Thursday 27 September 2012

Pendawaian Dulu vs Sekarang





Duduk di rumah batu moden, mungkin budak2 zaman sekarang dah tak kenal pendawa1an elektr1k dirumah mereka (tiba2 ayat macam nak tulis artikel di majalah). Yelah, wayar2 dah pun embedded di dalam dinding rumah sebelum di plaster. Tau2 keluar suis atau soket je. Kat dalam tu serabut macamana pun, peduli tidak, kan? Padahal kalau sesiapa tengok proses pembinaan rumah secara dekat (rumah aku dulu kat depan rumah sewa, kan, maka tetiap hari boleh tengok), derang pasang conduit tu bersepah2 je. Janji bila dah plaster dah tak nampak. Pastu kabel kat atas siling tu pulak, cuba la korang tengok. Huru hara, ok. Kira kalau pencuri masuk ikut siling, boleh terjerat lah (terbayangkan perangkap laser dalam cerita oramputih). Silap aribulan boleh kena karen.

Dulu, masa rumah masuk api, rumah2 dah siap. Maka, kalau rumah tu batu, derang akan pasang konduit petak tu. Manakala kalau rumah kayu, derang akan tarik kabel, susun kabel cantik and diikat dengan aluminium. Aluminium lebih tu pulak kami kumpul2 dan cairkan dalam sudu, kendian letak pin. Jadik lah brooch hehe.

Ceritanya, baru2 ni rumah abah telah di renovate. Tak lah major. Sikit jek. Pecah bilik. Rangka luar tak berubah. Maka, kenalah buat wiring baru. Anak sedara mak yang buat. Si umar. Tiba2 aku terkejut tengok umar tu dah besar hahaha. Bukan besar lagi, dah dekat 30 tahun pun kot. Masa kami balik kampung beramai2 cuti sekolah yang lepas tu, lampu kat dapur ada masalah, berkelip2 and ada yang tak hidup langsung. Maka mak pun panggil si umar tu (selepas engineer2 di rumah itu gagal melakukan apa2 hihi. aku pun termasuk lah sekali kot ek?). Tapi dia tak boleh buat pape sebab dia tak bawak peralatan. Dah malam. Ye lah, malam je kot kiter pasang lampu. Maybe dia datang besoknya. Kami pulak dah balik. Jadi tak tau lah apa yang berlaku.

Jadi, balik awal ramadhan tu ari aku tengok, eh, dah tukar lampu. Sebelum ni semua lampu pendaflour, sekarang sumer downlight. Jenuh lah mak nak mengganti mentol tu nanti. Ye lah, lampu down tu paling lama pun tahan 3 tahun. Kat rumah aku ni boleh dikatakan semua mentol dah diganti. Cuma dia tak serentak lah. Lampu yang pasang hari2 tu yang cepat padam. Sedangkan lampu pendaflour kat bilik air tu sedang elok je tak padam2. Masa belajar dulu aku takde pun belajar pasal lampu2 ni. Bila dah melalui kehidupan nyata ni lah baru tau. Masa nak masuk rumah dulu, konon downlight tu jimat karen. Konon kos permulaan je tinggi. Sebenarnya, jimat karen memang lah jimat, tapi kalau dah asik terbakar je, takde lah jimat lagi dah. Ke masih jimat?

Tahu kah anda, kenapa downlight ni pendek jangka hayatnya? Salah satu sebabnya kerana dia hidup tiba2. Ye lah, bila kita petik tu, dia terus nyala, kan. Takde delay2 (sama macam lampu pijar juga). Ini kerana dia tak pakai starter. Kalau lampu kalimantang tu kan kena ada starter baru boleh hidup. Jadi mentol tu lebih panjang umur. Errr tu je lah sebab yang aku tau. Lelain tu aku tak tau hehe.

Dah melalut pulak ke mentol. Nak citer pasal wiring ni.

Selain mentol yang dah ditukar, aku juga baru perasan kekdah pendawaian yang dibuat oleh si umar tu. Uisy, ni ilp ke yang ajar wiring cenggini? Tepek je conduit tu kat dinding, dah siap. Tiba kat selekoh, guna yang flexible punya. Huh, huru hara! Mentang2 lah rumah kampung, dia buat lebih kurang jek.

Dari pemerhatian tersebut, dapatlah aku membuat kesimpulan bahawa pendawaian pada masa kini telah hilang seninya. Memang lah menyenangkan, tapi dah tak cantik dah. Kalau dulu, walaupun tak pakai conduit, nampak wayar tu berlingkar kat tiang atau tulang siling rumah, tapi kemas, cantik and tak serabut mata memandang. Kalau boleh sorok, dia akan ikut laluan yang tersorok. Cuba tengok yang sekarang. Mak ai! Boleh dia main cross je siling tu, isy isy isy...

Cer tengok gambar ni...

Ini wiring lama kat depan rumah. Masih digunakan lagi.

Ini wiring tambahan. Tengok lah tu, dia cross je kat siling. Sabo je la...

Selekoh. Kalau kat dapur yang baru renovate tu lagi lah huru hara selekohnya. Hmmm...
*Entry ni dah lama ditaip, jadi mungkin ada yang dah tak relevan, kot.

7 komen:

Irfa said...

aku fail bab ni
janji aku petik dia menyala kira okeylah tu..tp bila baca en3 ni rasanya dpt sikit ilmu.tq

nazayiena said...

Nasib baik ada ipar yg tahu bab wiring nie.

Unknown said...

kalau begitu yg dulu lagi kemas dan selamatlah ya, skrg ni nampak cantik luaran, dalaman nya tak kelam kelibut...huhu

AyunasiA said...

Irfa, aku terpaksa ambik tau. Takut budak2 tanya, malu lak kalo xtau.

AyunasiA said...

Nazayiena, dalam femli kena ada at least 1skill, 1femli. Sorang dr, sorang engineer, sorang chef, sorang interior designer, sorang ustaz...

AyunasiA said...

Kakyus, org skrg nak cepat, kerja senang dan untung lebih. Asal boleh jer.

Unknown said...

Mmg btl...manusia pn mcm 2 jgk....tp,x la smua..tgk kt luar cantik je!.kt dlm ats siling mak kao...mmg bersrabut...org skrg jnji blh on...dhh..kekemasan tu dh xde...inilh jdnya bila dh terlampau maju..smua benda petik nga jari je..xnx ssh lgsg.Jd buatlh ssuatu bnda 2 mcm bnda 2 kte punya...kalau dh brg kte sndr pn x pndai nx hargai,apa lg org punya...ini mmg parah!!