Tuesday 31 January 2012

Puas Hati Sangat!


Bagus lah budak najwa latip tu. Kan aritu fbi cakap 'besok sekolah' kat dia kan. Rupanya betul dia pergi sekolah tau. Kan dia budak batu pahat, sekolah kat tigs ni ha. Classmate pulak dengan anak opismate aku ni. Mate-mate gitu. Opismate aku cerita, semalam balik sekolah anak dia cerita lah, dak najwa tu bertolak balik dari kl kul 2 pagi, sampai rumah dia (kat paritbilal) kul 6 pagi, terus pergi sekolah. Kat sekolah ada assembly, cikgu ucap tahniah bagai (walo tak menang hehe). Tapi aku rasa cikgu ucap tahniah tu sebab dia tak ponteng sekolah hehehe. Rasanya dia budak pandai2 jugak, sebab sekolah tu kira sekolah budak2 pandai la kat bp ni (kan catz kan???).

Ok, mari kiter citer pasal ajl kemarin. Seperti biasa, sebelum mula mestilah kita ada ramalan dan lagu fevret kan. Aku punya fevret ialah beribu sesalan dan awan nano. Cumanya awan nano tu kira lagu awal2 tahun lepas. Kira dah sejuk la sikit. Beribu sesalan lak kira aku minat akhir2 tahun. Kalo tengah tahun aku suka lagu kisah dongeng. Sayang la lagu tu tak masuk. Ok, terus kepada komen aku satu persatu...

Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol

First time aku dengar lagu ni masa melodi zaman farafauzana. Masa tu dia tunjuk la farafauzana ni ada dalam videoklip lagu nih. Kat vc dia ramai pompuan tergedik2 dalam tu hikhik. Sejak tu aku dengar masuk tinger kanan kuar tinger kiri jek. Persembahan malam tadi kira first time aku dengar dia nyanyi live. Ok jugak, suara jantan ala2 once (ke ahmad dhani eh?) gitu. Pastu ada edry (abdul, kata cheryl hehe) hashim main gitar. Tah, aku rasa best jek persembahan derang.

Kekanda Adinda

Holoh holoh kenapa jadi tak sedap pulak lagu ni eh? Aku suka je lagu ni. Kalau dalam kete, selalu je aku ikut menyanyi lagu ni. Tetiba time live, sumbeng pulak suara atilia tu eh? Music arrangement dah mantop ala2 tradisional dah. Maybe sebab dia banyak sangat improvise kot. Kalau dia ikut je yang asal rasa lagi sedap kot. Maybe sebab first time masuk ajl kot. Kot kot kot. Terlalu banyak nak eksperimen.

Sedetik Lebih - Jac

Aku tak suka lagu ni sebab anuarjen yang nyanyi. Sebabnya, aku tak suka la style menyanyi meleweh2 macam anuarjen tuh. Tetiba masa semi final aritu, bila jac pulak yang nyanyi, eh sedap pulak lagu nih. Maknanya lagu ni sedap la sebenarnya. Cuma aku je yang tak suka anuarjen hehe. Persembahan vokal jac seperti biasa, sangat mantop, cuma ada serak2 sikit. Banyak sangat berlatih kot. 2 lagu pulak tu kan. Tapi satu yang menarik perhatian aku ialah, baju dia sangat cantik. Like 1000x! Dan sekali lagi aku suka lagu ni bila dinyanyikan oleh jac. Anuarjen boleh lah pencen sedetik lebih, ya? Dan buat pertama kali aku dapat menangkap lirik lagu ni tang... 'sedetik lebih, selepas selamanya' tu. Ooo kiranya punya lah nak cakap forever and ever lah, sampai selepas selamanya pun ada lagi sedetik lebih lagi. Fuh! Imaginasi tinggi betul la edry nih.

Gadis Semasa - Yuna

Sejujurnya, aku memang tak boleh masuk ar dengan lagu2 yuna. Kenapa eh? Selepas difikir2kan, akhirnya aku mendapat jawapannya. Oh, aku dah semakin dewasa rupanya. Lagu2 dia ni sesuai untuk budak2 baya dia la kot. Cannot go lah! Persembahan dia pulak seperti biasa lah, kalau tak duduk main pinano, main gitar. Kalau cheryl tak cerita, aku pun tak paham maksud lagu nih. Pernah dengar la tang chorus dia tu. Chorus je lah.

