Thursday 21 June 2012

Lapan Belas


*Opsss ini bukan rating di panggung wayang.

Hari yang ditunggu tiba jua. Bulan 6 ni kira bulan aku lah (bagi aku je). Selain hepi besdei yang hakikatnya hepi 'bersedih' (sebab aku diserang sakit kepala tahap bengap yang merudumkan semangat hepi besdei ku pada hari itu yang membawa kepada takde selera nak celebrate makan kambing whatsoever), bulan 6 juga adalah bulan AGM kpf hahaha. Aku pun pelik macamana derang boleh begitu lambat menyediakan laporan tahunan padahal akaun derang tutup 31 disember? Kalau kwsp, tabung haji, bulan 2 dah tau berapa dividen, kan? Ini kena tunggu sampai bulan 6 baru lah boleh dengar berita gumbira. Tak cukup staf barangkali.

Cuma yang baik nya ialah kalau selalu kan kiter dapat bonus hujung tahun kan. Tengah tahun melopong je tunggu 25 haribulan. Dengan langkah mereka ini, tengah tahun aku juga berbonus jua. Nak2 pulak roadtax mati bulan 7. Sedang elok lah, takyah aku nak pikir kat mana nak cekau duit atau takyah lah aku korek2 tabung amanah demi nak menghidupkan insurans dan roadtax. Errr lagipun tabung amanah pun dah dikorek buat beli tayar 4 biji minggu lepas huhuhu. Dan macam tau2 juga, tayar kete kancil juga sedang menuju ke arah pembotakan. Ni lagi lah lama kot. Last tahun 2009 kot tukar tayar tu.

Selain itu, kalau selalu orang kata kalau nak beli kete, belilah awal tahun, sebab market price bila nak jual besok takde de mengambil kira bulan berapa ko beli, tetapi tahun berapa ko beli. Kira kalau beli hujung tahun tu umpama kerugian lah sikit. Ke tak untung? Tetapi dengan langkah yang mereka ambil ini juga, kalau pun aku nak beli kete (bukan tahun ni la tapi, sila jangan cucuk), tengah tahun boleh dikira selamat (tak rugi, tak untung). Sebenarnya takde lah rugi pun, cuma cakap2 orang yang menjadikan ia seolah2 rugi. Orang tu tak pikir kot, hujung tahun banyak perayaan, senang nak berziarah ke rumah saudara mara dengan kereta baru. Eh? Ada kaitan ker?

Maka, dalam kerinduan ayah dan bonda segala juadah disediakan, dalam mak2 dan pak2 sekelian berdebar menantikan detik 28 jun itu, terselit lah rasa hepi extended dengan pemberian dividen kali ini.

Untuk rekod, tahun ini (ekceli tahun berakhir 2011) merupakan kadar tertinggi dalam sejarah kpf selepas pada tahun 2008 ke 2009tah sebanyak 16.5%. Sejujurnya aku tak menjangka dia akan exceed 16.5%. Harapan tu ada lah. Sebab kalau dilihat, tahun 2010 (tahun lepas punya) adalah tahun gawat menuju pulih. Dan tahun 2011 (tahun ni) pula boleh dianggap pulih 'macam chong wei semalam'. Kalau tahun lepas pun boleh dapat 15%, kemungkinan untuk tahun ni lebih tinggi adalah cerah. Apa2 pun aku berterima kasih yang tidak tehingga kepada mereka2 yang menjalankan perniagaan bagi pihak kpf ini kerana telah membawa keuntungan yang dapat dikecapi bersama oleh aku yang, tah, tak terlibat langsung kot melainkan beli minyak sawit cap saji sahaja. Eh, dan krimer pekat saji hihi. Syukur ya Allah...

Sungguh pun demikian, aku adalah dah terfikir nak jual saham2 ku pada tahun ini dan menggantikannya dengan membeli emas pula. What do you think? Aku takut sebenarnya. Takut tahun depan berita baik bulan 6 ini akan tinggal sejarah sahaja. Ye lah, dengan isu fgvh ni kan, macam mengancam nyawa kpf jek, kan? Tak tau nak rujuk kat siapa pasal hal ini. Apa effectnya penyenaraian itu yang tidak disertai oleh kpf, terhadap kpf? Adakah 51% itu sudah berubah? Adakah kpf hilang income yang membawa kepada kekurangan keuntungan, sekaligus kekurangan dividen juga? Tu yang aku tak suka bab fgvh ni. Sekarang ni kan dah ok, takdelah aku sampai jadi kaya, tapi dapatlah menampung sedikit kehendak yang bersarang di sanubari ini. Aku pun teringin nak pakai SIII  hahaha :-p

Bercakap pasal fgvh ni pulak, yang aku dengar saham yang diperuntukkan untuk peneroka cuma lebih kurang 800 unit jek. Tak sampai pon 1 lot. Tapi, kat kertas derang tulis lah banyak kosong juta juta juta. Padahal kalau dibahagikan pada 112k orang, tak sampai pun seribu. Pastu yang aku dengar jugak, harga bukak dia besok lebih kurang rm4. Maka, tidak kah kalau didarab dengan 800 unit tu, dia jadik rm3200 jek? Tak? Pastu, kenapa sampai peneroka sampai nak kena (tahap wajib) buat loan dengan bank? Setakat 3200 tu, takde lah peneroka sengkek sangat nak bayar. Kot? Musykil aku. Yang benarnya, bila derang ambik loan, processing fee je dah rm200. Darab lah dengan 112k orang. Tak juta juta juta jugak bank dapat? Padahal processing tu tidak lah susah sangat kot. Tah. Susah kot.

Bukan kah begitu? Sepatutnya peneroka diberi pilihan, nak beli pakai duit sendiri ke, nak buat loan. Bukan ker derang dapat rm15k kan? Takat 3k tu, celah gigi je kot. Eceh!

Tapi, yang aku dengar jugak, loan tu diberi sebab saham yang nak dibeli tu banyak. 30 lot ke haper tah. Errr kat mana aku dengar ni eh? Ok lah, kalau betul 30 lot, aku setuju lah buat loan atau tak payah beli langsung.

Ermmm gegirl keliru lah! Tapi hepi ngeee...



5 komen:

ayzaqaysukashah... said...

nak berbaik ng akak la camni

Cikgu Nana said...

muahahahaha.....

aku nak cucuk jugak lah....

Beeeeliiiiiii keta baruuuuuuuuu.... ngeh ngeh ngeh...

teruja aku nak baca ko punye kaji selidik dan strategic plan keta ape nak beli hehehehehe.....

aku ada rasa sedikit termenyesal hahahaaha sebab masa bapak aku suh daftar kpf, aku wat bodo ajer...
sebab aku lebih suka ASB, senang nak keluarkan pabila ada keperluan nak kuarkan. Lagi pula aku tak berapa percaya masa tu sebab takde buku bank, hanya penyata setahun sekali hahahaha....
Skrg, bila org dapat duit, aku melopong ajek la... mengharapkan ASB 8.8% dividen itu saje lah...

aku daftar hujung tahun lepas... sampai sekarang tak terdaftar-daftar lagi, aku kol dorang kata takde tersenarai lagi.... uh lembab!

so, aku masih ber wasatiah.. sobrun dengan ASB kihkihkih....

AyunasiA said...

Ayu: sorry, I kedekut!

AyunasiA said...

Yana: cucuk la, mmg tak kan ku beli sbb syg baru tukar tayar hahaha. Aku plak x msk asb sbb senang sgt nak dikeluarkan.

AyunasiA said...

Ayu: sorry, I kedekut!