Wednesday 28 March 2012

Last Day @ Kuale


Hari ahad, check out jam 11.30 dan terus ke kk. Sebelum makan, nak rasa naik atas jambatan. Ke sayong, area pembuatan labu. Datang sini terus teringat dokumentari pasal pembuatan labu sayong ni kat tv masa kecik2 dulu. Yang aku ingat dia bentuk kan, pastu buat corak2 kat badan dia, kendian dibakar. Pastu dimasukkan dalam sekam padi untuk digilap kot. Ingat tak? Dulu masa kecik2 jugak, kat rumah aku ada sebijik labu sayong ni. Tah, saper yang beli ek?

Jambatan yang merentangi sungai kangsar (ke perak?). Menghubungkan bandar kk dengan kampung sayong.

Pintu masuk ke sayong. Ada replika labu sayong yang ganal amat. Dah macam kerajaan langit ayahpin pulak hihi.

Dah beli labu, terus pergi makan. Makan kat sebelah arenasquare tu jek. Dengar kata gulai tempoyak patin juga popular di kk ni. Cer try cer try...

Ok ok saja. Ikan dia keras. Selalu kan area dagu dia kan banyak minyak dan lembut (fevret ku). Ni keras takde rasa pun. Kuciwa.

Hari ni takde temujanji. Maka aku lepak je di tepi sungai sambil menjahit. Sedang aku leka menjahit, datang sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki. Anak lelaki tu memakai baju asrama. Aku ingat dia ikut rombongan ke jommasuku nih. Rupa2nya dia nak balik asrama. Kan hari tu hari terakhir cuti sekolah? Ada perasaan terharu bila melihat mereka. Aku tak tau anak dia sekolah kat mana (aku assume mckk sebab nampak macam budak for 2/3 gitu), tapi mak bapak dia datang ke kk tu semata2 untuk menghantar anak mereka dengan menaiki pengangkutan awam. Aku agak keretapi. Sebabnya gini. Masa tu jam 1 tengahari dan mereka belum solat lagi. Derang ada berbincang, nak solat di mana? Last2 si isteri decide untuk solat di stesen. Boleh tak aku assume stesen tu ialah stesen ketapi? Sebab kalau stesen bas salu orang sebut bus stand. Ke aku je yang sebut bus stand? hihihi.

Itu satu yang buat aku terharu. Ye lah. Zaman sekarang ni masih ada orang yang tiada kereta tetapi sanggup menghantar anak mereka balik asrama. Isy, rasa nak nangis pulak.

Lepas tu, derang makan. Si ibu membawa bekal dari rumah. Bayangkan, dari rumah bawa bekal, naik keretapi, sampai di kk duduk di bawah wakaf tepi sungai dan makan bekal tersebut. Tak rasa nak nangis ke? Kalau melawat anak tu lain kot. Ni mereka sama2 dari rumah. Sebabnya anak dia bawa beg pakaian. Oh, tapi ayah dia speaking london tau.

Sambil makan derang berbual2 (aku terpaksa dengar ok, bukan sengaja pasang telinga. dah, derang duduk kat belakang aku je). Si ayah cakap, nanti kiter bank in duit untuk si polan (alaaa aku lupa la nama anak dia). Tak boleh ada banyak duit in hand. Habis makan, si anak cakap, nanti sebelum pergi stesen... Si ibu tanya, nak apa? Ermmm nanti lah, kata si anak. Takpe, nanti cakap yea, kata si mak. Yang aku tertarik, cara mak dia cakap ngan anak dia, sangat lah lembut. Ekceli dia panggil anak dia dengan nama penuh, so aku memang tahu nama anak dia (masa tu).

Lepas makan, mak dia tanya, anak dia nak apa sebelum pergi stesen. Anak dia cakap, sebelum kita pergi stesen, kita minum cendol boleh tak? Dan mak dia dengan nada terkejut, oh, si polan dah pandai minum cendol? Aku rasa maksud dia, mungkin anak dia baru je masuk asrama di kk ni dan dalam tempoh itu dia dah pandai minum cendol yang glemer di sini. Masa tu lah aku tau nama anak dia. Isy, terngiang2 aku perbualan mereka. Insaf sekejap.

Selain tu, aku terdengar juga perbualan mereka tentang jommasuku. Rasanya derang tak tau ada program tu kat situ. Bila tengok ramai orang berjalan membawa beg jommasuku, derang tertanya2, apa yang ada di situ. Pastu si ibu kata, nanti kita jalan2 kat situ. Sebelum tu kita beli kacang rebus dulu. Tapi, kan anak dia bawak beg pakaian kan? Mesti berat nak bawa beg berjalan2. Tapi derang pergi juga.

Tak lama lepas derang pergi, aku pun masuk ke arena. Sejuk sikit. Dengan selambanya, aku menjahit kat dalam tu huhuhu. Lantak ler.

Maklumat mengenai ptptpu.

Objektif ptptpu. Sayang, ptptpu ni lambat. Aku lah salah seorang pelajar yang gagal masuk u atas sebab2 kewangan. Dulu itm tak kira u la.

Booth kawan yang aku jumpa di masjid.

Tepat jam 4 petang, aku terus ke kereta. Semata2 nak dengar radio suriafm, carta apatah. Sebab artis undangan dia ialah bet0 hehehe. Pandai HO mengajuk gaya cakap si bet0. Sanggup tu berpanas. Sekejap hidup enjin, sekejap mati kan. Pukul 5 lebih baru encik suami selesai kerja.

Oh, sebelum tu, tiba2 ada kejutan. Tengah aku berada di kereta, tetiba lalu lah seorang lelaki yang aku macam kenal. Macam si ayah tadi? Tapi mana si ibu dan si anak? Laju menonong je? Tak lama tu, si ibu dan si anak pun lalu. Oh, betul lah. Derang kata tadi tiket derang pukul 4 lebih. Nak pegi stesen la tu kot. Kat mana tah stesen tu. Haih... terharu rasa.

Habis urusan di kk, kami solat dulu di masjid ridzuaniah. Besar sikit masjid nih. Kemudian, kami pun pulang. Singgah maghrib di hentian tapah. sedang menunggu giliran solat, terdengar 2 petikan ayat...

1. alamak, ramai nya orang...
2. alhamdulillah... ramai ya, orang solat kat sini...

Dari situ, kami teruskan perjalanan. Masuk sekejap di nilai untuk makan. Sanggup tu kuar tol, semata2 nak makan benda ni.
Perahu karam. Sedap sangat! Giler ah, makan tengah2 malam (kul 10 lebih).

Akhirnya, kami sampai di rumah jam 2 pagi. Huarghhh besok kerja... tapi takde kelas pagi :)

Tamatlah kisah perjalanan singkat kami ke kuale kangsor. Macam2 ada...

0 komen: