Monday 10 September 2012

3 Kilo, 1 Inci

Terus terangkan ku katakan, kali terakhir aku berjogging ialah pada bulan 4. Giler lama! Aktiviti itu terhenti atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Sebab tu boleh elak, tapi aku pilih untuk tak elak. Maka, jogging lah yang mesti dielak. Whatever.

Selepas 4 bulan berjogging itu, berat badanku adalah maintain. Langsung tak bergerak. Gerak la 1/2 kilo sebelum makan. Pas makan dia kembali ke asal. Tapi tu bukan lah sebabnya aku tak jogging dah. Sepanjang semangat berjogging itu juga, dapur ku tidak berasap. Ini sangat tidak memberangsangkan. Bayangkan, aku beli beras serindit 9 kilo kat kelantan bulan 12, sampai sekarang pun tak habis2. Yang baiknya beras tu bukan jenis beras kita yang baru sebulan bukak, bubuknya lebih banyak dari beras. Ni berasnya masih beras, belum hancur dimamah bubuk. Ok, itu juga bukan sebab aku berhenti berjogging.

Dipendekkan cerita, sebelum puasa berat aku  masih begitu. Ingat, bulan puasa boleh turun lah kot kan. Tapi, tak turun pun? Turun lah sekilo kot. Sebelum buka. Besok pagi,  masih begitu. Ingat, ok lah,  kadar metabolisme aku semakin rendah. Dah tak boleh kurus lagi dah. Sob sob sob...

Hari sabtu lepas, aku memberanikan diri memanjat penimbang. Dekat sebulan tak timbang ni. Tapi selalunya lepas raya harus lah naik, kan? Sebab pernah sekali tu dia naik sekilo. Pengsan! Bila aku naik, eh, turun balik. Naik lagi. Isy, tak mungkin. Turun balik. Nak naik ke tak nak? Sempat berfikir, masa sekolah dulu, bila buat eksperimen sains, bila ambil bacaan atau ukuran, kita kena ambik 3 kali atau lebih, kan? Pastu ambik purata. Pastu kena mengambil kira ralat paralaks. Aku belek jarum tu, pastikan betul2 kat 0. Ok, naik lagi.

Waaa berat ku telah turun 3 kilo! Yihaaa!!!

Suker! Suker! Suker!

Petangnya pulak, aku terjumpa tali tape menjahit ku. Nak try ukur lah.

Waaa pinggang aku dah kurang 1 inci! Yahooo!!!

Ok lah, mungkin kelihatannya seperti tak banyak beza pun kan. Tapi dah cukup memuaskan hati ku.

Mungkin masa puasa tu berat tak turun sebab aku buka nasik, sahur pun nasik. Serupa time tak puasa. Tapi lepas raya aku tak sahur atau sahur roti sekeping, buka roti+rendang (balance open house aritu. makin dipanaskan, makin sedap pulak hihi) dan malamnya makan sikit time baraan. Fuh! Ni kalau aku puasa lagi sebulan, mau tinggal tulang je kot.

Kasi chance la aku hepi2 sekejap sebelum kembali membina badan lepas habis raya nanti. Banyak benda dah plan nak makan.

Lalalalalalala...

2 komen:

Unknown said...

asia dah cukup kurus akak tgk, patut kasi up sikit, kalau akak yalah, mmg nak kurus....ekekek.

AyunasiA said...

Heee habis raya, dah naik 1kg pun. Sekejap je hepi nya.