Wednesday 6 June 2012

Telefon Pertamaku

 Semalam sampai rumah, aku dengan hepinya bagitau encik suami...

Abang, henpon tinggal kat opis ngeee...

Patut lah telefon tak angkat. Tengok ni. Pukul 5.45, 550, 6 ada missed call.

Alah, dah masuk kete baru teringat. Malas nak naik lagi.

Sibbaik tepon cikai jek. Kalau tepon pintar, mesti dengan gigihnya aku naik semula. Tak kosser.

Apa punya kedekut lah aku ni. Telefon pon pesen lama. Orang dah tak pakai dah. Abis, dah 40 kali jatuh pun dia takmo rosak2. Caner? Aritu skrin dia kuar line, macam nak rosak. Tetiba hilang pulak line tu. Hek eleh... Kalau beli telefon baru pun, telefon sekarang ni nak buat apa? Nak kasik kat adik2 pun segan. Derang pakai paling cikai pon samsungkorbi. Derang banyak duit, biarlah. Aku masih lagi berpendapat bahawa telefon pintar ni memperbodohkan maknusia.

Sebab apa? Takyah telefon pintar lah. Cukup setakat gps. Kengkonon smart sangat lah tu, tunjuk jalan. Kang tak guna, jatuh kufur nikmat pulak (dah beli tapi tak guna). Maka, nak pergi kerja yang dah 10 tahun kiter pergi balik tu pun nak pakai gps. Waima nak balik kampung halaman tanah tumpah darah sendiri pun, pakai gps. Lain lah kalau nak pergi timbaktu ker, korea selatan ke, kan. Nyampah.

Dah terlanjur cakap pasal telefon ni, best jugak kalau aku cerita pasal telefon pertama ku. Pertama kali aku tengok handphone ialah milik kawan aku kat yuitm. Masa tu, dialah satu2nya orang yang aku kenal memiliki handphone. Tak ingat jenis apa. Mak dia keje telekom. Selepas tu, roomate aku pulak memilik handphone. Boyfriend dia bagi, katanya. Telefon yang antenanya dok kat tengah tu. Macam lucah sket. Masa tu macam meluat tengok beliau bergayut di telefon itu siang malam. Boyfriend berkerjaya lah kata kan. Jeles lah tu.

Kali pertama menggunakan handphone, aku guna handphone eita. Yang motorola gabak tu. Masa tu prepaid mahal. Nak register line tu pun aku tunggu sampai dapat duit ptptpu pertama. Bila dapat je ptptpu, aku register celcom. Kerana menurut kata hati, bil telefon mencanak naik. Cukup masa (beberapa bulan je), tak mampu nak bayar. Terminate. Tapi, bil tak bayar2 jugak. Sampai aku kerja, barulah aku settle kan bil tu. Sampai dapat surat loyar lagi tau. Earnst&young ke haper tah.

Selepas itu, aku adalah handphone free. Boleh hidup tanpa handphone selama hampir 2 tahun. Tapi ada telefon rumah. Sehinggalah pada final semester, selepas kes tak pergi test sebab tak dapat maklumat, terpaksalah aku beli handphone jugak. Pon dengan dana ptptpu. Terima kasih ptptpu! Iklan sekejap.

Sebelum beli telefon tu, aku ada pinjam telefon kawan encik suami. Hah? Kawan encik suami pun bagi pinjam handphone? Entah. Tapi rasanya mereka saling bertukar telefon, dan aku pinjam pulak telefon yang mereka saling bertukar itu. Semata2 sebab nak main game penguin tolak2 ice block. Best giler game tu. Dan oleh kerana suka sangat dengan game tu, maka telefon pertama ku adalah sama dengan telefon itu. Tada!


Hahaha tak glemer langsung, kan? Ni model mitsubishi. Aku beli telefon ni kat bukit jalil. Dulu kan ada karnival jualan mega ke haper tah, tetiap tahun ada kat situ. Dan aku beli simkad digi. Kenapa ek? Sebab murah kot. Background keypad tu boleh tukar2 warna. Aku suka pakai kaler kuning. Dia kasik banyak kaler. Mana tah pergi semua tu.

Bila balik je, dengan penuh keterujaan, aku terus lah nak main game penguin tolak2 ice block tu. Sekali, eh, takde pun? Dia ada game lain. Sedih. Nak ngamuk pun ya. Besok tu, kami pergi semula ke bukit jalil (gigih nyer, kan?). Tanya kat kedai tu, mana game penguin tolak2 ice block? Rupa2nya walau pun model yang sama, game yang diinstall dalam tu tak sama. Yang ni batch baru, derang tak install game tu kot. Dan tak boleh pun nak install2 sesuka sesuki hati dan2 tu. Maka, dengan kehampaan tahap mega, aku pasrah dengan ketentuan itu. Terpaksa lah aku guna henfon tak glemer ni tanpa sebab.

Tapi,  henpon ni pun species nokiah jugak. Campak kat dinding pun tak rosak. Sempat lah aku pakai sampai sebelum kawen. Tak ingat lak kenapa aku dah tak pakai henpon ni, padahal dia tak rosak? Sebalik nya aku pakai henfon encik suami yang lagi olskool iaitu... tada!


