Friday 23 November 2012

Dah Boring Soping Di BP, Maka...

Duduk jauh dari kotaraya ni, aku tak tau dah nak soping kat mana. Nak gi kl, jauh sangat. 3 jam je kot. Tapi still lah tak sesuai nak pergi balik hari. Sudah nya ke jb je lah bandaraya yang terdekat. Itu pun, berapa sangat lah shopping complex yang ada kat jb tuh kan. Balik2 paksen, jasko. Nak lain sikit, metrojaya. Ya! Mari kiter ke metrojaya. Macam tak pernah pulak aku pergi plaza pelangi tu. Jom!

Sebelum tu kita makan dulu. Seperti biasa, meerebus stulanglaut special 2!

Enak berkrim

Ok dah

Sebelum tu lagi, kami singgah dulu di kulaijaya untuk ke sebuah kedai yang dari luar nampak macam best. Dari luar nampak banyak periuk besar dan buffet set. Best ker...? Aku suka gi kedai2 cenggitu. Kat bp ni pun ada satu baru bukak kat honda lama. Katanya FIL pun dah pernah pergi kedai ni. So, mari kita cekidaut.


Nama diberi. Apa yang aku bayangkan? Seorang koboi memakai topi koboi sambil duduk di atas kuda 
Masuk2 je, ada barang runcit. Pastu ada macam kedai jajan borong. Masuk lagi, ada peralatan dapur. Kendian macam kedai hardware. Eh, semua kedai dalam satu! 

Pelbagai jenis tayar pun ada!

Bestnyer! Bukan nak beli pun, tapi rasa best.
Kedai ni ada 3 tingkat. Yang tadi tu; barang runcit, hardware, peralatan dapo, tu kat tingkat satu. Naik ke tingkat 3, benda2 plastik, alatulis, pakaian. Tingkat 2 ada bunga2 dan kraftangan pengantin, kasut, eh, macam2 lah. Dah lupa. Tapi semua benda ada kot. Ikan ngan sayur je kot tak ada. Lama lah jugak aku kat situ.

Segala mak nenek bakul plastik dari sekecik2 sampai sebesar2 besen pun ada

Sepanjang2 ni barang plastik jek

Ok, noted.
Dari sini, baru lah kami makan mee rebus di atas. Lepas tu baru ke plaza pelangi. Yang tak bestnya soping di bandaraya ni ialah parking semua kena bayar. Kat bp sumer free.

Masuk plaza pelangi, terus nampak ini.

Ada program promosi petr0nas apa tah. Dia tengah agihkan goodie bags. Terus lah kami menyibuk di situ. Tapi sebenarnya beg tu untuk orang yang menyertai senamrobik derang sebelum tu. Lantak ler. Yang penting dapat t-shirt (yang macam dia pakai tu), key-chain dan sticker hehe
Team fbi. Derang ada pertandingan kot, team saper paling happening. Sebelum tu dah ada event ni kat tempat lain dengan team lain, antaranya awal, scha dan haniszalikha

Pastu ada sesi bergambar. Switch for Xtra!
Pas jalan2 di metrojaya aku masuk coldstorage. Huh! Mahalnya barang2 kat coldstorage tu eh? Setiap benda mahal rm2-3 dari harga biasa. Contoh sunquick harga biasa rm9.90, dia rm12++. Tapi yang best nya ada benda yang takde kat pasaraya lain. Macam hasil tenusu. Macam2 ada.

Lepas tu, kami ke kslcity. Ingat kejadian kereta hilang raya aritu? Kan aritu tak sempat jenjalan situ, kete dah hilang, kan. Ni kira nak ulang balik la. Ingat dah trauma nak masuk kslcity dah hihi.

Sebelum balik, kami singgah makan dekat tampoi. Selalu lalu situ nampak ramaiii sangat orang. Ok lah, sedap, walaupun lambat. Berbaloi la penantian yang lama itu.

Aku makan siakap 3 rasa. 


Betul2 sedap nih.
Pastu terus balik rumah. Tiba2 rasa macam entry sampah. Ah lantak la. Janji ada.

0 komen: