Tuesday 6 March 2012

F3LDA... Tanah Tumpahnya Darahku (Issue Statement)




Kagum tak, kagum tak? Gigih kan, aku membuat peta minda nih? Beriya nak bagi anda faham hahaha. Ye lah. Karang aku citer lagi complicated punya story, anda tak faham pulak, kan. Cuba aku buat nota kat student macam ni, kan ke baik, ek?

Oh tidak, tidak! Semakin banyak yang aku kaji, semakin sukar untuk aku menyampaikannya semula. Banyak seh... Walau pun ia membuatkan aku semakin faham, terang, jelas dan cerah, ia juga membuatkan aku semakin benci benci benci pada pelbagai watak yang tersebut di atas. Sama macam aku bencikan zafrul dalam drama pelangi kasih hehehe. Eh, aku rasa cerita ni ada kaitan jugak dengan isu ini. Aku terjumpa satu kesamaan. Tapi kendian2 la aku selitkan jika perlu. Tapi, serious, aku dah faham dah. Sampai tahap aku rasa macam bersalah pulak masa aku buat entry marah2 penerocker saman f3lda dulu. Beriya aku backing f3lda hihi. Tapi tu kes lain.

Baik lah. Di dalam entry yang lepas, aku dah perkenalkan beberapa watak utama dalam kisah ini. Tapi aku terlupa sorang lagi yang tak kurang pentingnya iaitu Presiden merangkap CE0 fgvh itu sendiri, To' Sabri. Rupa2nya beliau pernah menjadi orang kuat g0ldenh0pe dan pernah mengepalai mp0b (lembagaminyaksawitmalaysia). Berlatar belakangkan pendidikan dalam bidang agrikultur, mungkin beliau sememangnya layak duduk dalam organisasi itu. Tapi, dalam sektor pelaburan dan bisnes? Tak tau ler. You know sejarah g0ldenh0pe? Atau sim3darby? Kalau tak, sila semak dulu.

Perkara pokok yang menjadi isu hangat ini ialah mengenai hasrat hati fgvh yang dizahirkan melalui mulut pm kiter semasa bacaan bajet 2o12 yang lalu iaitu ingin menyenaraikan fgvh ini ke papan bursamalaysia sebelum tengah tahun ini. Kenapa sebelum? Pelan2 ya. Eh, kenapa dia nak senarai, sampai masuk dalam bajet? Jawapannya ada dalam peta minda ku di atas. Kerana fgvh duduknya di bawah ministry yang itu dan minister of itu ministry is pembaca bajet tu. Kan? Dan menurut katanya di dalam bajet itu ari, bila tersenarai jek besok, para penerocker bakal menerima doyan runtuh (tiba2 terbayangkan program kuiz kat estro hiks).

Cuba bayangkan, kiter tengah duduk bawah pokok durian, tetiba banyak buah durian yang gugur time tu. Apa terjadi? Tak bahaya ker? Tapi orang kata kalau buah bacang lagi bahaya huhuhu. Ya lah, bagi aku yang bekerja tetap dan berpencen ni, mungkin lah, durian runtuh itu tak berapa perlu kot. Aku lagi suka durian yang datang musim 2 kali setahun tu. Sempat la rasa mengidam tu datang. Kalau dah sekali gugur bersamaan dengan 4 musim punya gugur, bimbang2 banyak yang busuk tak sempat dimakan. Kalau dibuat tempoyak, mungkin lah boleh tambah income, tapi tak semua isi durian yang layak dibuat tempoyak, kan? Yang keras tak masak tu tak boleh. Eh, makin panjang aku tulis makin lari lak dari topik. Tapi faham, kan? Maksud aku?

Dari mana datangnya durian itu at the first place? Takkanlah tiba2 je bank negara cop duit dan kasik kat pm untuk ditabur ke dalam periuk nasi penerocker? Aku tak tau lah pasal listing ni. Menurut apa yang aku faham, apabila listing je, fgvh akan mendapat suntikan modal awam, yakni daripada sesiapa sahaja yang ada di muka bumi ini, tak kiralah dia penerocker ke, mr smith ke, mr goh ke atau sesiapa je lah. Bagusnya? Bagusnya ialah, fgvh akan ada banyak uang untuk dibelanjakan. Yey! Boleh joli2. Tak, boleh dijadikan modal berniaga. Macam2 projek, macam2 sarikat boleh ditubuhkan untuk menjalankan bisnes di dalam dan di luar negara. Nak bisnes apa? Ternak unta? Korek pasir? Tanam gandum? You name it! Eceh!

