Monday 19 November 2012

Macam Scene Di Pejabat, Episod 46! Awww!

Minggu ni aku bertugas di tempat encik suami. Bahagia je rasa bila bangun pagi dan menyedari 'oh, hari ni tempat kerja cuma 5 minutes away jek'. Boleh lah tido lambat dan bangun lambat sikit (tu yang best sebenarnya). So, pagi ni kami pergi kerja bersama. Alahai... so sweet. Selama ni memang aku berusaha pakai baju sedondon time pergi kerja, walau pun kerja lain2 tempat. Ada la sekali sekala kot, kiter kuar makan tengahari, tapi amat lah jarang-jarang. Kiranya kalau tak pakai baju sedondon pun takde saper perasan. Hari ni baru lah dapat pakai baju sedondon, naik kete sesama dan ke tempat kerja yang sama.

Waktu lunch, aku pergi ke opis encik suami. Eceh, dan2 nak buat scene am dan ain kat situ ekekekek. Siap ada dialog, 'ayang, do you know how much i love you? Pastu aku pun kengkonon dalam hati, 'apa kena ambang ni? tiba2 jek?' (sila muntah). Eh, tapi kan, kebetulan pulak...

1. Kat opis tu memang ada sofa. Sesuai sangat lah nak guna dialog, 'have a seat, sayang. nak duduk depan ambang boleh, nak duduk kat situ boleh, nak duduk kat atas ambang pun boleh.'

2. Encik suami pergi solat zuhur. Tapi masih di awal waktu la.

3. Aku adalah 'cuti'.

See! Sama sangat, kan? Nakkk jugak...



2 komen:

Irfa said...

adoi..macam2 la ko ni
gelak sensorang aku membaca

AyunasiA said...

cenggitu lah jadinya biler laki bini tengok adam dan hawa. 2-2 angau tak tentu pasal haha