Thursday 5 July 2012

Dah Boleh Buka Bengkel Perabot!

Weekend lepas aku telah pergi ke nilai. Ada 2 tujuan. Satu, nak ambik kereta. Dua, nak baiki sofa. Sofa kat homestay tu kami beli baru, tapi tak sampai setengah tahun dah bobos. Ye lah, nama pun homestay. Macam2 pesen orang yang duduk kat situ. Kalau duduk je aku tak rasa dia boleh bobos. Ni mesti dia melompat2. 

Dah 2 bulan lebih kot kusi tu bobos, tak dibaiki. Maka, beberapa minggu yang lalu, encik suami tukar kete dengan adik beliau untuk mengangkut kusi tu bawa balik rumah, baiki dan hantar balik ke homestay itu. Tapi, sampai ke minggu lepas, adik beliau masih belum mengamibil kusi itu, yang komfem2 lah belum dibaiki. Aku tak berapa nak setuju dengan perancangan mereka itu. Sebabnya, ye lah, homestay tu kami punya, tetiba adik beliau yang kena baiki. Errr sebenarnya aku lebih tak setuju beliau tukar kete hikhikhik. Tak suka betul aku orang awak AH itu. Dah lah baru tukar tayar dan baru servis. Belum puas aku merasa nikmat kereta yang baru diservis. Aku pulak dah tak tahan pegi keje dengan cik kanc yang sopan itu. Maka itu lah aku ajak encik suami pergi jugak last weekend. Buat sendiri lagi senang. Maka, tujuan nombor satu tu sebenarnya tak perlu pun, kan? Cis!

Sebelum pergi kami lunch dulu. Oh, akak smiling face dah bukak kedai makan kat depan petr0nas pr. Yang dulu ada kedai lineclear tu. Pastu kami terus pergi melalui tol ayerhitam.

Sampai di sana, nak terus ke homestay ke nak tukar kete dulu? Tukar kete! Lalu kami terus ke rumah bil di balakong. Sampai2, derang belum sampai rumah. Bila terlihat kelibat AH, hati aku terus kembang. Yeay! Macam terubat rindu. Tah pape. 

Tapi sekejap je kembangnya. Bila derang bukak pintu kete, terus kecut hati aku. Grrrrrr... Boleh, dia taruk segala mak nenek peralatan wiring atas seat? Dengan kotornya, sepahnya (sepah takpe lah lagi). Kenapa tak lipat kusi? Tak jumpa tempat yang kena tekan untuk lipat tu. Boleh? Grrrrrrrrrrrrr sibbaik warna AH tu hijau. Boleh lah cover warna muka aku yang dah macam incredible hulk itu. 

Tak duduk lama, sebelum maghrib kami dah bergerak ke nilai. Lepas makan, kami mulakan operasi membuka sofa itu. Umak ai! Patut lah bobos. Dia pakai papan press. Kusi murah kan. Tak pe lah. 

Memula bukak cover bawah dia

Bukak stepler jek, tapi banyak ok


Ini lah yang bobos



Abis bukak cover bawah, tak boleh diteruskan lagi sebab kena bukak skru yang kuat. Tunggu besok lah, beli mata screwdriver.

Besoknya, encik suami letak aku kat nilai 3 dan dia pergi membeli perkakasan yang diperlukan. Dan pergi hantar wallet adik beliau yang tertinggal dalam AH. Boleh? Boleh la...

Maka aku pun berjalan lah 1 nilai 3 tu sampai sakit kaki. Betul! Aku pusing seluruh nilai 3 tu. Tapi, tak jumpa pun apa yang aku cari. Aku cari kain untuk baju raya. Memang susah lah nak jumpa warna baju itu. Nyesal pulak pilih warna tema tersebut. Bila dah kepenatan, aku pun panggil encik suami, suh ambik aku semula. Sampai rumah, tengok2 kusi itu dah jadi camnih.

Serupa buat balik dah
Pung pang pung pang, akhirnya sebelum maghrib baru lah siap. Gila lama! Lepas maghrib kami pun balik. Gembira kerana 2 tujuan tersebut telah tercapai. Kesian AH. Weekend ni i vakuum u ok?

Oh, dan minggu ni aku baru dapat medal ini. Aritu dah habis, tu yang derang hantar kemudian.

2 komen:

Irfa said...

sofa tu ko repair sendiri ke?
hebat la...
sofa pesen kotak tu cepat je rosak.tp kalau letak kat homestay konfem la bukan duduk je tapi lompat2 atas tu..tu pasal bobos(pestime aku dgr perktaan 'bobos' ni)

AyunasiA said...

kami, bukan aku sensorang.

bobos tu bahasa jawe kot. aku pun tak tau. ke bahasa johor tah. nak tulis bolos tak sesuai pulak sebab dia tak menembusi hehe.