Dan bila listing juga, sebahagian daripada FH akan diserap ke dalam fgvh. Cer imagine. Asalnya fgvh cuma pemegang saham 49% FH. FH carik duit (buat bisnes), untungnya fgvh dapat 49%, kpf dapat 51%. Tetiba besok, FH buat bisnes, untungnya, fgvh dapat (atas kapasiti FH ialah anak syarikat fgvh) dan dalam masa yang sama, untung itu juga dibagi pada fgvh dan kpf (atas kapasiti kedua2nya ialah investor dalam FH). Pendek kata, keuntungan FH sekarang telah pun dipecahkan kepada 3 bahagian. Tak? kpf satu bahagian, fgvh 2 bahagian. Tidak kah itu menunjukkan bahawa kemajoritian saham kpf telah dicabuli? Atau peratus 2/3 itu masih dibawah 50% lagi? Jawapannya tentulah tidak. Walaupun secara adilnya pembahagian kpf-fgvh masih berpihak kepada kpf, tetapi ada satu pihak lain yang turut berkongsi sama dalam percaturan ini iaitu public (sebahagian daripada fgvh). Aku pun dah pening. Cer bayangkan kalau 30% daripada equity FH (kalau fh adalah anak fgvh) diserahkan kepada public. Maknanya, yang tinggal pada kpf-fgvh hanyalah 70%. Kalau pun peratus kpf-fgvh masih kekal 51%-49% (tapi dengarnya dia naikkan 61%-39%), maknanya, 61% daripada 70% la kan? Berapa? 42%! fgvh pulak? 28%! fgvh punya sikit lah? 28% + 30% banyak tak? 58%! Hah??? Pengsan sekejap.

Jap2. Aku sebenarnya tak berapa hairan sangat dengan kisah 51, 49, 28, 30 dan 42 ni. Sebab bagi aku, saham kpf ni memang lah milik para peneroka, tapi bukan semua peneroka memiliki saham kpf. Faham tak? Ok, kpf membenarkan sorang penerocker membeli saham kpf sebanyak rm250k. Sefemli la maksudnya. Tapi tak semua peneroka yang 112k orang itu mampu membeli ke 250k-250k an saham tersebut. Encik sanggam tu mungkin lah, ada bisnes lain, so dia mampu. Jiran sebelah rumah aku, orang belakang rumah orang depan rumah aku pun, mungkin mampu. Tak kiralah dia dapat duit dari mana pun. Anak2 derang kan semua berjaya. Tak kisahlah. Tapi abah aku, abah kau, jiran sebelah kanan rumah aku, jiran sebelah kiri rumah kau, ada yang cuma memiliki dalam 4-5 ribu jek share kpf. Teringat masa raya aritu, mak aku tanya, aku dah dapat lum dividen ngan bonus kpf? Aku cakap, dah la, derang dah bank in dalam akaun aku. Pastu mak aku cakap lah, orang2 kat pelda ni (ya, mak sebut pelda ok hikhik) semua gi ambik kat pejabat. Kak *** pun gi ambik kat pejabat, walaupun dapat 2-3 ringgit jek hihi. Maksud aku kat sini, kpf ni sebenarnya hanyalah side income bagi orang pelda. Income hakiki mereka datang dari pokok kelapak sawit itu sendiri.

So, what? Kata bulan2 boleh dapat 4-5 ribu? Petani pasti tahu, 4-5 ribu itu ialah pendapatan terus dari jualan buah kelapa sawit. Asal kapas jadi benang, dari benang dibuat kain. Begitu lah halnya dengan kelapa sawit ni. Asal sawit jadi minyak, dari minyak dibuat minyak masak, marjerin, mekap, sabun, coklat dan sebagainya. Dan benda2 bernilai tambah ini diproses dan diniagakan oleh syarikat2 di bawah FH. Saper yang lagi untung? Samalah macam petani padi. Dia jual beras, orang lain jual nasi beriani, siapa yang lagi kaya? Jadi, adakah penerocker harus berasa selesa dengan 4-5 ribu sebulan ini (sampai tak layak terima BR1M* kot)? Harga sawit boleh jatuh, boleh naik. Tapi harga minyak masak, marjerin, sabun dan mekap, ada naik turun ke? Jadi, sewajarnya lah penerocker ini menaruh harapan untuk menikmati sama keuntungan daripada urusniaga barangan tersebut di atas. Tak dapat banyak, dapat sikit pun jadi lah.

Tapi, takmo lah yang sikit tu pun nak dikurangkan lagi. Dah lah tak mampu nak beli saham kpf, yang termampu dibeli tu pun nak disikitkan lagi. Eh, tapi juga, walau pun peratus tu nanti akan berkurang, tapi macamana kalau keuntungan bertambah? Apa, ingat kalau bill gates beli saham tu, untung boleh berlipat 2 kali ganda ker? Boleh dapat dividen 30%? Mungkin lah. Probability tu ada. Tapi saham kan ada masa jatuh naiknya. Perlu diingat, ce0 kiter tu pernah ada track record menyumbangkan kerugian 120 juta kepada g0ldenh0pe. Pengerusi kiter tu pulak pernah ada rekod 'jenayah' rasuah parti tu. Yang sorang tak pandai berniaga, yang sorang lagi pula korup. Adakah anda yakin keuntungan akan berlipat ganda? Adakah anda yakin durian akan runtuh tetiap tahun? pm boleh jamin? Selama mana pm akan menjadi pm? 99 tahun? Panjang nyer umur dia?

Di sini lah aku nampak kaitan zafrul pelangi kasih dengan cerita ni. Dia kan poyo macam pandai sangat berniaga kan. Elok2 gr33n global nak tanam pokok gaharu, dia sibuk nak bukak kawasan perindustrian. Diversity itu bagus, tapi kalau 5 tahun berturut2 rugi sampai 500 juta hengget???

tbc... (tentang tanah 360k hektar)








2 komen:

catz said...

weh..dua hari aku nak katam dan memahamkan nii..kehkehkeh

AyunasiA said...

ok la tu, 2 ari je dah paham. ada orang tu, tak paham langsung.