Wednesday 4 April 2012

MS Garden Kuantan Best!

Dengan tersipu-sipunya aku ingin membuat pengakuan terbuka bahawa aku baru je menceburi bidang upload gambar dalam blogger secara pukal. Maksudnya? Aku pernah guna kekdah ni dalam akaun encik suami. Sampai kini, aku tak tau macamana nak upgrade kepada ciri-ciri tersebut. Sehinggalah semalam, aku upgrade ke blogger yang terkini. Baru lah aku boleh upload gambar secara sekaligus. Selama ni aku upload 1, 2, 3, 4, 5, 5 lagi. Lama punya cara. Kesian ek? Sekarang, aku rasa lebih laju.

Ok, cerita minggu lepas sebelum cabut gigi ialah aku ke kuantan lagi dan lagi. Kuantan ni aku dah agak familiar juga sebab dulu masa duk dungun, selalu lah juga aku singgah di kuantan ni. Teringat (aku ni segala benda ada je sisi nostalgia nya ek?) aku masa form 4 dulu. Masa tu tengah cuti hujung tahun. Seperti biasa, kalau kak uni balik kota, mesti dia ajak aku ikut balik rumah dia. Aku suka jer mengikut. Masa tu dia duduk chini lagi. Jadi, masa tu entah macamana, kak uni ada meeting (biasa la, cikgu kan ada meeting seminggu sebelum naik sekolah, kan?) selama seminggu dan tak sempat nak hantar aku balik (gi naik bas ekceli). Jadi, pagi tu dia meeting, petang tu jugak dia kena hantar aku balik. Kalau tak, tak sempat lah aku balik asrama pula nanti.

Ingat lagi, pagi tu aku masak asam pedas hihi (takde kaitan). Dan petang tu derang hantar lah aku ke bus stand kuantan. Cari tiket, dah habis untuk hari ini. Ada esok jek. Caner? Pung pang pung pang, akhirnya abang saipul suh tumpangkan aku kat rumah atuk sedara dia (ke apa tah hubungan derang, tapi sedara la). So, dia pun hantar aku ke sana. Kat mana tah. Yang aku ingat ada lalu tunasmanja hahaha. Masa tu tak banyak lagi kot tunasmanja nih.

Dah sampai rumah tu, tak lama derang pun balik. Huaaa nak nangis rasa. Macam dihantar masuk asrama kekdahnya. Bukan apa, dah la tak kenal kan. Aku ni dah lah pemalu hehehe. Apa berlaku lepas tu aku tak ingat dah, kecuali satu. Masa makan malam tu, derang ada tanya aku, nanti lepas spm nak ambik course apa? Nak jadi apa? Aku dengan penuh yakin cakap, nak jadi akauntan. Ok, itu bukan rahsia lagi. Besok tu pepagi derang hantar aku ke bus stand kuantan. Sekian. Eh, ada lagi. Sampai kota, encik suami dah tunggu hehe. Macamana aku contact beliau tah? Aku ada beli tali jam masa tu.

Demikian lah kaitan aku dan kuantan. Tiba2.

So, pergi kuantan kali ni adalah untuk mengekor encik suami, seperti biasa lah. Kalau dia mengekor aku, itu adalah pelik. Maka, petang jumaat tu, balik keje, mandi2, dan kami terus bertolak (6.20pm). Sempat beli rangka ayam buat alas perut. Susahnya makan rangka dalam kete. 

 Isi minyak di labis. Eh, ni anak cik jasri eto5 ke ek?

Singgah solat di masjid tenang station. Aritu pernah singgah di sini time musim prk dun tenang.

Sampai di muadzam, hujan mula turun. Sampai di kuantan lebih kurang kul 11 malam. Check in di ms garden. Tak pernah duduk sini. Lepas check in, pergi makan kat jalan teluksisik.

Tinggal deluxe twin jek. Tapi aku suka sebab tema dia kaler oren.   

 Dan luas juga.

 Kebetulan aku juga memakai baju oren.


Cantik nyer kusi nih. Nak nak nak! 







Dan yang penting ada bath tub. I like!

Besok pagi, lepas sarapan kengkonon nak sambung tido. Sekali terbukak website jpa. Langsung hilang ngantuk hehehe. Petang encik suami balik, kami terus keluar makan. Macam biasa lah, pergi tanjung lumpur. Tak ambik gambar sebab sama je. Lepas makan, pergi maidin sat.

Besok tengahari, pergi rumah yayu. Dapat makan nasi kerabu. Daging dia sedap! Kendian kami pergi cari langsir. Memula pegi kamdar, tapi tak banyak day curtain. Yang sikit tu pun mahal. So, pergi nagoya pulak. Pung pang pung pang, pukul 4 kot baru kami balik. Tak balik terus.

Singgah pulak jumpa ngah. Gini lah kalau ada adik beradik di tempat yang sama. Kena pergi dua2. Tapi kami tak pergi rumah dia la. Mak minah (MIL kepada BIL) baru seminggu berniaga di medan selera jungle (dekat2 persimpangan bunga cengkih, dekat2 uia, dekat2 kolejkomuniti). Derang berniaga gulai kawah, sup tulang, patin tempoyak. Aku tak makan sebab kenyang lagi. Encik suami je makan, dengan anak2 sedara dia. Nampak sedap gulai kawah dia. Satu set nasi+gulaikawah+ulam+ikankeringbuluayam+sambalbelacan = rm5. Kalau set sup tulang rm6. Teringat nasi sup tulang kat dungun. Satu set ada nasi+suptulang+sambal+telurmasin. Sedap nyer!

Pas makan, kami pun balik (6pm). Singgah di masjid tenang station lagik. Singgah makan mee bandung harun. Sampai rumah, tah pukul 11 kot.

3 komen:

Yayu said...

Baru teringat..akak pun sblom duk Kuantan ada cerita gak ...

AyunasiA said...

ape cer???

Irfa said...

telan air liur dgn set gulai kawah tu