Tuesday 27 November 2012

10 : Mokhtar Dahari (Slot Suatu Masa Estroprima)

Sekarang ni kalau kita save draft, dia akan duduk kat page 1, kan? Tak kira lah sraft tu kita ambik dari zaman dulu kala punya. Macam entry ni aku terjumpa time membuat editting post2 yang lama. Kenapa aku tak publish tah, lupa. Dah terlanjur tengah musim IAD dan sempena piala aff ni, aku publish je lah entry ni. Jangan marah...

****************************************************************************************************************

Date : around November 2011 (maknanya dah setahun lah aku discover 'bakat' bet0 ni)

Tak cukup dengan citer r0sli dh0by, aku godek lagi gugel untuk mencari drama2 dan telefilem2 dik beto itewww (tiba2 gedik plak). Dan terjumpa lah drama 10 ni. Ada 8 episod, sama macam RD, cuma yang ni bukan dari utube. Dia terus satu episod setiap satu.

Aku tak la tau sangat pasal MokhtarDahari aka supermokh ni. Tau dia terror dan hebat lah zaman 80-an dulu kot. Dah meninggal pon. Dan cite ni pun bukan lah macam citer RD yang menggunakan watak2 nama sebenar. Heronya dik bet0 memegang watak ridzuan jaafar. Watak nya direka, bukan nama sebenar. Oh, dan dalam citer ni aku baru perasan yang dik bet0 ni kurus cekeding betul. Makan la lebih sikit dik. Kang susah nak jadi hero tall, dark and hensem. Ko dah pass part dark tu. Tall ngan hensem dah tentu2 tidak. Caner? Sila la gemuk sikit. Eh, macam la dia baca.

Kisah nya lebih berkisar pada krisis pembelian permainan yang pernah melanda bolasepak malaysia suatu ketika dulu. A'ah, dulu kemain banyak, kan, kes2 rasuah ni? Sekarang ni macam dah takde. Ke derang senyap2 jek? Emosi lah jugak aku menengok citer ni. Aku ni citer apa yang tak emosi tah.

Baru2 ni derang ada buat 10 the movie. Tapi bukan cerita lain. Derang compress kan drama 8 siri ni menjadi telemovie  sejam lebih. Tapi tak berapa faham lah kalau citer pendek. Baik tengok drama lagi best.

Ok, selamat maju jaya kepada harimau malaya (yang dah kalah banyak kali nampaknya)!

p/s kebanyakan link download yang aku gunakan untuk download citer2 bet0 selama ni dah tak valid lagi dah. Fuh! Sibbaik aku dah download awal2 dulu. Cite ni juga tak terkecuali. Sesiapa nak copy dari aku, sila lah hantar pendrive kat aku ok?




0 komen: