Friday 9 March 2012

F3LDA... Tanah Tumpahnya Darahku (Bantahan)

Sorry, folks! Walau pun hari ini isu sbipa kembali hangat, aku tak melupakan isu f3lda ini. Malah, aku rasa macam ada kaitan juga kedua2 isu ini. Takpe, kita tunggu dan lihat. Kita kembali kepada isu f3lda.

####################################################################

Apa benda yang dibantah2 sangat tu? Pulak tu yang membantah tu ialah anak, bukan penerocker sangat. Penerocker pun ada yang bantah, tapi yang lebi hke depan ialah anak. Apa tidaknya, ketua wakil penerocker pun dah kena caras. Kenapa anak begitu beriya2 tak kasi penyenaraian nih?

Salah satu terma dalam penyenaraian itu termasuk lah, FH akan memajak tanahnya seluas 360,000 hektar (di bawah pemerintahan FPlantation) kepada fgvh. Tempoh pajakannnya ialah 99 tahun. Atau kalau nak dibandingkan dengan peneroka, tempoh itu samalah dengan tempoh yang tertulis pada geran tanah penerocker iaitu 99 tahun. Dengan kata lain, sepertinya pemberian tanah itu sama seperti pemberian tanah oleh f3lda kepada peneroka, bezanya tanah penerocker dibagi2 10 ekar sorang, sementara fgvh dapat selepuk 360,000 hektar. Nah! Oleh kerana namanya pajak, bermakna fgvh perlu membayar nilai pajakan itu, kan? Itu pun tak begitu memberangsangkan kerana semakan semula nilai pajakan akan hanya dibuat 25 tahun sekali. Nilainya tidak pula aku ketahui. Yang aku dengar 1 bilion per year. Logik, tak?

Banyak tak 360,000 hektar tu? Cuba bandingkan dengan jumlah tanah milik penerocker. Tanah penerocker, kalau dicampurkan seluruh malaysia berjumlah +- 500,000. 360:500 lebih kurang 3:5 la kan. Apakah tujuannya agaknya? Oleh kerana fgvh adalah di bawah M0F, aku agak2, untung besok dapat lah disalurkan untuk pembangunan negara (bukan setakat f3lda semata2). Mana tau, staf gomen pun boleh dapat tempias nya??? Jangan harap!

Ok, kenapa anak membantah pemajakan tanah tersebut? Setakat yang aku tau, f3lda dah berhentikan pengambilan penerocker baru sejak 1990. Sebelum tu masih ada lagi yang masuk peringkat 2, peringkat 3. Selepas itu, dah takde dah yang masuk. Bermakna, tanah 360,000 hektar tu ialah belen2 yang tak diserah pada penerocker lah kan. Kalau lah f3lda meneruskan pembukaan tanah2 rancangan baru, 360,000 x 2.47 = 889,200 ekar, bermakna lebih 70,000 orang penerocker baru boleh diwujudkan. Masalahnya sekarang, mereka dah lupa tujuan asal penubuhan f3lda tu. Dah tak pikir pasal penerocker, pasal generasi kedua. Mentang2 lah f3lda dah kaya.

Dari sudut kewangan pula, apabila tanah itu diserahkan pada fgvh, bermakna fplantation telah kehilangan pendapatan daripada tanah tersebut. Kalau selama ini, tanah tersebut boleh menyumbang hampir 2 bilion kepada pendapatan FH, selepas ini, 2 bilion itu akan menjadi milik fgvh. So, dia dah tak direct pergi kepada penerocker. Bila jadi milik fgvh, semestinya lah dia akan naik ke atas (mof inc.) dan hanya sedikit kepada FH. Ada dia nak kasik kat kpf balik? Korang agak2 ada ke?

Tapi dia kata, kami (fgvh) tetap akan senaraikan, walau pun tanpa korang (kpf). Pengerusi korang ialah pengerusi f3lda jugak. Kalau pengerusi f3lda setuju, korang pun kena paksa setuju jugak. Tu yang itu ari pengerusi panggil egm, nak putuskan persetujuan, tapi anak berjaya mendapatkan perintah injunksi supaya egm itu dibatalkan. Tu yang derang buat jugak perhimpunan menggantikan egm yang pengerusi dikatakan menghalau encik sanggam tu. Tak patut betul. Ya lah, sudah lah awak bukan kakitangan, jauh sekali penerocker. Ini kan pula ahli koperasi. Bukan ke kalau koperasi kat sekolah pun, jawatan2 dalam tu dibuat secara undian bla bla bla kan. Ni tiba2 je turun dari langit, nah, ni korang punya pengerusi!

Ginilah jadinya kalau bisnes dijalankan oleh politician.

Tapi, dalam duka tu, ada sinar. Durian? Dah lupa? Berapa banyak durian yang kita akan dapat? Aku dengar durian tu akan diberi dalam bentuk saham yang tak boleh dijual balik (dalam tempoh tertentu). Ada yang kata, dia bagi selepuk cash. Aku tak berapa yakin dia nak kasi cash. Kalau dia kasi saham, duit tu tak lari ke mana. Pusing2 dalam f3lda jugak. Kalau cash, 1-2 hari dah boleh habis. Tak? Jadi, ke happy an mungkin perlu ditangguh kan setahun kemudian la kot. Iaitu apabila dapat dividen/bonus. Tahun ni happy tengok baki kat penyata je lah. Dan aku rasa memang penerocker yang akan dapat durian tu, bukan ahli koperasi. Sebab dia tak cakap pun kakitangan pun dapat durian runtuh, ek?

Tapi, durian tak runtuh di tanah rancangan semata2. Oleh kerana yang menyenaraikan tu ialah fgvh, semestinya lah durian dia lagi banyak. Jumlah yang akan terbit dari penyenaraian dikatakan sebanyak 21 bilion. Berlion lion? Banyak giler! Kalau penerocker dikatakan akan diberi 18k sorang, darab ngan 112,000 orang = +- 2 bilion. Ada 19 bilion lagi. Bayar hutang kwsp 5 bilion, ada lagi 14 bilion. Belanja mengurus f3lda setahun dalam 2 bilion. Ada lagi 12 bilion. Wowwiii!!! Jadi, pada siapa kah derang akan menyalurkan durian2 lebih itu? Sayugia diingatkan, pm berkali2 menegaskan, semua ini akan berlaku sebelum pertengahan tahun ini. Dan aku mentafsirkannya sebagai, 'sebelum pru13'. Jadi, lu pikir lah sendiri...

Jadi, selepas ni, fgvh nak bisnes apa? Nak ternak unta ke? Tak, dia dah banyak rugi dengan bisnes global ni. Dia kena patah balik kepada bisnes pokok. Tanya sama pokokkk... Kan dia dah dapat tanah 360,000 hektar? Nak tanam pokok gaharu pun boleh :P .

Dah, itu je kot yang boleh aku rumuskan. Isu ini belum berakhir. Injunksi yang diterima ada tamat tempohnya (bulan ni kot). Jadi, egm masih mungkin akan berlaku di kpf. Cuma, tak tau lah, anak perlu mendapatkan perintah injuksi lagi ke tak. Takkan tiap2 hari asik nak mohon injunksi kot? Walau pun derang kata tanpa persetujuan kpf pun, kami tetap akan senarai, tapi tanah 360,000 itu ada kaitan dengan kpf. Mana boleh dipinggirkan begitu saja.

Ok, banyak spekulasi di sini. Lantak ah. Sekian.


2 komen:

catz said...

kihkih..berkerut dahi mak baca analisis ko..kehkehkeh.
tapi bila aku baca banyak sumber, mmg akan berbelah bagi. and mmg betul, bila bisnes di uruskan oleh politician, mmg azablah nantik.
bagi aku, apa yg encik sangam tanya tuh ada logiknya.besok tukar peminpin sok..lain jadiknya.sebab bisnes digunakan utk menyampaikan hasrat kepolitikan.
wah..berlion-lion ..gulpp...telan air liur. tapi ye lah kan..bak kata yg di atas..with or without yeww...we ols go on...and you...babai.gitu kekdahnyaaa...

oh ya..katanya dulu felda patutnya bela lembu kan..dah ada budgetnya,,yg sama2 membida dgn syarikat bela lembu yg hot iteww..tapi tup2 syarikat pembelaan lembu yg baru ditubuhkan itu yg dapat..and tru enough..lembu makin pandai now ni. lembu duduk kondo high end juta2. kau ada?? kata lembu itu.

AyunasiA said...

a'ah, pasal lembu tu pun kiter baru tau, kan? kalau tak kuar isu nfc tu, sampai ke sudah kiter tak tau.tp benda ni orang yang baca harakah/mkini je yang tau. pakcik2 penerocker tu bukannya tau haper.

ni timbul pulak benda baru, SPV. apa tuh? i tgh study nih.