Monday 16 January 2012

Jelajah Malaysia 2011 : Cuti - Cuti Makan sudahnya...



Hari kedua. Pagi sarapan di p0l0 cafe. Masuk2 je, semerbak bau waffle. Sedapnya.




Tengahari check out dan terus ke jualan gudang nih. Tak lunch pun. Masih kenyang sarapan tadi.




Settle dengan se set cadar dan bantal lavendar dan bamboo. Kendian terus ke tepeng.

Kiter makan dulu...

Aritu kata dah puas dah makan mi udang? Aritu. Dulu lain sekarang lain.

Seperti biasa, mi udang banjir. Tengok meja sebelah makan sambal udang, nampak sedap betul. Lenkali nak try sambal tu pulak.

Oh, aku dah tau punca aku mengalami gatal2 setiap kali makan udang. Selepas beberapa eksperimen, aku telah berjaya mengatasinya. Yeay!

Lepas makan, kami terus ke tepeng. Singgah solat di masjid india di tengah2 bandar dia.

Masjid india tepeng.


Dan terus check in. Hahaha tak tau nak citer apa.


Dah petang sikit, kami berjalan2 sekitar tepeng. Pergi ke kaki bukit larut.


Tiket hari ni dah habis. Nak kalu, besok pukul 7 pagi datang beratur. Errr takpe lah.

Ambik gambo kat bawah je lah. Lenkali je lah kiter naik bukit larut nih.



Pose patung cendana katanya.


Pastu jenguk ke tapak perkuburan tentera british. Errr tak sesuai lak nak bergambar bagai. Kendian pusing tasik tepeng. Ramaiii sangat orang dan kereta. Dan ada kira2 6 pasang perantin sedang ber outdoor photoshoot hihi. Macam2 kaler baju. Ada hijau, pepel cair, pepel pekat, biru, putih dll.

Suka pokok2 besar nih.

Pokok hujan2 namanya.

Tengok gambar2 je lah ek.













Pokok kat belakang tu sangat cantik...

Cantikkk...






Dah puas melepak kat tepi tasik, kami pergi ke @tec tepeng. Sajer nak tau jalan. Besok kot2 kena pergi sensorang ke, senang lah kan.

Mak aiii kemain terceruknya. Dia macam kawasan perindustrian yang belum naik. Kat depannya ada tempat bebudak berlatih merempit. Ramai nyaaa. Kementerian belia kena fikirkan untuk membina litar lumba kat tepeng kot.


Belah malam, lepas makan, encik suami nak pergi zoo. Aku malas nak pergi. Tido lagi best.


Aku suh dia ambik gambo binatang banyak2, tapi bayang binatang pun tak nampak. Papan tanda binatang je yang banyak. Tak payah lah ditepek di sini.


Sibbaik jugak aku tak ikut. Tiket masuk dia ialah rm16 for adult. Tak kosser la aku nak bayar sebanyak tu untuk melihat binatang.

Selesai hari kedua.

1 komen:

Lub said...

kat taman tasik taiping smua cantik2 kan......