Wednesday 11 January 2012

Kambing


Dulu aku tak makan kambing. Dan selalu dimomokkan dengan cerita bahawa kambing tu busuk (even selepas dimasak) dan panas. Serta tinggi kolesterol dan banyak lemak. Isy, macam2 lah lagi. Kira macam benda2 yang tidak boleh dimakan lah kiranya.

Tapi sekarang, aku adalah hantu kambing hihihihiembekhihihihihi. Seminggu kadang 2 kali makan kambing. Sup, beriani, lambchop. Macamana ia boleh berlaku? Segalanya bermula pada bulan madu kami di pulau redang. Masa tu kami ambil pakej 4 hari 3 malam, tanpa makan di ayumayang resort. Aku bawak bekal roti dan ayam brand chili tuna. Time sarapan boleh la, makan roti. Tiba malam, terpaksa juga makan kat situ.

Pada suatu malam, kami pergi makan di restoran resort tersebut. Aku tak ingat aku order apa, tapi encik suami telah mengorder lamb chop. Aku terkejut! Bila waiter tu pergi, aku tanya, abang tau ke lamb chop tu apa? Tak, katanya. Kambing lahhh. Aiyokkk... kami sama2 tak pernah makan kambing. Caner nih? Nak tak nak memang terpaksa makan jugak. Dan bila lamb chop tu sampai, kami pun makan dengan was2 nya. Dan... selepas itu segalanya tinggal sejarah. Sejarah kali pertama kami makan kambing dan terus dirasuk oleh hantunya.

Kambing sedap!

2 komen:

Irfa said...

sebijik ngan aku..tahun lepas tahun pertama aku makan kambing.siyes..jatuh cinta beb
tapi kena kontrol la takleh makan selalu sbb daging lambat hadam :)
lagipun reganya mahal gak

Lub said...

citer ni guna google translate ke..naif beno bahasanya.hihihi