Monday 2 April 2012

Apa Pun Tak Boleh : Episod 2 - Membesar-besarkan Sungguh!

Selama ni aku ingat cabut gigi ni sakit. Ada orang cakap, masa cabut tu tak sakit, tapi time inject bius tu yang sakit. Derang kata, doktor akan inject kat geraham. Geraham kan keras. So, sakit lah ia. Ada jugak orang cakap, masa cabut tu tak sakit sebab dah bius, tapi selepas habis bius tu yang sakit. Semua mitos2 ini menakutkan aku.

Sama lah juga dengan membuat hsg (orang2 tak beranak je yang tau ni). Orang kata proses hsg tu sakit. Nanti berdarah lah. Nanti dia masukkan besi panjang dalam tut kiter dan mengakibatkan pendarahan lah. Siap ada yang cakap kena makan ubat tahan sakit lagi supaya tak sakit. Akibatnya, aku membayangkan besi yang dikatakan itu patah semasa berada di dalam tut kiter. Fuh! Bunyi je dah ngeri, belum lagi mengalaminya.

Tapi, selepas melalui kedua2 perkara di atas, baru lah aku tahu bahawa sangkaan mereka dan andaian aku selama ini adalah meleset.

Pasal hsg tu. Memang lah dia masukkan besi. Besar macam pensil, panjang macam 2 panjang pensil. Tapi, tak sakit pun? In fact, bila dah selesai tu aku bleh tanya kat doktor, dah ker? Sebab macam dia tak buat apa pun? Membesar-besarkan sungguh lah derang nih.

Pasal cabut gigi pulak, aku baru je mengalaminya sekejap tadi. Ingat ari tu aku hahit hihi? Appointment ngan doktor pakar di hsi ialah hari ni. Maka, aku pun mengambil cuti hari ni dan esok untuk sebarang kebarangkalian. Ambik je cuti, kalo sakit mintak mc hehe. Expectation aku ialah, doktor akan cabut mahkota dan buat rct ke atas 2 lagi akar yang kelihatan belum dibuat rct, tampal balik dan buat mahkota baru. Bunyi macam senang.

Sampai di klinik kesihatan hsi, eh, sama lah macam klinik bp, klinik gigi di tingkat 2. Cuma yang ni takde lif kot. Sampai di kaunter pendaftaran, bagi referral letter, ic dan gl, aku terus ke toilet. Ekceli aku adalah nebes. Nak terkucil nak terberi segala. Selesai urusan, nama ku dipanggil dan misi suh tunggu kat bilik 4 atau 5. Kang dia panggil.

Tak sampai 10 minit menunggu, nama ku dipanggil. Macam nak copot jantung aku. Takut weh. Kelihatan doktor muda dan dia pun membuat diagnosis. Ok, kiter x-ray, katanya. Aku pun ikut dia ke bilik x-ray. Siap kena bukak anting2 lagik. Takut kuar lak gambo anting2 aku yang macam tanglung tu dalam x-ray tu nanti. Siap x-ray, masuk bilik tadi semula. Tak lama kemudian, datang lah seorang doktor lelaki. Gaya macam pakar. Rambut pacak! Dia suh doktor muda tadi tu terangkan pasal referral letter itu dan beri suggestion berdasarkan x-ray tadik. Tegas betul doktor lelaki itu.

Selepas diteropong, dia kata gigi tu ada 3 akar, tapi yang dah di rct kan cuma 1. Dan yang 1 itu pula nampak macam tak masuk di akar. Maksudnya besi yang dicucuk ke dalam akar itu macam tembus kut lain ke haper tah. Dan ada infection pula. Itu yang sakit itu ari tu. Kiranya derang mempertikaikan hasil kerja doktor yuitm dulu lah huhuhu. Kendian dia bagi 2 option. Satu, dia bongkar balik gigi tu, tapi risikonya gigi itu patah dan kena cabut jua akhirnya. Dan tempoh nak membongkar tu adalah 'hardwork' dan aku perlu berulang-alik selalu. Sedangkan ia belum tentu berjaya. 50-50 katanya. Fuh! Sibbaik maksud 50-50 tu bukan nyawa.

Dua, dia suh cabut jek. Habis cerita.

Nampak gaya macam option pertama tu dia tak berapa recommend, kan? Dia cakap, lagi pun aku duk bp. Kalau orang area jb ni dia tak kisah sangat. Aduh, macamana nih? Aku takut nak cabut kerana 2 sebab. Satu, takut sakit (mitos2 yang berlegar2 di kepala) dan dua, macamana nak makan sedap2 tanpa gigi geraham kecil? Penting ok, gigi tersebut.

