Friday 1 June 2012

Mesin Kira dan Keluhan Serta Tempikan


Aku tak tau lah berapa scala Richter agaknya gegaran suara tempikan aku setiap hari jumaat. Sebabnya, pada hari itu lah aku ada kelas dari pukul 10 pagi sampai 5 petang untuk kelas semester 1. Budak2 yang baru dapat result spm itu ari.

Astaghfirullahal'azim...

Elok ler jugak aku mengajar kelas tu. Banyak kali aku beristighfar. Kan.

Macamana lah aku tak bertempik. Satu, lagi 15 minit sebelum balik aku suruh derang kemas. Pulang tools, bersiap2 nak balik. Tapi, sekali aku cakap, derang buat tak tau. Dua kali cakap, derang sibuk buat benda lain. Tiga kali, empat kali ehhh apa lagi. Jerit lah sekuat hati. Bebel bebel bebel. Tau, tak berkesan pun. Besok dia buat lagi. Namun nak manja2 ngan aku, kirim salam!

Dua, tiap kali mengira, tekan kalkulator. Nak darab 100 pun tekan kalkulator. Ada sekali tu, darab 1 uolsss?????????? Darab SATU ok (sebab pekali kat multimeter tu ada x1). Dia dah nak tekan kalkulator, aku pun bertempik lah! Ya Allah... ujian apakah ini??? Heran betul aku lah. Sistem apa yang sekolah pakai hah?

Tiga, ye lah, kelas aku cuma hari jumaat. Dari jumaat ni nak ke jumaat lepas tu, lama lah juga. Tapi, kalau tak ingat apa yang aku ajar, aku boleh lah sabar lagi. Tapi kalau dia tanya dan aku jawab, dia boleh keluar ooooooooooooooooo macam aku tak pernah ajar pun minggu lepas... aku rasa nak resign ok. Pelupa tahap langit ke-7! Tak cukup bertempik, aku tambah pulak dengan membebel. Tu lah, asal hari jumaat je, sibuk nak balik kampung. Mana nak ingat apa yang di belajar hari jumaat. Pastu, apa yang tinggal hari jumaat lepas, itu lah jugak yang dibawa hari jumaat ni. Takde perubahan pun. Padahal aku suruh siapkan tugasan tu. Aku cakap, kalau ular masuk beg tu hari jumaat agaknya, hari jumaat depan bukak beg, ular tu pun dah mati agaknya. Arghhh!!! Kembalikan @tec yang dulu, yang ambik budak level 2 lepasan ilp!!!

Empat, asal test/exam je, tiru. Tak kira lah tiru toyol ke, tiru kawan ke. Sampai aku rasa macam malas nak buat test. Kalau test tu, memang kena berjaga je sepanjang masa. Tak boleh nak duduk atau berhenti sekejap. Komfem dia tiru kawan. Kadang tu aku duduk depan mata pun dia boleh bercakap2 ngan kawan sebelah. Aku dah cakap, awak, orang yang awak tanya tu pun 2x5 jugak. Tak tau lah derang ni. Semangat setia kawan ke haper tah. Percaya jugak dengan jawapan kawan yang 2x5 tu.

Lima, asal nak sign portfolio jek, puan, assignment hilang. Tak pun, sebelum sign, time suruh hantar assignment pun, puan, kertas biru/merah hilang. Pernah ari tu, pagi2 sampai2 je aku lalu bawah pokok, nampak ada kertas kaler pink. Tengok dari jauh macam muka depan soalan assignment aku. Sekali tengok dekat, ya ampun... 2 set kertas soalan yang aku bagi semalam dah basah kena hujan malam tadi. Kat kelas aku tanya, mana kertas yang saya bagi semalam? Boleh? Dia cakap, eh, entah ek. Lupa letak kat mana. Argh!!! Aku ingat lain kali kena kenakan bayaran lah untuk kertas2 tu. Ni bagi free derang tak geti hargai.

Enam, asal hujung semester, nak sign portfolio, puan, saya belum buat tugasan ni, tugasan tu. Kalau subjek tu semester tu punya tak per lagi. Ni kadang semester lepas punya. Mana lah aku nak ingat benda2 dah lepas ni. Kadang tu siap cakap, saya dah buat, tapi puan tak pulang. Choi! Ni memang kes2 nak kena tempik lah ni. Aku rasa kalau setiap hujung semester diambil bacaan tekanan darah, mahunya semua suspek darah tinggi.

Ikut kan ada lagi beberapa aspek yang mengundang gegaran gempa bumi kat @tec ni. Gegar2 pun, dah 4 tahun pun aku kat sini. Ikut kan je lah. Sesekali memekik, boleh gak release tension.






11 komen:

eita said...

Hahaha.... nasib baik x jd ckg sklh teknik yg kejar target SPM. Mcm tu le keadaannya. Sebijik! Tu blm lg bila nk exam 'ckg, ada kalkulator x? Nk pinjam. Kalkulator sy ilang'.Or pagi nk peksa spm 'ckg, nk mintak salinan slip periksa @ surat pengesahan. Slip @ ic sy ilang'.

Nota @ latihan ilang? Biasa. Plg best 'ckg x penah ajar pun'. Sbb tu ckg2 sklh teknik@vokay ganas2. 'Kamu nk kasut ke nk siku?' Muahahaha....

ayzaqaysukashah... said...

haha.kt opis 2,kalo nk dgr suara emas kak asiah adalah hari dimana pen'sain'nan portfolio.opis juga akan meriah dikala itu.dgn jeritan2 y
g meriah dr k.su,k.ita n k.asiah

ANAKIRANA said...

uhhh tensenyaaaa..

AyunasiA said...
This comment has been removed by the author.
AyunasiA said...

eita: sekolah kejarkan spm, sini, berapa yang masuk, segitulah yang mesti kuar dengan jayanya. walau pun bebal!

AyunasiA said...

ayu: pssst ko takde ari jemahat. kak sue ngamuk... hihihi. eh, ke hari khamis ek?

AyunasiA said...

ana: begitulah rutin setiap hujung semester... inilah masanya nak memulangkan paku buah keras kat budak2 yang degil tak dengar cakap. boleh jual mahal takmo sign portfolio derang muahahaha...

ayzaqaysukashah... said...

ha???yeke???cecite...ape cer ni>????
sib baik sy xde...kalo tak, sure saya lari dr opis

Lub said...

kat sekolah rendah pun mcm tu jugakkkkk...sebijikkkkk

AyunasiA said...

ayu: bebudak allblack tu, last minute br nak mintak sign. mengaruk la makcik tu. bergegar 1 floor. kj mesti dgr tu.

ko ni, jadi anak, ko nak lari. jd opismate pon nak lari jugak kah?

AyunasiA said...

lub: sekolah rendah tu mmg budak tak cukup akal lagi. logik la. masih kelihatan comel lagik.