Sebijik macam ni lah kaler henfon ni kali terakhir aku menggunakannya. Henfon trium di atas aku bagi yayu kot? Rasanya bateri dia dah nak kong kot masa tu. Untuk henfon 3210 nih, aku belikan bateri baru. RM15 jek. Henfon ni pula ialah henfon pertama encik suami. Giler teruja masa beli henfon ni. Ingat lagi, masa tu encik suami baru keje kat kilang hitachibangi. Gaji pertama kot. Kami beli ni kat sungeiwangplaza ker bbplaza tah. Tak perasan sebab dia kan bersambung. Masa tu tempat ni memang pusat henfon yang murah kot. Harga masa tu rasanya dalan 6-7 ratus kot. Dan beliau guna line tmtouch. Tak ingat, prepaid ke postpaid. Sejak itu lah, asal nak beli simkad baru je, mesti dia nak nombor depan dan belakang yang sama. Kalau 013, belakang pun 013. Sekarang ni 019, belakang pun 019 (dah 2 simkad 019 dia guna). Sebab tu begitu sukar nak suruh beliau tukar simkad lagi sebab susah nak jumpa nombor sedemikian.

Sebelum kawen, aku pun tukar simkad. Sebabnya, dulu, kekdahnya simkad ni kan ada zon2 dia kan. South, north, centre kot. Nombor digi aku tu nombor kl. Kalau dulu, kat mana kita zon kiter, kat situ lah maklumat akaun kiter itu disimpan. Jadi, bila kita call ke luar zon, atau kita call dari luar zon, caj dia dikira dari zon maklumat akaun kiter itu, dalam kes ini, centre. Oleh kerana encik suami telah menetap di johor dan aku pulak menetap di dungun pada masa itu, sila bayangkan macamana kadar caj yang aku kena bila setiap kali aku call dari dungun, dia pergi ke kl sebelum ke johor. Sebab itu lah aku tukar simkad. Aku beli simkad tu kat samitbp ni. Kedai tu pun dah takde dah (dekat2 dengan pawagamgsc masa tu). Aku pilih nombor tu sebab 5 nombor di belakang tu simetri. Bila difikirkan semula, nombor tefon ni, masa baru2 je kiter concern pasal nombor tu. Selepas2 tu kan orang akan save guna nama kiter. Lantak ler apa nombor pun. Tapi, bila sesekali nak isi borang, baru ingat semula nombor tu. Kadang2 sampai terlupa bila dah lama tak isi borang hehehe. Oh, dan nombor tu aku guna sampai sekarang (sila check phonebook anda kalau nak tau apa yang simetri itu hihihi).

Bila aku mula bekerja pekerjaan sekarang, sempat lah aku pakai 3210 ni selama sebulan. Pastu kami beli telefon baru. Tada!

 


Tada! Ya, kami bemakna kami lah. Mula2 encik suami beli dulu. Bulan jun 2007. Kat fotocharlie. Sebelum tu beliau pakai 3310. Bulan depannya, aku pulak beli yang sama, sebijik dot. Kat simpang PR ni. Dah tutup pun kedai tu. Murah je tefon ni. Aku ingat rege nya sampai sekarang sebab sama ngan nombor rumah abah di eto5 hehe.

Encik suami dah bertukar ke telefon pintar pada tahun lepas. Alasannya, betri dah kembung. Memang lah kembung kalau overcharging. Aku punya betri tak kembung pun? Padahal beza sebulan jek usia mereka. Beberapa minggu yang lalu, encik suami tukar telefon lagi. Aku rasa sejak tahun ni kot, telefon pintar tu dah tak berapa nak pintar dah. Asik lah the number you have dialed is not reachable. Menyakitkan hati! Ditambah pulak dengan komen kawan2 yang mengatakan telefon mereka yang sama jenis mengalami masalah yang sama. Maka, aku paksa lah beliau tukar henfon lain.

Tapi, bila dah tukar (macam downgrade je hihihi), masalah masih berlaku. Baru lah terlikir nak tukar simkad. Maka, beliau pun pergi kedai tukar simkad. Tada! Dah takde masalah lagi. Hahahaha. Sekarang ni, aku lak rasa bersalah sebab beliau tak berapa serasi dengan tefon baru tu. Tak banyak apps kan. Dah lah tefon ni takde built in compass! Sayang je telefon lama tu. Patut ke aku gantikan balik telefon yang lama (upgrade sikit pun takpe) dan ambik telefon baru itu? Aku tak rasa perlu lagi, tapi kesian lak kat dia. Lagi pun kalau nak pun, aku mesti beli yang kaler pink punya. Ni, hitam? Tapi, aku kah yang bersalah?

Kini, aku masih lagi jadi pengguna henfon nokiah 6070 sehingga kini. Sibbaik tepon ni berbunyi sebab betri nak habis sekejap tadi. Kalau tak, harus aku tertinggalkan ia lagi hari ini.





3 komen:

ayzaqaysukashah... said...

wakaka...akak lawak la

AyunasiA said...

tang mana yang lawaknyer? banyak cerita ni.

Irfa said...

rajinnya ko menulis
hp pertama aku nokia pisang
hehe