Thursday 8 March 2012

Post-Batal SBiPA, Suatu Fatamorgana

Kah kah kah kah kah kah nak gelakkan diri sendiri dulu. Susah2 je aku buat jadual gaji berwarna warni siap bagi taklimat berentry2 bagai. Sudahnya batal teros. Huh! Tapi aku puas ati. Kalau dalam entry dulu tu aku semacam setuju sangat dengan sbipa ni, kan. Dan bila dia batalkan, tetap juga aku setuju sangat. Salah satu sebab nya ialah kerana kenaikan gaji tu lagi banyak daripada yang sbipa punya ngehngehngeh. Tak rugi apa2 pun. Malah lebih best lagi, kgt aku kalau ikut ssm ialah pada bulan 4. Ya, bulan depan! Dah boleh cover installment t0y0ta prius C di situ! Happy berganda! Tuan2 dan puan2, izinkan saya lompat bintang 10 dalam kiraan tiga, ya? 1 2 3 1, 1 2 3 2, ... , 1 2 3 10.

Nak tau benda pertama yang aku buat selepas mendengar berita itu tadi? Cer teka cer teka. Ya, pandainya koranggg. Kagum seh... Betul la, aku tekan kalkulator ekekek. Sampai rumah pulak, tau apa yang aku buat? Cer teka cer teka. Wahhh pandai sangat la korang2 ni. Betul la, aku bukak laci ambik slip gaji encik suami dan tekan kalkulator lagi (siap bawak balik kalkulator saintifik dari opis lagik, macam la takde kalkulator kat henpon dan pc).

Kehappyan seterusnya ialah itk tak ditambat dan diteruskan macam dolu2. Walau pun ia tidak lah sebanyak mana, tetiap tahun pun naik 4-5 hengget jek, tapi ia sangat baik dari sudut psikologi. 4-5 hengget pun, kalau setahun, tak jadi 60? Dah boleh cover yuran langganan strimiks sebulan dah tu kan. Sebenarnya kami tak risau bab tambat tu sangat, tapi lebih takut lagi sebab dalam sbipa kami dah bukan dalam kategori engineering. So, ada kebarangkalian itk boleh ditarik balik. Itu lah pasalnya.

Kegembiraan seterusnya ialah nama jawatan aku kekal dengan nama yang vouge. Ye yeay! Pegawailatihanvougedevas! Ia juga bermakna, aku perlu resign dari menjadi diamond leader. Ini boleh menjimatkan wang kerajaan daripada membuat cop dan kad baru. Banyak jimat tu. Boleh cover pembinaan salur air di bumbung bangunan sekolah kami.

Lagi, kokakola naik 50 hengget. Tak banyak sangat, tapi tetap lah ku bersyukur. Dah boleh cover yuran langganan esterok dah tu kan. Maksud aku boleh terus tengok estro oasis (insaf tak?).

Itu yang best. Ada yang tak berapa nak best dan belum diketahui seperti pr0spek, transf0rmasi minda dan ppc. Kalau pr0spek diteruskan, dan pekeliling berkaitannya diguna pakai, hukhukhuk terpaksa lah aku pergi ke program pr0spek itu jua, walau pun aku dah lulus ptik. Sedih :( .

Ok, sbipa dah boleh ditulis dalam buku sejarah tingkatan 5 untuk budak2 yang tengah darjah 1 sekarang (10 tahun akan datang).

p/s agaknya lah kan, berapa batang pokok yang dah ditebang untuk menampung kertas2 yang digunakan untuk borang option tu ek? 1.4 juta orang x 3 helai. macam aku kena sign 2 copy, lagi lah.

4 komen:

ayzaqaysukashah... said...

hahahaha...saya setuju...pandai dah cara mengira ikut akak punya kiraan

AyunasiA said...

sbnrnya sbipa xyah mansuh pun takpe. ubah yang ni je pun dah cukup sebab term2 yang lain dalam sbipa tu bagus2, apa?

catz said...

wah..ko dah habis lompat?? jangan ko tak berenti lompat dah ek.
bagi pendapat aku, taklah begitu wajar SBP@ tuh dimansuhkan terus. yang org tak puas hati bukan lah keseluruhan skim tersebut, tetapi lebih kepada gaji dan exit polisi.
bab gaji aku fahamlah kenapa org tak puas hati sgt, which pada aku ia mmg wajar dikaji semula. Bab duit mmg akan buat org bangkit menentang. syabas tok Omar yg gigih berjuang utk 1.3 juta penjawat awam, walau segala tohmahan dilemparkan (terutamanya dr org yg keje sw@sta, eh u ols ada kompeni bagi bonus sampai 6 bulan, 12 bulan, takde org bising pun,eh.kan).
Yang exit pilisi tuh actually govt dah setuju pun utk direndahkan lagi markah utk exit (entah apa pointnya..kalau dah tak perfom 3 tahun berturut mmg wajar diexitkan aja.menyemak).

exit polisi ni pun bagus utk kita berpindah/tukar skim perkhidmatan. tapi yg kebanyakan org nampak, pasal exit kalau tak perfom. kalau ko dtg opis buat kerja, nak takut apa?? serious aku tak paham. kawan aku dah gembira bila ada exit polisi coz dlm opis dia berlambak mahluk tak berfungsi yg nak dinyahkan..tup2...hemm..

tu lah kan..ramai pun yg berkata sbp@ ni dibuat tergesa-gesa dan naik kan umur persaraan hingga 60 thn dan naik gaji pada kadar yg sgt tinggi segala tuh adalah utk kepentingan sesetngah manusia yg cuma berapa ketul itu.

berapa lah banyak masa dibazirkan utk benda ini.

bagi aku, ok je kalau dilaksanakan sbpa kerana banyak gak bagusnya. yg kupeks mintak adalah utk semakan semula, bukan mansuh terus.
bg aku ok je utk membawa perkhidmatan kerajaan ke arah yg lebih tinggi dan profesional.

tapi biasalah ..benda2 ni org emosi lebih, hingga nampak yg buruk aja. yg bagus tak di fikir kebaikannya.

tapi mmg ada yg gembira ada yg duka. ada yg kata, bila dimansuhkan, naik 13% gaji, makin byk compare yg sbp@ punya kenaikan, tapi ada yg kata lebih rendah pulak.macam2 kan..

tapi banyak lagi benda yg tak jelas jugak dari segi prospek etc tuh. tapi bila dapat increament 13%dan jusa2 dpt kenaikan x sampai 9% terus semua senyap, padahal banyak lagi isu lain.

err..aku tak kisah pun premier or jusa2 tuh dpt gaji banyak if sepadan dgn beban kerja dan tanggungjawabnya.
err..agak2 jusawan yg dekat 4000 org tuh akan buat persatuan tak? kehkeh..ye lah.naik x sampai 10% pulok.err..entah2 dah tempah BemW.sekali....

kesimpulan aku, sebenarnya, byk lagi aspek lain yg harus dikaji selain gaji utk menambah baik sektor awam. and i proud with peningkatan sektor awam.

kalau dulu, ala sekarang pun ramai yg ckp.."keje gomen senang...bukan buat keje sgt.." what would i say is tu sektor awam dekat planet zuhal kot?? org tak tengok berapa ramai org sektor awam yg gigih bekerja dlm bidang penyelidikan, dlm bidang perubatan dll.
yg dia nampak makcik kerani je.

alahai...

AyunasiA said...

terima kasih atas komen ikhlas mu wahai catz. tak tau nak jawab apa kehkehkeh. tapi i setuju pada kebanyakan point mu itu. sayang la, penat2 derang mengkaji, blue ocean strategy bagai, sudahnya???