Friday 13 April 2012

Ke Periuk Lagi


Apa guna berjanji. Kalau tak ditepati. Kelak merana diri. Tuan sendiri menggigit jari. Jeng jeng jeng jeng Jangan main asmara. Bukan mudah bercinta. Yang ditunggu tak tiba. Makan tak kenyang. Mandi tak basah.

Tetiba intro lagu lama pulak.

Nak cerita pasal program janjiditepati sabtu lepas. Aku tak pergi. Yeay! Padahal kuar memo wajib hadir. Siap dapat baju bagi lelaki dan topi bagi perempuan lagik. Tapi, kenapa aku begitu berani tak pergi? Tak takut kena transfer ker? Caner aku nak pergi. Nama aku tak tersenarai pun dalam senarai kedatangan. Sekaligus aku tak dapat topi, ok. Dia bagi kat orang yang ada dalam senarai jek. Tidak kah itu best?

Walau bagaimana pun, aku sempat menonton siaran ulangan ucapan najib di tivi9 pagi besoknya. Sekali tengok nampak macam bukan kat bp. Sebabnya isu yang disebut tu macam kat selangor. Tapi aku tengok baju dan topi yang dia pakai tu macam sama dengan semalam? Last tu baru lah dia cakap pasal bp. Apa da. Nak banding pun, banding lah negeri dengan negeri. Ini bandingkan negeri dengan pusat. Heee... Kawan aku cakap, yang buat ramai tu makcik2 kampung je. Saper tak suker kan. Dapat jumpa piem. Dapat makan lagik.

Ok, lupakan tang tu.

Jadi, sebab kedua aku tak pergi ialah sebab aku ke periuk lagi. Kuantan. Orang banjar sebut periuk - kuantan. Eh, betul ke ni? Ye kot.

Kali ni duduk hotel bajet jek. Memula tanya kat hotel yang baru bukak depan seas0nview. Tinggal bilik family jek. Kendian check in kat shahzaninn. Tapi, mak aiii... cikai nya bilik dia. Tak padan dengan harganya. Serimalaysia pun lagi ok aku rasa. Pastu, kami kuar balik. Boleh? Tak pernah aku buat huhuhu. Tu pun mulanya dia kata dia dah caj CC. Sebenarnya boleh jer cancel. Kiter buat dia kan. Kendian kami patah balik ke hotel baru tu. Tapi, dah takde bilik family. Tinggal bilik family besar. Eh, dah ngantuk ah. Ambik je lah.
 
  Bukan selalu jumpa hotel2 baru ni kan. Bila dah jumpa, wajib di try.

  

  Sila perhatikan kaki ku. Itu ialah habit aku. Aku pun tak perasan yang aku lipat jari aku macam tu. Tengok gambar ni baru perasan. Dulu pun aku tak perasan. Tapi bila ada sekali tu jari aku sakit sebab lama sangat terlipat, baru aku perasan. Dia otomatik bila aku duduk. 


Besok tu, tengaharinya aku turun makan di restoran depan hotel ni. Akobpatinhouse.

The best patin tempoyak in the world! (mengambil kira negara kiter je kot yang ada masakan ni. so, kira world la kan) 

Sambal ulam tempoyak (nama aku bagi sendiri) yang pedas nak pengsan!

Daging salai masak lomak cili api. Sedap lah daging salai dia. Ada rasa asap (bak kata catz). 

Tengahari tu jugak, aku tukar bilik biasa.  

 Malamnya pulak, kami pergi makan satayzul. Tah, katanya femes. Tapi memang sedap.







Besoknya pulak kami  makan kat tepi sungai (ni entry pasal makan ker?).


 Patin lagik. Biasa jek.




     
Sekian. Balik tu singgah tasik. Aku sajer tak nak bagitau tempat tu kat mana. Sukati aku la kot?

6 komen:

Irfa said...

tak tahan tgk ikan patin tempoyak dan sambal tempoyak itu..aku kan hantu tempoyak.hehe

Unknown said...

ni mmg entry makan okes

catz said...

waa..rindu kat akob patin..
wehh..lauk samaaaa...!
slurppp...

AyunasiA said...

catz: mmg baca entry tu sebelum turun bilik hihi. tp terlupa apa yg pedas giler. rupanya sambal ulam tu. berapi!

AyunasiA said...

irfa: pemecah selera tu. gian!

AyunasiA said...

ayu: kalau nmpk akak gemuk lepas ni, jgn tegur ok. kuat makan.