Sunday 11 March 2012

Penemuan Terbaru : Belum Bermula, Sudah Berakhir


Sanggup kah korang nak baca analisis terbaru aku? Hehehe. Biasalah... kalau tak over bukan lah noras1ah namanya.

Aku mula terpikir kan benda ni petang tadi. Puncanya, aku teringat dak ayu tu mengira2 gaji baru dia menggunakan kekdah pengiraan bermula dari p1t1. Masa dia kira tu aku cakap, kalau kira camtu, lagi lah banyak kenaikan gaji kita. Macam tak logik.

Tapi petang tadi, aku terpikir pulak, a'ah ek? Kalau kita kira kenaikan 13% tu daripada gaji kita sekarang, bermakna KGiT pun naik sebanyak 13% je lah jugak. Kalau sebelum ni KGiT kiter rm91.84, kalau naik 13%, bersamaan dengan rm103.78 sahaja. Bukan seperti yang dinyatakan dalam sbipa iaitu rm225.

Ok, sbipa dah dibatalkan, tapi dia kata KGiT kekal rm80-rm320? Betul, 103.78 tu masih dalam range 80-320 tu jugak. Tapi, macamana pulak dengan gred terendah? Katakan lah, derang punya KGiT sebelum ni ialah rm50. Kalau naik 13% = rm56.50. Tak sampai pun rm80? Jadi, logik lah kalau dia kekalkan KGiT macam sbipa. Kan?

Jadi, di sini aku telah membuat proforma gaji baru.

Katakan, ini gaji lama.

Ini pulak aku kira ikut pengiraan biasa atau pendek kata, pukul rata la. Gaji naik 13%, KGiT pun naik 13%. Yang ni tak follow KGiT rm80-rm320.

Dan yang terakhir ni ialah yang paling best sekali. Bukan sahaja gaji naik 13%, KGiT juga ikut sbipa iaitu rm225. Kalau dia ikut yang ni, maka aku rasa macam nak pengsan sekejap dan bangun balik pada 25hb nanti hehehe. Eh, gaji bulan ni 22hb.

Tambahan! Ini pulak jadual kalau kita ambik gaji semasa kita satu persatu, darab ngan 1.13 (kenaikan 13%), pastu tangga sebelahnya kita tambah rm225. Hasilnya, beza antara p1t1 ngan p1t2 je yang rm225, yang lain semua beza rm103.78 (iaitu sama dengan KGiT naik 13%). Magik!

What do you think?



8 komen:

ayzaqaysukashah... said...

bestnyeeee jika yang jadual terakhir tu...

Cikgu Nana said...

entah ek....

kalau tak silap, 13% dari gaji sekarang dan kenaikan 225 selepas itu.....

kita tungguuuuuu.... takmo pengsan sekejap dan bangun balik hahahaha.... takut nak mengharap....takut kecewa...

AyunasiA said...

ayu: kalo ikut logik, memang jadual biru la.

AyunasiA said...

yana: ada tambahan, jadual purple. itu kira pengiraan spontan aku bila dengar kenyataan itu (naik 13%, kgit 225). bila dah buat jadual, baru nampak pelik dan tak logik pulak sebab kgit bukan 225 di semua tangga.

nanti dah dapat gaji baru compare, ok? kita tgk mana yg betul.

Yayu said...

Yang ktorg kira utk pelarasan gaji akan ke jadual coklat...blom + lagi pergerakan gaji tahunan

AyunasiA said...

tu lah kan. entah2 p.m pun ikut sedap dia je cakap. besok dia tengok jadual biru, baru terkujat. belum tgk yg 54 punya jadual tu.

Luna said...

sbb sbipa batal ni la gaji aku pun x nampak bayang lagi. naik ke turun ke lantak lah janji cepat2 la masuk.huhu.

AyunasiA said...

lub: aku rs ko punya mesti terus p1t12 kot. kata ssm lagik kan...