Dah lama sangat dia tunggu aku decide, misi pun cakap, ke nak diskas dengan husband dulu? Hahahahaha actually itu lah yang aku nak sebenarnya. Bukan lah kalau tak diskas tu nanti kasih sayang suami akan tanggal bersama gigi ke haper. Tapi untuk mengelakkan nanti disalahkan jika keputusan itu adalah salah hehe. Pastu aku pun cecepat kuar dan diskas. Ok, tanya doktor, kalau cabut, apa option yang ada? Kiranya beliau menyokong cabut lah. Aku masuk balik dan tanya. Dia kata ada 3 pilihan. Gigi pelesu, bridge atau implan. Ok, implan macam menarik. Walau pun kosnya makan sebulan gaji lah juga. Duit boleh cari, kata beliau.

So, aku pun tanya kat doktor lagi, kalau cabut bila2 sakit lain kali, caner? Dia kata, baik cabut sekarang, nanti dah tak sakit lagi dah. Lagi pun bila cabut time sakit, dah lah sakit gigi, sakit cabut lagi pula. Tak ke double tuh? Dan aku tanya lagi, tapi kenapa sekarang dah tak sakit? Dia cakap antibiotik yang aku makan aritu dah supress rasa sakit tu. Pasnih kalau sakit balik, dia akan POM! Sakit amat. Siot je doktor tu kan? Siap POM! lagik. Menakut kan aku. Maka, aku pun setuju untuk dicabut. Huaaa takotnyaaa. Dia kata boleh je cabut bebila. Kat bp pun boleh. Tapi dah terlanjur sampai sini, buat je lah terus, kan. Kang nak hadapi nebes lagi sekali pula.

Mula tu doktor suh ambik nombor dan cabut di bilik lain. Macam orang2 yang lain. Tapi orang adalah ramai ok. Hari isnin kan. Semua orang yang sakit gigi hari jumaat, sabtu dan ahad berkumpul hari ini untuk mendapatkan rawatan. So, derang diskas2. Dan doktor muda tu tadi ditugaskan untuk injek bius. Kang cabut kat bilik lain sebab bilik tu takde alat untuk cabut.

Dia injek di 4 tempat kot. Aku tunggu lah, bila nak sakitnya. Tau2, dah, tunggu kat luar, kejap lagi cabut. Eh? Dah bius? Tak rasa apa pun? Tipu ah!

Sedang aku tunggu bilik 2 atau 3 memanggil ku, misi bilik 4 panggil lagi. Doktor lelaki rambut pacak pun ada sekali. Derang pinjam alat mencabut dari bilik lain. Alah, playar je kot. Aku ingat mesin haper ke. Tapi dalam hati aku ada sikit kelegaan sebab doktor lelaki tu yang akan mencabut gigi ku. Sebab aku pikir, doktor lelaki mesti kuat, kan? So, mesti sekejap je dia boleh cabut, kan? Lalu, aku pun menadah mulut. Dah rasa 'besar' tak? Tak besar sangat, kata ku. Dia nak besar mana tah.

Memula dia goyang2 kan gigi itu. Misi tu pegang kepala aku. Mak oi, macam pokok ubi plak aku rasa diri diperlakukan. Selepas digoyang2 sedaya upaya, maka mahkota ku pun tanggal. Giginya belum lagi. Lalu dia pun memecahkan sisa2 tunggul gigi yang ada, dan menanggalkan serpihan2 yang tinggal. Sakit? Takde rasa. Kan dah bius? Cuma bila aku tertengok jari doktor tu berdarah, baru lah aku kecut perut. Huuu darahhh!!!

Pastu dia sumbat dengan ubat kaler hijau macam rumput, kurangkan sakit, katanya. Dan dia suh kumur sebelum disumbat dengan kapas. Errr dah? Ok.

Sebelum kuar, aku mintak mc dan tanya pasal implan. Dia kata, lepas 5-6 bulan, pegi klinik mana2, suh buat referral letter ke pakar bedah mulut untuk pasang piling. Fuh! Satu lagi fasa mengerikan. Sementara itu, kunyah lah belah kiri jer. Lama tu... lepas raya.

Selesai... misi cakap kebas tu ilang dalam 3 tempoh 3 jam. Sementara itu, aku adalah suspen menantikan rasa sakit yang entah tak dapat aku bayangkan.

Dari klinik, kami ke johor jaya untuk membeli peralatan bilik mandi. Kemudian kami ke jasko bukit indah hahaha. Sempat tuh. Tu pun ada ati nak pegi jp0 huhuhu. Tapi tak pegi lah. Lepas makan, kami pun balik.

3 jam berlalu. Injek tadi kul 11.30. Maknanya kul 2.30 la patutnya dia hilang kebas. Betul lah. Dah hilang kebas kul 2 lebih tadi. Tapi, aku masih menanti rasa sakit. Bukan lah nak, tapi bukan sepatutnya memang sakit ker? Sekarang jam 6.30 petang. Belum rasa sakit lagi. Darah dah berenti. Doakan aku tak sakit langsung, yea?

p/s saya puji service di klinik pergigian HSI. Syabas bethi!

0 komen: