Monday 26 November 2012

Kerja Gila Sikit

Amaran : Entry ni mungkin membuat anda meluat. Sila bertabah jika ingin terus membaca.

Hari jumaat lepas, aku buat kerja gila sikit. Aku gi tengok istanbul aku datang lagik! Hehehe aku gi tengok ngan opismate. Bagaimana aku yang asal tengahari jumaat je mesti layan mata, tapi hari tu boleh segar bugar dan gigih pergi ke mbo gi tengok citer tu untuk kali kedua? Itu seperti memerlukan tekad yang teguh, kan? Tak perlu. Ini je dah cukup dah. 

Kalau ada orang ajak tengok lagi pun mungkin aku akan pergi lagi. Tapi dah tamat tayangan kot. (correction tayangan dilanjutkan seminggu lagi)

Sorry, anggap saja sekarang ni musim bola aff. Eh? Kami tengok tayangan pertama hari tu, pukul 12. Opsss kantoi kuar opis awal hehe. Memula kami berdua je yang ada. Bila dah start tu, barulah masuk lagi 3-4 orang lagi kot. Tapi, aku tak puas ati lah. Sound system dia ada noise. Lepas tu baru mula tu, tetiba tak kuar gambar, kuar suara jek. Ceh! Terpaksa lah ayu gi keluar bagitau kat budak tu. Apa daaa. Sepatutnya pekerja dia kena tunggu kat situ sepanjang masa tayangan, ek? Ni dah lah takde orang kat bilik tu, dia takmo ulang balik pulak tu. Aku tak pe lah, dah pernah tengok. Ni yang orang belum tengok ni, dah terlepas beberapa scene.

Balik kerja tu pulak, aku singgah pasar malam. Sebelum raya haji tu ari aku ada beli dvd kat pasar tu. Dia kata tu asal dari dvd ori. Aku cakap, kalau wayang punya, aku akan pulang balik. Dia cakap, gerenti setahun kak. Balik2, aku pun terus membukak dvd tu. Tapi, huh! Memang betul pun. 2-2 wayang punya version. Minggu depannya nak tukar, dah cuti raya. Dari seminggu ke seminggu, ada je halangan. Akhirnya jumaat lepas ni lah aku dapat tukar. Tapi, satu daripada 2 dvd tu takde stok. So, aku ganti dengan citer sinister. Tengok gazet macam seram jek citer tu? Tak berani ar aku nak tengok kat pawagam. Tengok kat rumah boleh bukak lampu hihihi (konon kalau terang tak takut la). Teringin nak tengok citer tu sebab pelakonnya ialah ethan hawke. Ingat lagi aku buat sinopsis citer daybreak, kisah vampire jadi manusia balik? Henskem giler ethan hawke dalam citer tu. Macam yusrikru sket. Dalam citer sinister ni dia dah tua sikit. Ke memang dia dah tua?

Balik je rumah, aku pun terus bukak ke-2-2 dvd yang baru ditukar itu. Fuh, sibbaik ok. Terus aku tengok citer sinister tu. Giler saspen. Mujur aku telah membuat keputusan yang tepat untuk tidak menontonnya di pawagam. Ending citer tu macam tak sangka. Brutal sungguh!

Esoknya pulak, aku gi tengok coldwar. Haihhh terpaku aku melihat aaronkwok. Macam ada karisma gitu (watak dia kot). Cerita tu pun not bad. Masa beli tiket, tinggal baris depan jek. Ada la satu dua seat belakang yang kosong, tapi takde yang sebelah2. Takkan nak tengok mendongak kat depan pulak? Dah lah bahasa ciner. Nak tak nak memang kena baca subtitle. So, kami beli je tiket asing2 hihihi. Tak jauh la. Aku baris depan, encik suami baris belakang aku jek. Sebelah orang belakang aku. Dalam tu, rasanya kami je kot owang melayu. Lelain sumer ciner. Ada la part2 yang derang gelak dan aku adalah blur huhuhu. Tapi impian aku nak tengok gigi aaronkwok yang comel tu tidak kesampaian sebab sepanjang citer tu muka dia serius jek dan dia bercakap bukak mulut sikit jek hahaha.

Mengambil iktibar dari itu, balik tu aku terus download gambar2 bet0 yang tengah senyum menyeringai hihihi. Kot lah nanti bila dah tua dia berlakon serius macam aaronkwok, takde lah aku rindu nak tengok gigi dia hahaha. Bongok je. Tapi memang senyum tu lah pemanis muka dia. Nak harap kan muka jawa dia tu, memang tak menarik la kan hahaha.

Comey nyaaa...

Profile photo fb dia.

Zaman smart dalam pelangikasih.

Ini profile photo fb personal dia. Jangan harap nak add. 

Nampak rugged.

Sekarang ni dah berambut pendek. Aku lagi suka dia berambut panjang, macam dalam citer sesungguhnya dan wasiat. Tapi dalam aku dia dan tong sampah semua pun nampak comel.

Dalam sirrun. Ni imej versi pelangi kasih jugak la.

Ni masa citer aku mahu terbang, dia jadi pilot. Eh, Am!

Dengan costume stitch dalam aku dia dan tong sampah. So sweet... Stitch ni grrr grrr stitch ni!

Ni gambar dari sotkabo rasanya.

Ni macam gaya dia dalam janganambilpadangkami.

Macam tak pernah tengok dia pakai kot cenggini. Ni rasanya dari majalahjelita kot.

Ni pun dalam sirrun. Stress aku tengok citer ni.  

Dan ini screen capture dari telemovie sesungguhnya yang teramat sangat lah bestnya. Kalau kat fb derang tanya, watak bet0 yang mana satu yang paling korang suka.... aku jawab i like anuar. Dua gambar ni dan di bawah ni ialah di scene paling touching sekali. Owh! Nak nangis sekarang boleh? (sekarang ni asal berlaku je kes takde wifi di sesuatu tempat, kami akan kuarkan dialog dari scene ni. 'takde wifi bro? sekarang ni mana2 ada wifi bro. memang sedih lah!)





Ending yang sangat syahdu tangkap leleh. 

Errr kenapa aku rasa macam dah lari tajuk je entry ni? Eh, lantak la. Blog aku!






2 komen:

Irfa said...

adoi..parah dah ni.hehe

lupa nak bgtau citer yg aku layan tu Wasiat la..dia ngan Farid Kamil blakon ;)

AyunasiA said...

koma dah ni...