah, kalau raya kita, ikut kalendar islam. Raya ciner, ikut kalendar cina, dll.

Pendek kata, wedding anniversary kami memang jatuh pada hari cuti umum seMalaysia.

Happy 8th Wedding Anniversary Ayun&Asia!





& Happy holiday korang!

xoxo

0 komen: