Thursday 24 May 2012

Debat

Saper tengok debat kj-rafizi hari selasa lepas? Aku tengok! Aku tengok! Errr kena tengok ker? Takde la keperluan. Cuma sebagai pengguna ptptpu, aku nak juga dengar pendirian bakal2 gomen sikit hari lagi ni tentang ptptpu. Walau pun aku dah memutuskan hubungan dengan ptptpu. Ehhh belum putus hubungan lagi lah. Rupa2nya selepas ditambah tolak kali bahagi, aku ada terlebih bayar pada ptptpu tau. Takde lah banyak mana. Cukup lah kalau nak servis kete. Aritu tetiba puan dari ptptpu tu call, mintak nombor akaun. Tapi sampai la tak masuk2 pun duit nyer. Masih gantung tak bertali la kiranya.

Macamana aku boleh tau pasal debat itu? Ekceli hari isnin lepas encik suami pergi bawak students dia ke karangkraf. Lawatan sambil belajar kekdahnya. Kebetulan debat tu dianjurkan oleh sinarharian yang diterbitkan oleh karangkraf. Tu yang dia tau tu.

Apa yang diperdebatkan oleh mereka berdua? Kalau nak tau, sila lah klik sini. Tak kosser aku nak join berdebat. Babai!

New Update.

Ok, aku tau video tu sejam setengah. Sampai kuar janggut pun belum tentu abis donlod. So, aku dengan baik hatinya akan bagi point2 penting. Aku pun dah lupa apa yang derang perdebatkan.

Janji PR jika membentuk kerajaan ialah

  • Mansuh ptptpu. Delete.
  • Hutang semasa diselesaikan oleh gomen, 2bil setahun x 15 tahun. KJ boleh2 kata jumlah sekarang 30bil. Fizi pulak asik sebut 23bil. Tak kisah lah berapa pun.
  • Yuran ipta percuma.
  • Yuran ipts disubsidi sebanyak sama dengan yuran ipta.
  • Elaun sara hidup 5k setahun kepada semua pelajar ipta (best gilersss! aku nak masuk u semula, boleh?)
  • Bina 10 buah ipta dengan kapasiti 10k enrolmen setiap tahun. (kj kata kos bina 1 uni ialah 2bil. fizi kata kalau kerajaan amno yang bina memang 2bil, tapi uni monash bina untuk kapasiti 5k enrolmen setahun, kosnya hanya 4mil jek. kj kata uni monash takde kapasiti untuk post-grad facilities. apa2 lah korang...)
  • Nyahkan ipts2 pondok (yang duduk kat rumah kedai contohnya). KJ kata, takkan kolej komuniti (memang duduk kat rumah kedai pun) nak ditutup? Ngok nyer... kolej komuniti tu ipts ker? Adoiyai...
Perkara2 lain yang diperbesar2kan
  • Fizi kata negara2 scandanivian banyak yang bagi yuran ipt percuma. Takde pun kadar cukai dia tinggi.
bersambung...

0 komen: