Wednesday 29 February 2012

Untuk Rekod - Fitness

STICKY POST


Day 1 : 2km
Day 2 : 3.2km (1st lane)
Day 3 : Bukit S0ga
Day 4 : 3.2km (sama ngan 2nd day, tapi kali ni 2nd lane hehe janji improve)
Day 5 : 3.2km (3rd lane)
Day 6 : pukul2 shuttlecock dengan raket badminton - 20 minit
Day 7 : 3.6 km (4th lane)
Day 8 : 4.4 km (5th lane)
Day 9 : pukul2 shuttlecock - 20 minit + 2km (8th lane)
Day 10 : 4.4 km (6th lane)
Day 11 : 4.4 km (7th lane)
Day 12 : 4.4 km (8th lane)
Day 13 : 2.8 km (8th lane)
Day 14 : 1.6 km (8th lane) - alasan hujan turun.

Tuesday 28 February 2012

Tahun Terakhir... Katanya


Menurut kata beliau, tahun ni merupakan tahun terakhir beliau akan berceramah. Dah cukup 20 tahun. Selepas ni dapat dengar kot cd or internet je lah. Takde yang baru dah. Jadi, sempena episod kemuncak tersebut, semestinya aku takkan melepaskan peluang apabila beliau datang ke johor minggu lepas2. Tapi? Aku hahit hihi, remember? Semua tahu kan, bila sakit gigi, seluruh badan pun rasa sakit. No, bukan lah sakit sebenarnya, tapi tak selesa. Begitu pun aku berazam juga nak pergi, at least yang kat sri medan tu. Dekat je, kat yongpeng.


Pagi tu sepatutnya aku pergi ke kulai. Kat bandar putra. Masjid baru. Tapi sakit gigi betul2 mencengkam. Walau pun pergi dan dengar tu tak memerlukan penggunaan mulut mahu pun gigi, tak daya aku nak menahan diri dan berkerut2 muka di khalayak ramai. Petangnya pula di kempas. Pun aku tak dapat pergi. Sudahnya, kiter pergi malam ni je lah.

So, lepas maghrib, kami terus pergi ke sri medan. First time aku sampai di situ. Untuk sesiapa yang tak tau, kat situ kampung asal Allahyarham datok' s0silawatilawiya. Sampai di sana, betul2 masuk waktu isyak. Baru ajer aku nak ambik wudhuk, alamak... air tadak pula. Belah pempuan ada kolah jer. Aku tengok kat luar ada paip air. Susah lah pulak nak buat akrobatik ambik wudhuk di khalayak ramai. Maka, aku terus je duduk kat khemah. Sungguh meringan2kan solat ek? Isy isy isy. Isteri siapa lah tu kan? A'ah, abis kalau aku ambik wudhuk kat luar, nampak aurat, tak suami juga yang kena tanggung dosa? Alasan!

Lebih kurang jam 9.15 kot, baru lah acara bermula. Antara tetamu vip yang datang ialah adun, dan ydp pbt. Sempat pula telinga aku menangkap orang di belakang aku cakap, YB bawak bini muda. Oh!


Pung pang pung pang (ni betul tau, bunyi kompang hihi), ustaz pun berceramah. Isu nya macam biasa lah, maulud nabi kan. Errr aku kalau ceramah ustaz kazim, mesti tak geti nak ceritakan balik. Korang pegi la beli cd dia bila dah kuar nanti.

Sebelum pulang, encik suami sempat mengambil gambar bersama beliau. Pastu beli cd dia 3 topik. Pastu balik. Singgah makan lagi tengah2 malam buta tu. Sampai rumah dah pukul 12 lebih. Huaaa besok kerja lor...

Monday 27 February 2012

Berdua Denganmu Pasti Lebih Baik

Di rumah, aku selalu ambil mudah sesetengah perkara. Basuh baju adalah salah satu daripadanya. Yang aku tau, bila bakul dah penuh, aku akan suruh encik suami lipat. Opsss bukan. Aku bukan pembuli. Aku suruh dia angkat bawak ke depan tivi, supaya aku boleh melipatnya. Pas lipat aku susun elok2 dalam bakul itu dan tugas seterusnya iaitu menyusun dalam lemari adalah tugas hakiki beliau. Pemalas lipas!

Eh, aku pernah ok, basuh baju, sidai baju, susun baju. Bukan saja semasa beliau tiada, tetapi juga ketika kehadiran beliau. Tapi? Ya, banyak komplennya. Masukkan sabun tak betul la, lupa letak softener la, sidai tak ikut warna hanger la, tak susun ikut jenis pakaian kat ampai la. Oh, pernah tak aku cakap yang aku benci hanger yang terkait satu sama lain ketika kiter cuba mengambilnya? Ya, aku benci benci benci dan tak rindu apabila ia berlaku. Tetapi jika ia berlaku jua, aku akan campak hanger tu dan biar je kat lantai. Tanda protes. Itu juga tidak digemari oleh encik suami hihihi (kutip hanger yang dicampak, bukan hanger sangkut). Tapi aku sangat respect akan kerajinan beliau membasuh baju. Setiap 2 hari sekali, tanpa gagal. Kalau aku, maunya setiap hari jumaat baru aku buat kot huhuhu.

Begitu pun, aku sangat suka menggosok baju. Yang tu sila tabik ok. Tambah rajin lagi kalau iron, board dan baju tu dah siap2 letak depan tivi. Gosok dari pagi sampai ke petang pun tak kisah. So, kesimpulannya, ikatan kovalen aku dengan baju ialah pada elektron melipat dan menggosok sahaja. Fair enough. Kot. Eh, dan pakai baju la kan, of course.

Tapi aku terlepas pandang satu lagi perkara yang aku ambil mudah dalam rumah ini. Kunci (+periksa) pintu rumah sebelum tido. All this while, aku percaya yang encik suami akan melakukan apa yang sepatutnya. Apa2 hal, kiter boleh salah kan dia hehehe. A'ah, kalau rumah dah kena rompak, tuduh menuduh is not fun anymore ok huhuhu. Eh, selama ni fun ker? :p

Dan perkara yang tidak diingini itu pun terjadi. Bukan rumah aku kena rompak la tapi. Terlupa kunci rumah. Oh, to be exact, terlupa tutup pintu rumah. Terpelangah katanya. Kejadian berlaku pada hari sabtu yang lalu. Encik suami outsatation dan aku keluar ke bandar. Balik tu dah malam, lebih kurang jam 8.30. Jangan salah sangka. Aku keluar pukul 6 je pun.

Sampai rumah, bukak pintu, kunci (padlock) pagar dan angkat hasil tangkapan bawak masuk rumah. Memang itu pun tugasan aku tiap kali keluar dan balik dari membeli belah. Eh, dan satu lagi, aku turunkan langsir. Kiranya tak nampak lah pintu tu dah tutup ke tidak dari dalam. Selama ni pun encik suami yang tutup. Ada aku kisah?

Malam tu, bukan takde gerak hati yang suruh aku tengok pintu dah kunci ke belum. Ada. Bukan sekali. Berkali2 ok. Tapi sebahagian dari hati yang tak bergerak tu kata, dah, aku dah tutup time masuk tadi. Ye lah. Selalu time balik kerja pun aku yang balik dulu. Dan aku akan terus kunci pintu (kalau belum solat) sebaik sahaja masuk rumah. Tapi itu lain. Balik kerja tak sama ngan balik soping. Satu sorang2, satu lagi selalu berdua. Lain, kan? Sama jugak kalau time pergi kerja. Aku keluar je, encik suami terus tutup pagar dan masuk rumah. Time dia takde? Kan pernah aku tertinggal laptop depan pintu dan pergi kerja dengan selamba? Isy.