Cinta Muka Buku - Najwa Latif

Sebelum mula lagi aku dah cakap, kalau lagu ni menang, memang aku boikot la ajl tahun2 depan. Bukan apa, lagu ni terlalu simple. Maksudnya, ya lah, cer tengok lagu lain, susah2 buat arrangement meletup2, guna memacam jenis instrument, pastu diolah sebegitu rupa, tetiba dia sekadar petik gitar dram sikit2, mana boleh menang? Pastu melodi pun mendatar jek, tak memerlukan effort pun. Pastu persembahan pun duduk je main gitar, ada pelakon2 sikit, dah. Cer compare ngan anarafali tahun lepas. Walau pun cipta sendiri, simple, dia ada gak usaha nyanyi dalam sangkar tu kan. Usaha tu penting ye adik2. Tapi, ye lah kan. Dia pun budak sekolah, budak kampung. Untung ajl ada sediakan pemuzik kan. Aku tak rasa dia mampu nak bayar segala bagai pengiring yang dapat menambahbaik persembahan dia. Cuba lagi ye dik. Sibbaik dia budak baik yang rajin pergi sekolah.

Sungai Lui - Aizat

Aku agak lambat la jugak dapat mengenalpasti lagu nih. Rasanya lama jugak la aku dengar orang sebut2 pasal lagu ni, tapi aku tak pasti lagu yang mana satu. Lagi pulak bagi aku suara aizat ni jenis sama je dengan suara penyanyi2 lain. Kena dengar betul2 baru kenal, oh ni aizat ni. So, bila aku dah kenal lagu ni, kira dah terlambat juga lah. Dan aku rasa ok2 je. Persembahan malam tadi aku suka tang lukisan pasir tu. Tapi cepat sangat dia tukar gambar2 tu. Dah lah aku tengok sambil iron baju. Tak sempat nak tengok dia dah tukar gambar lain. Hahaha orang tengok aizat nyanyi, aku tengok belakang dia pulak. Maknanya lagu ni biasa2 je lah bagi aku. Bukan lah tak sedap. Ok.

Kisah Hati - Alyah

Memula tu tak tau apa yang clown tu cuba buat. Maybe sebab dia tak tunjuk alyah tu tengah berdiri kat atas tu, tu yang tak faham. Kendian bila dah tunjuk baru lah aku, ohhh dia nak on kan musical box tu rupanya. Aku suka lagu ni biasa2 je, tak macam lagu tak mungkin kerna sayang. Tapi aku suka suara alyah ni. Persembahan dia untuk lagu kisah hati ni memang mantop lah. Tapi yang menyebabkan dia boleh menang persembahan terbaik, aku rasa sebab remyishak. Isy, tak leh terima ar aku, alyah tu peluk remyishak di depan mata ku. Takleh terimaaa!!! (aku minat remy sebelum bet0 ok huhuhu).

Kalau Berpacaran - Ana Rafali, Sohaimi, Altimet

Sayang nyer! Lagu ni best, tapi persembahan macam persembahan budak sekolah time hari guru je. Mana ada orang buat persembahan ala2 dalam kelab jaman sekarang nih? Ok lah, tok suhaimi tu dah tua dan dia pun yang cipta lagu tu. Tapi macamana anarafali dan altimet leh terima buat persembahan camtu? Kesian lah! Dah lah lagu ni kira lagu2 awal tahun yang semakin dilupakan. Eee tak puas ati betul lah. Dan to anarafali, aku tau kau tak nak tukar imej gadis berbaju kurung/kebaya, tapi kot ye pun, pakai lah yang up-to-date sikit.

Karma - Faizal tahir

Serius, aku tak kenal lagu ni. Dengar korus baru lah rasa macam pernah dengar. Ni lagi sorang artis yang banyak eksperimen. Suka suki pasang api depan pinano. Aritu kan masa af ada budak ni kena tegur sebab nyanyi sambil berdiri atas pinano kan. Kurang ajar katanya. Tak tau lah pulak kalau bakar pinano tak dianggap kurang ajar. Persembahan dia seperti biasa lah, over. Juri suka kot.

Penakut - Yuna

Ni lagi satu lagu yang aku tak pernah ambik port. Pernah lah dengar tang ini tidak adil tidak adil tu. Persembahan pun sama jek. Takde daya usaha.

Awan Nano - Hafiz

Yeay! Aku suka lagu ni! First time dengar lagu ni time tengok vc dia kat estro. Pastu jozan pun ada gunakan buat lawak part berlari tu dalam maharaja lawak (akhir kot). Hafiz memang suka vc yang dramatik kot ek? Masa lagu noktah cinta pun vc dia dramatik. Sker sker sker! Dan buat kali kedua hafiz menang vokal terbaik. Memang tak boleh dipertikaikan lah. Vokal dia memang mantap sejak dalam af lagik. Kenapa dia boleh kalahkan jac? Sebab dia tak memekik. Kalau dengar nada2 tinggi dia, kita tak rasa sakit tinger. Ditambah pulak dengan lagu ni ciptaan sifu mnasir. Berani tak kasi sebarang nombor? Persembahan dia bersahaja. Walau pun usaha kurang dari sudut pakaian, tapi penghayatan dan lontaran dia sampai. Bila dia naik pentas ambik hadiah, aku tengok macam dia ambik hadiah hari sukan sekolah pulak hikhikhik. Tak sempat ke memang dia tak de baju tukar eh? Tapi dia dah duduk kat kerusi depan tu kan. Sempat je kalau nak tukar baju time segmen sudirman tu. Memang sengaja kot. Takyah kuar modal, tapi dapat pulangan bersih.

Beribu Sesalan - Jac, Shila, Ning

Owh! Feeling abis ah lagu ni. Aku start minat lagu ni selepas menonton cerita yang menjadi turning point aku minat kat bet0 iaitu telemovie sesungguhnya... Lagu ni pulak kuar time bet0 melihat amani bergurau senda ngan zularifin di tepian pantai. Kesiannyaaa... Dan, jangan tak tau, aku ada tau kat angsanaa masa derang buat roadtour ajl 'yang ning kena raba tu' itu ari. Kebetulan aku sampai tu derang tengah nyanyi lagu ni. Tapi aku pergi situ bukan nak tengok derang sebenarnya. Kebetulan je. Dan setiap kali aku tengok derang bertiga nyanyi live lagu ni, mesti aku membayangkan derang ni macam isteri2 yang bermadu, kendian suami derang tinggalkan derang tiga2 sekaligus. Amik ko... Dah, gaya derang menyanyi tu memang macam tu. Cer tengok...

Abis dah? Last sekali aku nak komen pasal cheryl tu. Dah bertahun2 dia jadi pengacara program melayu, tapi dia masih tak dapat bezakan antara 'kami' dan 'kita'. Dan dia sebut ingat, 'engat' hikhikhik. Itu je, sekian.



8 komen:

Unknown said...

akak suka sangat awan nano menang. Dari tenghari itu dah cakap dengan husband awan nano mesti menang punya, dahlah lagu m nasir...

lepas tu sebutlah pencabar dia beribu sesalan atau karma. Sekali betullah...hihi.

tahu najwa latip tu budak BP, tak tahu dia sekolah tigs,... anak akak alia frust lagu dia tak menang. Dia tak tengok, cuma pesan kat akak suruh beritahu dia esoknya lagu cinta muka buku tu menang tak?...

lagu dia mmg budak2 suka kan...

Cikgu Nana said...

rajin siot mengulas....

najwa memang typical budak skolah hahahahaha....hampeh giler.ampunkan aje la...budak skolah yang takde sape2 nak menaja persembahan, perunding imej pon takde....uuuu....

bagusla apis menang.... jimat seh, baju sepoloh hinggit.... sluar trek.... rambut jek gi saloon, kalau tak lagi apro hahahahaha...

Irfa said...

mmg terbaik punya ulasan
aku pun tak mampu nak ulas cam ni
hehe

Lub said...

mmg layak awan nano menang bkn saja sbb lirik tp sbb vokal hafiz maintain. yg lain2 tu semua nya pitching lari.

AyunasiA said...

kak yus : mmg lagu budak sekolah. macamana tah juri semi final leh bagi lagu tu masuk ajl. lagu stacy lagi sedap.

AyunasiA said...

yana: perasan x, bj hafiz sama ngan bj dlm video klip. sebijik.

AyunasiA said...

sajer menyibuk jadik reporter hehe

AyunasiA said...

lub : ko tau ke pitching tu apa? heheh