Tuesday 10 January 2012

Pembakar Semangat

Bila nak mula cerita cuti2 ni??? Tak sempat la nak mengarang. Gambar semua dah taruk watermark dah. Dah upload pun kat blogger. Tinggal nak merepek je lagi. Besok2 la. Paling lambat sebelum raya cina hihihi.

Tapi sebelum tu, elok lah kiranya aku sembang pasal azam tahun 2012 aku. Banyak sebenarnya azam aku, tapi ni kira yang top of the list lah. Balik dari cuti aritu aku ada singgah di rumah yayu dan berjumpa jugak dengan eita (kakak2 ku). Dan aku mendapat komen jujur dari BIL ku bahawa diriku ini bertambah tembun, katanya. Sadis je kan perkataan yang digunakan sebagai deskripsi diriku itu? Memang tak boleh blah.

Itu aku belum sampai rumah, belum naik atas penimbang lagi tu. Aku pun memang terasa yang diriku seperti mengembang dengan jayanya sepanjang berjalan2 itu. Ok, lupakan tentang tu dulu.

Dan bila aku balik kampung minggu lepas pulak, SIL pulak memberi komen jujurnya, apa rahsia akak semakin membesar? Cess!!! Ini sudah lebey bai... Kununnya aku berazam tahun ini untuk bersenam secara istiqomah. Nampak gayanya azam itu tidak boleh ditangguh2kan lagi!

Maka sebermula dari hari rabu yang lepas, aku pun mulalah menyinggah ke stadium estro yuthm. Lagi pun kan hari rabu ada pasar malam kan. Sekali jalan lah. Dan bila balik, eh, kenapa tak sakit kaki? Bangun pagi pun, eh, takkan tak sakit kaki? Rupa2nya sakit kaki pun pandai main tangguh2. Tengahari tu baru dia mula sakit. Adoiyai... Dah sakit tu, tak dapat lah aku bersenam selama seminggu. Hari ni baru aku mula balik. Jadi, mari kita lihat prestasi ku setakat ini.

Sasaran - 40 kg in 2 month.

Justifikasi sasaran : Berat sebelum pergi bercuti ialah pada tahap laporan mesin penimbang 'anda sebenarnya anda ok'. Dan aku rasa berat sekarang adalah 'anda sebenarnya anda gemuk'. Berat 40kg telah aku capai selepas bulan Ramadhan yang lepas. Maknanya, tidak mustahil. Kalau misi berjaya, aku akan tingkatkan sasaran kepada 38kg (berat masa anak dara) beserta perut kempis hahaha. Eh, perut kempis dulu baru 38kg lah kot.

Jenis senaman - Jogging

Hari pertama (rabu) :
Jarak - 5 x 400m = 2km.
Kekdahnya - 1.1km jog + 100m walk + 300m jog + 100m walk + 300m jog + 100m walk.

Hari kedua (harini, selasa) :
Jarak - 8 x 400m = 3.2km.
Kekdahnya - 2.8km jog (non-stop) + 400m walk.

Motto - hari ini lebih baik dari semalam, boleh?

So, apa lagi uols??? Saya cabar awak!










1 komen:

Cikgu Nana said...

saya joging kat atas katil jek la...

no time beb....

ko kurus dulu ler... aku masih bahagia dengan babat nie hehehehe