Padahal aku tido dekat pukul 2 tau.

Bila aku bagitau encik suami, beliau adalah impress. Whoaaa. Hebak hebak! Dah tau dah. Point yang wajib beliau guna ialah, tu lah gunanya abang berjaga malam sebulan sekali. Satu malam je abang jaga seluruh taman. Hari2 lain abang jaga ayang je. Uhuks! Ye lah ye lah. Aku memang redha suami ku menjaga keamanan taman ini. Bukan ker kekadang orang merompak kerana peluang? Bukan sebab dia nak merompak sangat, tapi bila tengok pintu dah terbuka luas, tu yang dia terpaksa rompak tu. Eh, entah2 memang ada yang nampak pintu tu terbuka, cuma dia pun pelik, ni perangkap ke haper? Eheheh bajet ko ejen CTU ke? (pengaruh tengok 24, 24 jam la ni).

Dan satu lagi, itulah gunanya ko dengar nasihat DFMK, sebelum masuk rumah baca bismillah 3 kali dan bagi salam, tak kasi syaitan bernama dasim masuk dalam kepala. Eh, apa kaitannya?

Dan itulah juga gunanya memagar rumah dengan ayat kursi semasa keluar rumah. Mungkin dalam kes ni kejadian bukan semasa keluar rumah, tapi jika kita yakin Allah swt. melindungi kita, kat mana2 pun kita akan selamat, insya Allah. Plus, amalan mengaji al-Quran setiap hari juga turut menjalankan peranan dalam kes2 sebegini.

Apa2 pun, saya bersyukur, tiada apa2 yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah.

Oh, di sebalik segala yang berlaku ini, aku belum cerita kot pasal rompakan di rumah abahku di kampung? Kalau sebelum2 ni, jiran kami yang kaya je yang kena rompak, baru2 ini, rumah abahku yang tak berapa nak batu (dulu2 rumah batu ni kira rumah orang kaya, kan?) tu pun kena rompak uolsss. Orang kampung aku tau kot sebelum ni pun baru je orang blok kami kena rompak. Kecoh la juga kisahnya. Tak tau lah kes rumah abah ni pun kecoh jua.

Modus operandi? Errr bersambung ke lain kali la ek. Ada kerja.




Sunday 26 February 2012

Hidung

Baru2 ni aku ada beli benda yang kasi keluar benda yang clog in your pore tu (hahaha apa ke benda tu?). Alaaa kalau brand bi0re tu namanya bi0re pore pack. Tapi aku beli yang wats0n punya. Murah, dengan harga yang sama, aku dapat 2 pack contain 10 sheets each. Value buy, kan?

Dan bila aku membuat operasi tersebut, encik suami adalah teruja dan ingin turut mencuba hikhik. So comel of him. Maka, sebagai isteri yang to'at, aku pun tepek la benda tu di hidungnya. Dan bila dicabut, wow! Banyak giler whitehead yang melekat. Tak rugi aku beli yang murah punya. Aku rasa takde beza kot yang murah ke yang mahal. Gamnya melekat sampai sakit juga bila nak dicabut.

Lepas tu, dengan bangganya beliau menunjuk2 hidungnya yang clear tu kununnya.

Beberapa hari kemudian beliau berkata, sejak dia buat benda alah tu, setiap kali bercakap dengan orang, mesti dia akan tengok hidung derang hahahaha. So, kawan2 encik hairul, sila jaga hidung anda. You will be watched!

Thursday 23 February 2012

Misteri Kertas A4


Macam2 la ko ni kan. Kertas a4 pon boleh jadi misteri. Aku pun tak sangka tau. Meh aku cerita.

Kat sebelah aku ni ada pigeon hole yang menempatkan kertas2 a4 pelbagai warna. Dah siap bukak dari bungkusannya dan disusun banyak2 supaya senang dicapai. Biasa lah, kat tempat aku ni kertas a4 berwarna-warni memang permainan duniawi kami. Tetiap ari ada jer benda nak dicopykan. Kisahnya bermula 3 hari lepas.

Pada hari itu, aku nak potostet nota. Lalu aku pun mengambil kertas a4 putih dalammm sesentimeter banyak dan terus menuju ke mesin potostet di bilik sebelah. Lantas aku pun membuka tray untuk meletak kertas tersebut. Baru aku nak masukkan, terkulai sehelai kertas yang bawah sekali. Bila aku nak betul kan, eh, kertas ni koyak. Bukan terkoyak, tapi macam digunting. Aku pun keluarkan kertas itu dan terus mempotostet macam biasa. Kertas yang koyak tu aku bawak balik ke meja.

Esoknya pula, aku nak potostet kertas kerja amali. Lalu aku pun mengambil kertas a4 biru dalammm seinci banyak dan terus menuju ke mesin potostet di bilik sebelah. Lantas aku membuka tray untuk meletak kertas tersebut. Baru aku nak masukkan, terkulai sehelai kertas yang bawah sekali. Bila aku nak betulkan, eh, kertas ni koyak. Bukan terkoyak, tapi macam digunting. Aku pun keluarkan kertas itu dan terus mempotostet macam biasa. Kertas yang koyak tu aku bawak balik ke meja. Dalam fikiran aku, ni kertas semalam kot, aku terletak kat pigeon hole tu balik. Sebab aku dah lupa kertas kaler apa yang aku gunakan semalam.

Sampai di meja, aku nampak kertas semalam. Tak perasan yang warnanya berbeza. Yang aku ingat, kaler biru je. Lalu aku ambil kedua2nya lalu dikeronyokkan dan kucampakkan ia ke dalam bakul sampah di sisi kanan meja ku ini. Aku fikir, saper lah yang gunting kertas sikit2 pastu letak balik macam kertas yang elok. Nak kata tikus, elok je potongannya lurus.

Semalam pulak, aku nak potostet kertas tugasan. (jap aku nak buat ayat yang sama, so aku nak copy paste sat...) Lalu aku pun mengambil kertas a4 pink dalammm seinci banyak dan terus menuju ke mesin potostet di bilik sebelah. Lantas aku membuka tray untuk meletak kertas tersebut. Baru aku nak masukkan, terkulai sehelai kertas yang bawah sekali. Bila aku nak betulkan, eh, kertas ni koyak. Bukan terkoyak, tapi macam digunting. Aku pun keluarkan kertas itu dan kali ni aku tak terus mempotostet macam biasa sebaliknya otak ku ligat memikirkan, eh, macam dejavu ke haper nih? Semalam kertas biru, hari ni kertas pink pulak?

Lalu aku pun berjalan pantas ke bilik aku dan menceritakan kisah misteri ini pada kawan2 ku. Derang macam tak percaya, lalu aku pergi ke bakul sampah di sisi kanan meja ku, kot2 ada lagi kertas semalam yang aku keronyokkan tu. Hah! Ada lagi (nampak sangat makcik cleaner tak kutip sampah lagi dari semalam hihi). Dan aku pun tergezut. Eh, putih ngan biru lah (sebab aku cerita kat derang 2-2 kaler biru). Tengok! Dah 3 helai. Cer check, sama tak saiz dan bentuk potongannya? Tak! Yang biru lagi besar bahagian yang hilang. Yang pink pula ada kesan guntingan tak lancar.

Wah, misterinya! (aku je lah yang teruja misteri, derang biasa je huhuhu).

Yang aku cakap misteri tu sebabnya, kalau ada orang yang ambil, gunting dan taruk balik, mestilah kertas tu duduknya kat atas sekali. Tak? Ini aku ambil kertas tu secara random dan kertas itu kebetulan berada di bawah sekali. Dan kalau pun betul kertas tu sebenarnya kat atas sekali, aku fikir, takkan lah kawan2 seopis aku akan buat camtu, gunting, pastu letak balik. Kurang2 derang akan letak kat tempat derang sendiri sebab rasa bersalah membazirkan kertas hihi. Misteri, kan? (sokong la sokong la...)

Sebelum aku buang kertas2, sempat aku ambil gambarnya. Tapi lupa nak transfer gambarnya ke laptop. Kemre encik suami dah bawak pulak. Next week lah aku taruk gambarnya. Buat masa ni sila percaya dulu eh? hehehe...



Samarinda Kain Samarinda



Sesetengah drama bersiri yang kita tonton, kita ikuti sebab jalan ceritanya semakin menarik dari hari ke hari. Episod pertama kena strong, bukan sekadar nak memperkenalkan watak sahaja (ayat tak boleh blah, macam pengkritik filem pulak huhu). Dan sesetengahnya pula kita ikuti sebab ada pelakon kegemaran kita dalam tu. Kadang2 cerita tu takde lah best mana, tapi sebab nak tengok orang tu punya pasal, kita pun sanggup melayan mata yang kantuk di malam hari. Eh, tapi ada juga cerita yang ada kedua2nya, pelakon kegemaran + cerita yang best. Bagi aku lah. Orang lain mesti cakap, tak best pun? Ko minat pelakon tu, sebab tu cerita tak best pun ko kata best. Terpulang. Aiman tak kisah.

Yang aku maksudkan ni ialah drama dalam slot samarinda yang tengah on-air sekarang ni. Pelangi Kasih katanya. Memang lah, aku tengok citer ni sebab bet0. Pada asalnya. Tapi lama2, ok, not bad, ada kelainan. But, aku tau aku bias. Tapi yang penting... aku emosi setiap kali tengok citer ni.

Maunya tak! Aku tengok cerita tu bukan sebab aku rasa cerita tu akan best ke. Tapi semata2 kerana nak tengok bet0. Nyampah! Apa tak nyampahnya, tak pepasal aku terpaksa tido lambat setiap hari selasa-khamis. Ngantuk ok. Lagi2 hari rabu kelas aku penuh 8-5. Nak tido sekejap pun tak sempat. Hechiu bet0!

Yes, you!

Tapi bila dah tengah jalan citer tu, watak yang dia bawak semakin menuju ke arah kejahatan. Semakin hari semakin panas hati aku. Mungkin kalau pelakon lain, tidak lah aku 'terasa' sangat. Tapi bila hero pujaan tetiba jadi jahat, ehhh ini sudah bikin panasss. Rasa nak marah pulak kat pengarah dan penulis skrip. Tak boleh terime!!!

Itu je nak sampaikan. Aku tak berniat nak ulas cerita tu. Not yet. Cuma nak menyatakan yang aku mengantuk tetiap ari zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...



Bukankah Aku - Awi Rafael

Hancur hatiku hatiku ini
Meskipun tiada pun yang tahu
Aku berdoa aku kan cuba
Meskiku tak lagi percaya

Namun ku masih tetap mencuba
Hampa hati yang ada di langkah kaki
Namun tetap ku menanti

Bukankah aku yang kau mengatakan cinta
Bukan diriku yang kau janjikan semua
Luluh hatiku menantikanmu
Menantikan jawabmu ohh

Meskipun engkau bukan seperti yang dulu
Namun ku tetap disini menantikanmu
Sampai hatimu tinggalkan aku
Namun cintaku tetap hanya untukmu

Bukankah aku yang kau mengatakan cinta
Bukan diriku yang kau janjikan semua
Luluh hatiku menantikanmu
Menantikan jawabmu ohh

Meskipun engkau bukan seperti yang dulu
Namun ku tetap disini menantikanmu
Sampai hatimu tinggalkan aku
Namun cintaku tetap hanya untukmu

Apa Cer?

Kadang bila difikirkan balik, macam kelakar. Masa bulan 11, 12 aritu, kemain kecoh lagi pasal sbipa. Sampai ada orang tu buat entry bersiri2 hihi. Ada yang gembira ada yang tak suka. Aku lah antara yang gembira tu, sebab tangga gaji aku duduk paling bawah dalam group bertiga tu huhuhu. Member yang senior 2 tahun lah yang tak suka tu. Eh, derang tak suka sekejap je kot. Sebab derang dah pun naik pangkat.

Tapi selepas 2 bulan berlalu, senyap sunyi jer. Ada la, sesekali dengar berita macam baru ni qpax kata mungkin discussion tu boleh dipendekkan. Maka mungkin perlaksanaannya akan dipercepatkanlah juga. Juga kita tau, 15hb aritu last day untuk bagi feedback kat jpa. So, tunggu 2 bulan lagi lah untuk derang diskas dan tak tau bila tah pula akan dibuat keputusan. Apa pun keputusannya, rasanya macam dah tak exciting lagi kot. Adrenalin dah menurun. Tengok slip gaji bulan ni tadi pun, pergerakan gaji ssm dah dibuat macam biasa. Tu lah, macam takde apa2 berlaku je hujung tahun lepas, ek? Kelakar lah gomen kiter ni. Eh?

Wednesday 22 February 2012

Apa Pun Tak Boleh : Episod 1 - Hahit Hihi, Mahkotaku Akan DiBongkar

Title tak boleh blah hihihi.

Sebenarnya nak cerita pasal kisah aku hahit hihi. Sakit gigi la. Sebelum tu biarlah aku ceritakan sejarah mengenai gigi yang sakit itu. Sebab ia bukanlah gigi biasa. Amek kau! Macam misteri gitu.

Masa belajar di yuitm dulu, aku selalu pergi ke klinik gigi kat hep sana tu. Best. Doktornya baik dan lemah lembut je buat kerja. Jap jap saper ek nama doktor gigi peribadi aku tu? Dr Saodah ke, Saadiah ke, gitu lah. Dia pakai kete nissan serena. Ada 2 orang je pun doktor kat situ. Kekadang aku terfikir yang kerja doktor gigi ni memerlukan individu tersebut mempunyai kekuatan tangan yang tinggi. Ooo patut lah kawan aku sorang tu boleh jadi doktor gigi. Orang nya kecik je, tapi tangan dia kuat. Buktinya, masa kami kena buat gayut atas palang yang bawahnya air (monkey trail ke haper namanya?) tu dia boleh lepas. Kalau aku, baru dua palang dah pasrahkan diri tenggelam.

So, klinik ni sistem nombor dia kena tunggu kat luar sebelum kul 8 dan 2 setiap hari. Bila bukak je pintu, terus rebut nombot bulat2 (atas kertas bentuk bulat). Abis nombor tu, setakat itu je lah yang diterima untuk waktu itu. Hari sabtu pulak untuk urusan yang ada appointment bagi kes tertentu (masa tu hari sabtu kerja).

Masa diploma, aku pergi buat overhaul. Kira semuanya kena kambur la. Dan ada satu gigi ni dia kata kena buat root canal treatment (RCT) sebab dah tahap kambur2 jumpa gas petroleum la gitu (over lak cerita nih). Dan kata doktor tu lagi, lepas RCT tu nanti kena pasang crown (mahkota) juga sebab nampak gaya tapak gigi tu dah tak cukup kukuh untuk ditepek amalgam. Geraham, kan. Penting untuk mengunyah makanan. So crown tu nanti akan berbentuk macam gigi geraham la dan disarung atas gigi tu. Macam pasang sarung kusyen gituh. Cuma katanya lagi, kos membuat crown tu takde la free. Kena bayo sikit, dalam rm200 gitu. Dengan pendapatan bulanan yang RM0.00 waktu tu, aku pun menangguhkan usaha murni tersebut sehinggalah aku dapat duit ptptpu waktu dah masuk degree. Sikit punya lama ke. Dalam tempoh tu aku sentiasa berjaga2 terhadap gigi tersebut sebab doktor just tampal biasa je.

Maka, sebaik sahaja aku mendapat duit sejumlah rm3500 itu pada penghujung semester pertama, benda pertama yang aku fikir ialah nak buat crown. Dah hujung semester pulak tu kan, takde apa nak buat ngan duit tu dah. So, lepas buat RCT, doktor terus buat mould untuk crown. Siap lepas naik semester baru rasanya. Sementara tu dia kambus cam biasa. Tapi yang aku pasti crown itu dipasang pada bulan puasa.

Oh, reverse balik. RCT? Apa tu? RCT ni lebih kurang macam tebang pokok bubuh diesel la (apa punya penerangan tah ni hihi). Dia korek gigi tu sampai ke akarnya, cuci, korek2, cucuk2, taruk ubat, taruk besi ke haper tah, pastu kambus balik. Dia punya sakit macam nyeri gitu. Takat meleleh air mata pilu je lah. Tak berani buat apa2. Tapi kira bearable la. Jauh dari nyawa bak kata orang. Dan RCT ni dibuat pada hari sabtu, maknanya dengan appointment.

Selepas disarungkan mahkota tersebut, barulah aku dapat makan macam biasa kat belah kanan. Dah jadi manusia normal balik. 2 tahun kemudian, gusi nya pernah bengkak, tapi aku tak buat apa2. Tahan je, pastu dia baik sendiri. Lagi pun masa tu aku dah grad, belum keje.

Tahun lepas, kalau ingat aku ada citer pasal aku sakit gigi balik dari kelantan dan berjaya dipulihkan dengan petua jari telunjuk. Gigi tu lah juga.

Ok, habis dah cerita sejarah. Jadi, sakit gigi kali ni aku mula rasa lain macam pada hari jumaat. Memang kekadang dia datang, tapi tak sampai peringkat sakit. Kali ni dia datang dengan sakit yang panjang. Jumaat malam sabtu tu dia dah start sakit mencengkam. Bukan berdenyut tau. Malam tak boleh tido. Kejap2 tersedar sebab sakit. Golek sana golek sini. Sempat gi dapur, kumur dengan air garam. Sempat makan pringles beberapa keping sebab nak telan panadol. Last2 pukul 6.30 baru aku boleh tido (kesan panadol kot). Sedar2 encik suami tiada di sisi. Sakit gigi kini kembali. Tengok ke luar kereta takde. Bermakna kad klinik dia bawak sekali. Baru ingat nak pergi klinik sendiri. Tunggu punya tunggu, dekat pukul 2 baru beliau pulang. Cepat2 bersiap ke klinik berhampiran. Dah register di klinik, kena tunggu doktor pula. Mentang2 lah klinik diri sendiri, suka suki je isytiharkan on-call pada diri sendiri. Kalau rumah dekat tak pe lah juga. Ini tah2 time pembantu dia call tu dia baru nak mandi. Sangka buruk je, kan? Ye lah. Sakit gigi ok. Rasa nak marah je.

Bila masuk bilik rawatan, terus dia tanya nak buat apa. Bila aku cakap gigi yang ada crown yang sakit, dia tak boleh buat apa. Sebab dia takde mesin x-ray. Kena x-ray dulu baru tau sebab dan akibatnya. Kalau gigi biasa dan2 tu jugak dia boleh korek. So, dia kasi ubat tahan sakit ngan antibiotik jer. Dia suh pergi klinik kat bandar yang ada mesin x-ray. Tapi jangan pergi sekarang, takut bila x-ray makin tambah sakit. WTH! Kalau dah tak sakit, tak pasal la aku nak pergi klinik lagi.

Jadi, aku mengambil keputusan untuk bertahan je lah sampai hari isnin. Kang ari senin pepagi sepie aku pergi klinik gomen jek. Dah tentu ada mesin x-ray, walau pun doktornya tak terror sangat. Dan free. Bukan free la, kena bayar rm1 gak. Tak kosser aku nak bawak gl kalau setakat singgit.

Balik klinik, kena lah makan ubat, kan. Nak makan ubat kena lah makan, kan. Nak makan kena lah benda2 yang tak menyakitkan mulut, kan. Tapi aku, sempat lagi request, nak makan pizahat. Boleh? Maka terpaksalah tahan sakit lagi untuk 20 minit perjalanan + 15 minit order piza + 1 jam makan. Serius, dekat sejam aku makan. Itu pun tahan 2 keping je. Main telan je takde kunyah2. Lepas makan, terus makan ubat, terus ajak balik. Sedih jer tak dapat jalan2 tabur rezeki kat peniaga2 di situ. Begitu seterusnya yang berlaku sepanjang 2 hari. Mula2 ubat tahan sakit tu berkesan sejam selepas dimakan. Dan sakit berjaya ditahan selama 4 jam. Biji kedua aku telan, 4 jam kemudian baru hilang sakit dan bertahan selama 4 jam jua. Biji ketiga pun 4 jam kemudian berkesan, tahan 4 jam. Biji seterusnya, tah, 6 jam kemudian baru berkesan kot, tapi bertahan selama 12 jam.

Hari isnin, bangun tido, eh, macam tak sakit sangat. Tak makan ubat. Makan antibiotik jer. Sepanjang gi klinik pagi tu aku boleh tahan, tak sakit sangat. Petang, dalam pukul 3, baru dia datang sakit. Terus aku makan ubat dan tahan sampai hari ini. Dah tak sakit dah, yeay!

Ok, tapi sebelum yeay itu, ada cerita di klinik gomen pula.

Pagi tu lepas punch card, aku terus gi klinik. Eh, aku mintak time slip ok, bukan menyelinap bawah pagar. Sebelum tu malam tu aku cari lokasi klinik. Dulu kliniknya kat belakang post office. Aku ingat dia dah pindah ke klinik kesihatan yang baru tu. Tapi tengok alamat kat website kkm, dia tulis alamat belakang PO tu. So, aku terus ke situ je lah. Tapi, masuk2 je terus nampak notis di pintu, dah pindah ke klinik baru tu. Kat situ masih ada opis kot, ramai je orang pakai baju putih. Alahhh rugi sekeping kupon parking aku. Aku pun terus gi klinik baru.

Klinik ni duk kat tingkat 2, tapi butang kat lif tekan nombor 1. 2 level je pun. Masuk2, ada 4 orang je kot. Tak lama duduk dah dipanggil. Dentist muda belia ciner. Pung pang pung pang, dia suh gi x-ray. Time nak x-ray dia letak filem x-ray tu kat satu benda macam jig gitu (tak tau lah apa benda tu. macam holder dia kot). Tapi, bila dia masuk je mulut aku, uwek uwek nak muntah aku. Dah lah memang tengah perut kosong, pagi2. 4 kali dia try, tak boleh juga sebab aku asik nak uwek uwek. Dia cakap, nafas guna hidung, jangan guna mulut. Caner tu? Tak sempat nak pikir. Last2 dia suh pegang sendiri je filem tu, tolak guna jari kat lelangit. Loh, senang je. Baik buat cenggini je dari tadi. Yang susah2 guna holder tu wat per.

Lepas tu, masuk jumpa dentist balik. Dia kata RCT yang aku buat dulu tu cuma 1 root je (dia tunjuk x-ray tu sambil menerangkan... huhuhu buat2 paham je lah). Ada 3 lagi root yang tak dirawat dan mungkin ada infection, tu yang sakit tu. Jadi, dia kata kena wat rct untuk 3-3 root tersebut, tapi mahkota ku perlu dibongkar semula. Boleh, dia korek je, tak bongkar balik. Tapi nanti dah tak elok dah. Baik buat semula jek. Dan dia kata appointment minggu depan. Ok.

Aku pun tunggu kat luar sebentar. Sebelum tu dia tanya, nak buat kat swasta ke? Kosnya dalam rm400 per root. Giler mahal! (tapi aku tanya member2, kata derang pernah buat dalam rm80 je per r00t). So, aku terima je lah buat kat gomen.

Tak lama tu dentist tu panggil balik. Dia kata, dia dah diskas dengan senior2 yang lain, derang kata kiter takleh buat kat sini. Sebab ia melibatkan mahkota. Kena rujuk ke hospital di jb. Ceh! Dah jadi kes kronik pulak aku rasa kalau sampai nak ke hospital negeri. Nak buat kat swasta, macam mahal sangat. Lantak ler. Buat je kat jb. Tunggu lagi. Doktor nak buat refferal letter.

Pastu dia panggil lagik, kasi RL dan tarikh appointment ialah 2 april nanti. Giler lama! Itu pun tak tau lagi pada tarikh tersebut dia akan terus buat atau baru nak check2. Adoiyai... Sibbaik sekarang ni dah tak sakit. Harap2 sementara nak sampai ke 2hb tu takde lah sakit lagi. Begitu lah kisahnya. Dan last tu dia kasi ubat ponstan. Tak sempat aku nak makan, dah tak sakit hehe.

Jadi, kisah mahkota ku dibongkar ini akan ada sequel nya, ya. Nantikan di pawagam2 berhampiran anda!

p/s Doktor tu tanya, sakit macamana? Macam electric shock ke, macam kena tumbuk? Perlu ke aku tumbuk doktor tersebut? dush dush dush!

p/s Aku juga ada bertanya pada doktor secara online. Doktor ind0n la tapi. Dan ini jawapannya;

Hello Ayu,
salam dari Indonesia!
Root canal treatment kadang-kadang menyebabkan rasa sakit, terutama bila dilakukan pada gigi yang masih vital (jaringan pulpanya masih ada). Rasa sakit biasanya terjadi setelah jaringan pulpa diangkat. Rasa sakit juga bisa terjadi akibat iritasi obat-obatan yang dimasukkan ke dalam gigi selama root canal treatment.
Bila hal ini terjadi, penggunaan analgesik seperti parasetamol atau asam mefenamat dapat mengurangi rasa sakit. Rasa sakit hanya dapat dihilangkan bila sumber rasa sakit (obat-obatan dalam gigi) diangkat. Hal ini hanya dapat dilakukan oleh dokter gigi

*nampak tak dia berusaha menggunakan bahasa melayu malaysia? sebab aku cakap aku dari malaysia...

Friday 17 February 2012

Lawak Jambu



Dulu, kat belakang plastik jajan, mesti ada gambar yang menerangkan 'jajan ini sesuai dimakan ketika... berkelah, parti dan sebagainya', kan? Tapi sekarang macam dah takde sangat. Maybe sebab derang terpaksa tulis fakta nutrisi kot, tu yang tak muat dah. Tapi, baru2 ni aku discover sesuatu seumpamanya pada plastik jambu kering. Alaaa yang brand gar'sva ke haper tah tu.

Masa mula2 baca tu, tidak lah aku perasan apa2 yang pelik. Ok, kita boleh makan ketika travelling, boleh makan dengan roti (celup dulu dalam air supaya lembut) dan sebagai pelawas. Bab roti tu memang aku pelik sikit. Macam tak pernah dibuat orang kot. Makan roti dengan jambu? Tapi kalau takmo takyah lah buat.

Tetiba bila encik suami lak yang baca cerita tu, dia cakap, "cer tengok, dia gelak besar lepas makan jambu ni." Aku pun pelik, ada ke dia gelak besar? Tak perasan pulak. Bila aku tengok je gambar tu...

kihkihkih
kuikuikui
kehkehkeh
hahaha
hihihi
hikhikhik...

Selepas aku peratikan citer sebenarnya, baru lah aku faham. Dia tulis kat situ,


Dan gambarnya pulak mula2 anak dia nangis sebab sembelit, pastu dia kasi anak dia makan jambu ni, dan gambar yang dia gelak besar tu sebenarnya sebab dia dah senang 'beri' hihihi. Dan yang paling aku tak boleh tahan nak gelak ialah, dia siap taruk gambo stool tu lagi hikhikhik. Sibbaik aku tengok gambo ni time jambu ni dah nak abis. Kalo tak harus nak makan tu terbayang2 jer najis tersebut huhuhu.


Adoiyai...

Dan hari ni aku pakai tudung bawal. Puas dah aku cari tudung awning yang sesuai, tapi tak terjumpa. Sejak raya lagi tau. Ni sebenarnya baju raya tu ari. Tak abis pakai lagik hihi. Weekend lepas dah potong 4 pasang lagi. Isy isy isy...

Actually semua tudung bawal aku dah simpan dalam gerobok lama. Janggal pulak time mengiron tudung nih. Lama giler dah tak iron tudung. Korang pulak, buat apa dengan tudung2 bawal lama?



Tuesday 14 February 2012

Sambutan Maulud Nabi Yang Sebak


Pagi tadi telah berlangsung sambutan maulud nabi di tempat kerja ku. Sejak seminggu yang lalu, kami dah sibuk membuat persiapan. Bukan persiapan apa la. Buat banner ngan bunga manggar jek. Ada pertandingan. Tapi, bila tiba masa, tengok2, kami je bahagian yang sibuk membuat banner sendiri. Bahagian lain sumer tempah kedai punya. Tak best, kan? Kami je yang best hahaha.




Acara bermula dengan perarakan keliling institut. Oh, lupa lak. Warna tema kami ialah maroon/merah. Bagi perempuan, takde masalah nak cari baju kan. Cakap je nak kaler apa, semua pun ada. Kalau lelaki susah sikit. Baju melayu buat setahun sekali. Tu pun kalau dah kerja, dah kawin, mungkin lah, terpaksa gak ikut tema suami isteri. Cukup 12 tahun kawen, semua warna dalam set pencil color tu dia ada. Kalau macam students ni, warna pun terhad. So, redha je lah baju budak lelaki yang berwarna warni. Bagus jugak. Boleh dapat idea tahun depan nak buat baju raya kaler apa. Eh, tahun ni.

Berkumpul di padang kawad.

Bahagian admin.

Lawa pulak kaler baju budak berdua ni.

Selesai perarakan yang diiringi dengan selawat dan paluan kompang yang diketuai oleh rahim, kami terus masuk ke surau untuk acara selanjutnya.

Acara di surau dimulakan dengan bacaan berzanji oleh 4 orang staf iaitu ustaz, encik ibrahim, hj nord!n dan hj sujar!. Dan semasa bacaan berzanji nilah aku tiba2 berasa sebak. Dan mula bernostalgia.



Bunga rampai.

Selawat.


Dulu, (tak lah dulu sangat. masa kecik2) kalau ada pengantin jek, mesti ada berzanji. Pengantin perempuan kira wajib lah berzanji ni. Selalunya, dulu, derang nikah malam, pastu terus berzanji (atau acara berinai sat, kendian berzanji). Kiranya, nak jadi pengantin ni, selain debaran semasa bernikah (lelaki la yang berdebar pon, pempuan debar sikit2 jek kot), terdapat satu lagi debaran iaitu berzanji dan khatam al-Quran. Kalau berzanji malam, khatam lak belah siang (hari langsung). Takde maknanya nak bersalin2 baju memalam tu der. Kalau ada pun belah petang, tu pun sensorang je la, lum nikah kan. Lagi pun, dulu2 kan mana boleh pengantin berposing2 sakan sebelum bersanding besar tu, kan?

Teringat aku masa kakak aku nak kawen dulu (1993). Kengkonon kami nak khatam sesama. Sekali sehari sebelum hari tu aku terpe'ot pulak. Sedih jek. Dah lah dah siap buat baju baru kaler putih. Tak dapat nak pakai.

Aku rasa ini satu lagi keistimewaan orang negeri johor. Pandai berzanji. Kalau tak sedap pun, lagu dia kita tau lah sikit2, ye dak?

Tapi sekarang, walau takde lagi acara berzanji dan khatam al-Quran, zaman sekarang ada kumpulan khaujakan (selalu sebut ujakan ujakan jek. contoh ayat, mak nak pergi mana? mak nak pergi ujakan. gitu). Kadang orang panggil kumpulan wirid. Ni pun popular di johor. Selalunya derang berujakan pada pagi hari langsung. Masa adik aku kawen tahun lepas pun mak panggil kumpulan ni. Agaknya pengantin2 johor zaman sekarang dah tak pandai berzanji kot, tu yang ditukarkan acara berzanji dengan ujakan. Errr tapi masa aku kawen pun takde berzanji dan khatam al-Quran. Bukan tak pandai, ok. In fact aku memang khatam pun masa tu, cuma tak dijadikan acara dalam majlis itu jek. Tak dapat aku menonjolkan bakat terpendam ku huhuhu. Aku rasa group ni wujud sejak zaman millenium ni kot. Sebab aku sedar benda ni masa lepas abis study dulu. Tapi kalau tengok sejarahnya, sejak 1915 lagi dah ada kat muo. Ke aku yang ketinggalan ketapi? Tapi rasanya dia popular kat muo kot. Lambat sikit sampai ke kota. Tengok senarai ajk pun ramai orang muo. Opisnya pun kat muo jua.

Apa2 pun, zaman berzanji dulu tetap best. Aku belajar berzanji ni dengan orang yang sama ajar mengaji yang nak masuk musabaqah tak jadi tu. Masa tu malam2 derang pasang pembesar suara lagi untuk berzanji. Tu yang pengantin berdebar tu. Satu kampung dengar hihihi. Cer tengok sekarang... malam2 lagi dah start karaoke. Isy isy isy... Hmmm tiba2 rasa macam nak beli kitab berzanji tu pulak.

Ya ampunnn dah melalut pulak.

Berbalik ke majlis maulud tadi. Selepas berzanji serta berselawat, acara diteruskan dengan ucapan pengarah dan seterusnya acara yang ditunggu2 iaitu ceramah. Eh, cop, sebelum tu ada bacaan ayat2 suci al-Quran dari surah ali imran oleh student. Pastu baru lah ceramah oleh imam masjid jamek labis yang juga ex-imam masjid bentara bp (masjid lama yang depan stadium/dataran tu kot ek?). Dan di sini aku kongsikan serba sedikit intipati ceramah beliau sebentar tadi.




Point pertama beliau menyentuh mengenai iktikaf di masjid. Pahala iktikaf di masjid adalah bersamaan dengan pahala memerdekakan seorang hamba. Walaupun sekadar tempoh memerah susu seekor kambing (lebih kurang 5/6 minit). Oleh kerana zaman sekarang dah takde hamba, perumpamaan memerdekakan seorang hamba ni sama lah seperti memberi hantaran kahwin bagi orang biasa. Lebih kurang rm5k - rm10k gitu. Purata. Tapi nak beriktikaf ni pun ada hukum2, adab dan amalannya. Sila tuntut ilmu tersebut.

Point seterusnya mengenai sunnah2 Rasulullah saw. Antaranya ialah mengenai tempat2 yang kita masuk kaki kiri, keluar kaki kanan. Selalu kita dengar, masuk toilet kaki kiri, keluar kaki kanan, kan? Sebenarnya ada satu lagi tempat yang disuruh kita masuk kaki kiri keluar kaki kanan. Iaitu pasar. Ni first time aku dengar hihi.

Kisahnya saidina abu bakar pernah bertanya kepada siti aisyah, ada tak amalan Rasulullah yang ayahanda tinggalkan? Memula aisyah cakap, takde, semua pun ayahanda dah lakukan. Pastu ayahanda bertanya lagi, cer pikir lagi. Kot2 ada yang tertinggal. Akhirnya aisyah pun dapat mengenalpasti satu amalan yang belum lagi ayahandanya ikut seperti Rasulullah. Amalan itu ialah, setiap pagi, Rasulullah akan ke pasar.

Haaa bukan bukan bukan. Bukan pergi pasar beli lauk untuk makan tengahari ya. Tetapi baginda memberi makan seorang lelaki tua yahudi yang buta. Lelaki ni duduk di pintu masuk pasar dan sepanjang masa di situ, dia mengutuk, menghina dan mencaci Rasulullah. Sungguh pun dihina, baginda tetap melakukan rutin hariannya memberi makan semangkuk kurma kepada lelaki tersebut.

Lalu, saidina abu bakar pun pergi ke pasar untuk melakukan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah selama ini. Sesampai di sana, memang betul, ada seorang lelaki tua yahudi yang buta yang sepanjang masa mengutuk Rasulullah. Lalu saidina abu bakar pun mendekati lelaki itu dan menyuapkan kurma ke dalam mulutnya. Ptuih! Lelaki itu marah lalu membuang kurma yang disuapkan itu. Awat? Orang yang menyuapkan aku kurma sebelum ni siap kupas kulit keras kurma. Lalu abu bakar pun mengupas kulit kurma dan menyuapkan lagi ke mulut lelaki itu. Ptuih! Dia marah dan buang lagi. Awatnya? Orang yang menyuapkan aku kurma sebelum ni siap buangkan biji kurma sekali. Ok, abu bakar pun kupas kulit dan buang biji pula. Dia pun suap ke dalam mulut lelaki itu lagi. Ptuih! Lelaki itu marah dan buang sekali lagi. Kenapa pulak? Orang yang suapkan aku kurma sebelum ni tau aku dah tua, so dia siap lenyek2 kan kurma tu sebelum bagi aku makan. Pung pang pung pang selesai bagi makan, saidina abu bakar pun tanya, kau tau ke saper yang bagi kau makan selama ni? Tak tau. Itu lah Muhammad yang kau kutuk2 ni. Dia nak jumpa Rasulullah, tapi masa tu Rasulullah dah wafat. Last2 orang tua tu pun mengucap dua kalimah syahadah. Heh... aku tak pandai lah nak citer macam ustaz tu citer. Tapi lebih kurang cenggitulah.

Seterusnya mengenai solat berjemaah. Rasulullah menyatakan, sebaik2 solat bagi jiran masjid ialah solat di masjid. Jiran di sini bermaksud 40 buah rumah dari masjid. Pastu datang seorang buta ni kepada Rasulullah. Macamana aku nak ke masjid, aku kan buta, tak nampak jalan. Kalau macam tu, kamu solat lah di rumah. Apabila lelaki itu ingin melangkah keluar masjid, Rasulullah bertanya, kamu boleh dengar azan tak dari rumah mu? Boleh, katanya. Kalau macam tu, kamu kena datang solat berjemaah di masjid. Maknanya orang buta dan pekak je yang tak wajib solat berjemaah di masjid.

Balik rumah, lelaki itu (Abdullah namanya) pun bagitau kat isteri dia, Rasulullah suh aku solat berjemaah di masjid. But how? Lalu isterinya mengikat tali dari rumahnya ke masjid dan mengikat suaminya pada tali itu. Sedang abdullah berjalan, tetiba dia tersepak batu lalu jatuh. Wife dia kat rumah ni tau yang dia jatuh dan terus pergi mendapatkan suaminya. Alamak, baju abang kotor lah. Meh kita balik salin baju lain. Dah salin baju, abdullah berjalan lagi ke masjid. Dan dia terjatuh lagi sekali. Isterinya pergi lagi dan ajak balik salin baju. Kali ketiga abdullah pergi, dan dia nak jatuh lagi, tapi kali ni ada tangan yang membantu nya, tak jadi jatuh. Dan 'orang' itu pun memimpin abdullah ke masjid dan mengadapkan dia ke arah kiblat. Abdullah bertanya, saudara tak solat sekali? Tak. Kenapa? Sebab aku sebenarnya adalah iblis.

Eh, bukan salu iblis akan menghalang manusia melakukan ibadat ker? Iblis tu cakap, masa kau jatuh first time tadi, Allah mengampunkan semua dosa2mu. Kali kedua kau jatuh, Allah mengampunkan dosa isteri, anak2 dan keluarga mu. Kali ketiga kau jatuh, aku takut Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk kampung ini. Sebab tu aku tolong kau supaya tak jatuh.

Moral of the story, balasan isteri yang membantu suaminya dalam beribadat ialah akan masuk syurga 10 ribu tahun (di akhirat = 1000 x 10k) lagi awal dari si suami. Dan solat lah berjemaah di mana tempat dilaungkan azan kerana jika tidak cukup 2/3 dari penduduk sesebuah kawasan yang solat di masjid, maka kita akan dilalaikan oleh iblis. Dan solatlah di awal waktu. Tempoh yang dimaksudkan awal ini ialah 45 minit dari masuk waktu.

Point seterusnya ialah mengenai 7 amalan rutin harian Rasulullah yang tidak pernah baginda tinggalkan. Ni mesti biasa dengar kan. Takper, aku nak share jugak.

  • Solat berjemaah
  • Solat tahajjud
  • Solat dhuha
  • Membaca al-Quran - lelaki at least 100 ayat/hari, perempuan at leasy 3x surah al-Ikhlas (bersamaan dengan khatam satu al-Quran)
  • Sentiasa berwudhuk - tips caranya ialah dengan membawa al-Quran ke mana2 (sebab kita tak boleh menanggung al-Quran tanpa wudhuk, kan? So dengan membawa al-Quran sepanjang masa, kalau terbatal, kita mesti nak kena berwudhuk jugak)
  • Sedekah
  • Muliakan ayah dan ibu

Dan akhir sekali ialah 4 amalan yang patut diamalkan bagi perempuan setiap hari iaitu

  • Baca al-Quran
  • Selawat
  • Maafkan orang
  • Zikir - Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu akbar

Itu je yang sempat aku catitkan. Lelain tu citer2 semasa. Habis ceramah, kami pun makan. Nasi minyak ke beriani tah. Lauk ayam masak merah dan kambing. Bestnya kalau dapat makan dalam dulang, kan? Macam masa kecik2 dulu...



Ok, sekian. Persefahaman Asas Perpaduan Ummah!

Monday 13 February 2012

Takde Cerita Dah

Berat aku tak nampak macam nak menurun jek? Kalau turun pun 0.5kg time balik keje, sebab aku ambik heavy breakfast dan tak ambik lunch. Tapi lepas dinner, semuanya hancus. Patut ambik lunch, skip dinner ek? Tapi aku tak boleh tahan lapar waktu malam. Susah nak tidur. Kalau tengahari tu, senang, takyah penat2 turun beli nasik. Setakat sebulan 2012 ni, aku tak pernah lagi lunch hari kerja. Tak try lagi masakan kafe baru ni waktu lunch. Tapi tu lah. Macam takde perubahan jek? Kena diiringi dengan kawalan makanan rasanya. Tapi encik suami menyedapkan hati aku. Katanya, aku dah tak gemuk, sebaliknya berat tu sebab aku semakin fit. Eceh! Agaknya, ada ke lemak2 itu telah bertukar menjadi otot? Lantas aku pun berfikiran positif bahawa, berat tak penting, yang penting fit dan berstamina. Kih.

Dalam pada sibuk bersenam untuk kesihatan tu, aku terpaksa akur dengan ketentuan olehNya. Aku tak boleh lasak2 sangat sebenarnya. Kalau terlalu penat aku mudah jatuh demam. Dan pada minggu lepas (cuti maulidurrasul), aku pun ditimpa virus high fever (tak tau nama virusnya, tapi bukan influenza la kot sebab takde selesema). Hari jumaat tu, pepagi dah rasa tekak lain macam. Belum sakit tekak, cuma asik nak telan liur je. Dah tau dah, tanda2 demam lah tu. Sampai di opis, duduk dalam ekon yang selalunya tak sejuk sangat tu pun rasa sejuk macam duk antartika. Siap sarung blazer 2, jaket 2 + baju kurung pun rasa sejuk. Pukul 11am, aku pun mintak balik. Mujur aku cepat balik sebab sesampai je aku di rumah, terus lemah segala otot. Lebih kurang jam 1pm, encik suami balik ajak gi klinik. Tapi hari jumaat, klinik kat pr ni mesti tutup punyer, sebab doktor dia lelaki. So, kami ke klinik yang komfem semua doktor pompuan. At least kalau tutup pun sekejap je kot.

Sampai klinik jam 1.30pm, sempat lah encik suami berkejar ke masjid peserai. Sekarang kan masuk waktu lambat? Tapi sempat register je lah. Doktor rehat 1.15-2pm. Ok lah jugak. Tak la lama sangat kena tunggu. By the time encik suami sampai, aku pun dapat ubat. Huuuuuu sakit sakit sakit (mengada2 mintak simpati hihi).

Dah, itu je lah cerita terbaru. Besok kang aku citer pasal sambutan maulud kami yang akan berlangsung esok. Chiow!



Friday 10 February 2012

Busy Body!

Sebagai seorang yang busybody, aku teringin nak tahu progress pembinaan rumah jiran kami di parit aspan (bukan nama parit sebenar. nama sebenar dah dekat2 bunyi ni juga) sana. Bukan apa. Kot lah terjumpa kontraktor yang buat rumah tu ker, boleh riki2. Setakat ni baru satu je lah rumah yang wujud di situ. Ini gambar pada bulan julai 2011. Selepas raya, atau bulan 10 2011 (3 bulan kemudian), aku pergi tengok lagi. Dah jadi camnih. Dah naik dinding.

Tiang beranda pun dah pacak.


Last 2 weeks (4 bulan kemudian) aku pergi lagi (dah macam rumah aku pulak. eh, tapi kalau rumah aku, maunya tetiap hari aku gi tengok). Dah siap plaster dan pasang bumbung. Kali ni aku masuk dalam sekali.


Like sangat beranda keliling cenggitu, tapi aku nak beranda yang tinggi sikit dari aras tanah. Ni kira inspirasi jugak ni.


Kat dalam, ada 5 bilik, 2 attached bathrooms (bathrooms nyer kat tengah2 antara 2 bilik, 1 untuk bilik ni, 1 untuk bilik tu), 1 separated bathroom and toilet. Bumbung dia pakai zink zaman sekarang. Siling pun dah pasang. Yang aku perasan, bilik2 dia agak kecil. Tapi hall dan dapur besar. Tak tau lah. Maybe sebab belum siap, tu yang nampak kecil. Yang aku suka, tang beranda kat keliling rumah nih. Sampai ke dapur beranda tu. Kira bentuk C. 10 kaki jugak lebarnya. Sebab tu kot bilik dia kecik. Dia lebihkan beranda ni.

Secara am nya, aku tak minat sangat design dalam rumah ni. Aku kan suka benda2 yang simetri. So, rumah aku nanti mestilah ada unsur simetri jua. Ni ada beberapa contoh rumah yang menangkap mata aku di sekitar bp-muo.

Rumah ni simetri bila dilihat dari luar. Dalam tak tau lah kan. Aku jumpa rumah ni kat paghit jawa. Kalau dari bp ni, sebelum petr0nas. Tiap kali gi muar, mesti aku suh encik suami slow. Selain simetri, aku juga suka elemen roman pillar yang tinggi tuh. Pastu dia punya driveway tu pun macam menarik. Warna pun i loike! Ni kalau ditambah unsur kayu sket mesti lagi menarik. Harus nanti bila nak buat rumah, aku suh pelukis pelan gi tinjau rumah ni hehe.

Yang ni pun rumah kat jalan bp-muo, tapi tak ingat kat mana. Aku minat tang bahagian yang 2 tingkat tu. Macam loteng. Tapi design luar dia macam tak cantik la pulak.

Rumah ni aku lalu hari2 pergi kerja. Aku suka warna yang digunakan. Tapi rumah ni macam setiap pintu mesti ada beranda sket. Aku lagi suka beranda yang bersambung. Ni seketul2. (suka suki je komen rumah orang hihi). Pastu sekarang kan musim dinding/tiang bersalut batu ala bali tu kan? Yang kat muka pintu tu lawa la. Tapi yang kat tiang tu macam tak menonjol sangat. Kalau guna batu yang sama ngan kat pintu tu rasanya lagi cantik.

Dan ini ialah rumah yang paling aku admire setakat ni. Pun aku lalu hari2 gi kerja. Dekat je dengan rumah di atas. Dan aku melihat progress pembinaannya dari mula. Tapi mungkin aku tak mampu kot nak buat camni. Tengok depan rumah dia ada kete alpad. Harus lah orang kayes dan mahal. Setakat buat inspirasi boleh la. Antara elemen yang aku suka ialah;
  • Bumbung. Tinggi dan beranak2. Aku tak suka bumbung yang sekali harung jek. Pastu dia tutup penuh bumbung dia. Ala2 macam fringe rambut, tak nampak dahi. Kalau tengok rumah yang atas dia, bumbung nya nampak dahi hihihi (sila imagine).
  • Tingkap. Aku suka design ala2 kain pelikat tu.
  • Pintu. Cantik2 belaka.
  • Batu kat tiang. Kreatif dan menonjol.
  • Platform. Nak masuk rumah kena naik tangga sikit.
  • Warna. Sekarang memang musim warna cenggini kan...

Okeh... dari nak citer pasal progress rumah orang, dah melalut2 ke komen juri pulak. Seperti biasa...


Thursday 2 February 2012

Bot Karam

Dengar berita pasal bot karam kat perairan kotatinggi semalam, aku langsung teringat... *effect kabur beralun2*

Masa form 1 & 2, aku tinggal ngan busu temah. Busu temah ni kira mak sedara tiri aku la. Dia adik beradik ngan mak tiri aku. Giler kental kan? Nampak macam mesra je ek? Ok, bukan itu isunya di sini. Suami busu temah pula ialah busu tahir. Derang pun peneroker jua, tapi busu tahir juga memandu teksi. Kaler biru putih.

Pada suatu masa, busu tahir pernah terlibat dalam membawa masuk pati dari ind0n yang berpengkalan di entah, sekitar desaru la kot. Yang aku ingat bila tengah malam, busu tahir keluar dan mentransfer kan pati2 itu ke mana2 destinasi yang telah ditetapkan. Ekceli, bukan lah busu tahir ni yang menyeludup pati2 tu. Dia cuma transporter je. Eceh, dah macam felem pulak. Kadang2 kena hantar sampai ke kelantan pun ada.

Pernah sekali tu, busu tahir hantar pati tu ke kelantan kot. Balik tu dia ada beli budu. Tapi, pecah/tumpah la pulak dalam beg. Amik ko... harum sepanjang zaman. Itu lah sebabnya aku tak berani makan budu kot (sebelum jumpa nasi kerabu).

Satu perkara yang aku ingat mengenai pati ni ialah, masa tu pernah lah, sekali, dia tertinggal ke, meninggalkan tah, sebuah beg balik kampung. Jaman tu kalau kiter bawak beg balik kampung ke sekolah, kira 'in' ar. Lalu, aku pun 'pinjam' lah beg tu dan bawak gi sekolah. Tapi... fenin kepala ku. Ada satu bau yang tak dapat diungkapkan pada beg tu. Bukan busuk, tapi tak juga wangi. Pendek kata, pelik la bau tu. Aku ingat, ini bau ind0n kot. Tang mana yang ind0n nyer, aku pun tak tau.

Satu lagi yang aku ingat ialah sabun basuh. Masa tu sabun daia belum masuk mesia lagi. Pernah sekali tu pati tu meninggalkan sabun basuh daia. Masa tu macam pelik la bau dia. Sekali lagi aku fikir, ini bau ind0n kot. Adoiyai. Tak pasal2 jadi entry aroma ind0n la pulak. Whatever...

So, bila dengar berita bot karam tersebut, aku dapat membayangkan lah derang tu on the way nak ke tanah air ku ini. Mesti bila sampai tu, ada transporter yang akan memindahkan mereka, ek? Tapi tak sempat sampai, dah karam. Kesian la pulak. Susah2 nak datang mencari rezeki di rantau orang. Tapi ni bukan kes pertama. Dulu pun banyak berlaku tongkang karam ni. Tapi bila mengingatkan pati2 ni lah yang selalu melakukan jenayah di negara kita, terus tak kesian dah.

Eh, tetiba aku teringat satu lagi perkara. Masa aku kecik2 dulu, pernah lah jugak sedara aku dari ind0n naik tongkang. Entah, legal ke tidak tah. Aku macam terbayang2 suasana ketika aku menghantar beliau ke jeti untuk pulang ke ind0n. Kat mana tah jeti tu tah. Nama sedar tu pun aku lupa, tapi gambar dia masih ada. Sebab masa tu abah ada upah photographer ambik gambar kami. Pakcik/atok tu pakai baju putih satu suit.

Ekceli kami memang ada sedara dari ind0n. Derang dok kat kalimantan rasanya. Maknanya, sedara aku tadi tu datang dari kalimantan la ek? Eee jauh nya??? Yang aku ingat, sedara aku tu tukang emas dan dia ada anak yang salah seorang daripadanya bernama agus salim hahaha. Siap ada band lagik hihihi. Derang pernah hantar gambar. Tapi ni sedara yang lain dari yang pernah datang tu. Alah, dulu kan kaedahnya guna surat je kan untuk berhubung. Bila lama tak reply, terputus lah hubungan. Aku pun tak tau macamana nak cari balik sebab masa tu aku kecik lagi.

Dah melalut pulak. Itu je lah.

Wednesday 1 February 2012

Sejati, Baik, Sabar

Falun Dafa. Pernah dengar? Aku pun tak pernah dengar sebelum ni. Sehinggalah hari sabtu lepas. Sedang aku nak balik dari k4, ternampak pulak perarakan ni.

Ada pancaragam tian guo.




Gadis2 comel.

Lantern kot nama benda ni?

Gadis2 comel lagi yang melakukan persembahan latihan falun gong.


Dan gendang pinggang.


Apo ko bondo falun dafa ni? Ia juga dikenali sebagai falun gong, merupakan 5 set latihan qigong iaitu pergerakan perlahan dan mengajar prinsip alam semesta iaitu sejati, baik, sabar. Bermula di negara china pada tahun 1992, diasaskan oleh encik li hongzhi. Rasanya dia ala2 taichi bagai tu kot. Qigong tu kan macam taichi2 gitu kan? Untuk kesihatan. Aktiviti falun gong ni percuma, sukarela dan terbuka. Nak tahu lebih lanjut, sila kunjungi laman web mereka.