Wednesday 30 November 2011

Ekspo Agro & Makanan 2011



Tahun lepas takde. Dia buat selang setahun kot. Ekspo ni berlangsung dari jumaat lepas sampai semalam. Aku sempat pergi pada hari sabtu. Sebelum pergi risau takut panas berdenting. Sekali sampai, terus hujan. Baik hujan daripada panas, kan?

Pelan susunan dia kali ni lebih kurang sama ngan yang lepas. Banyak benda boleh dilihat dan dibeli. Benda yang menarik minat aku sejak ekspo yang lepas ialah pameran pertandingan buah2an.

Ada buah kelapa pandan. Dia nilai ikut kebesaran gugusan tu kot.

Ini kelapa matag kot?


Buah nangka. Yang nombor 2 tu lagi besar, tapi kulit dia tak cantik.

Buah jagung.

Kacang panjang. Ni dia ukur mana paling panjang kot.


Jambu pun ada.



Dodol ni tak dipertandingkan.

Tapak pameran/jualan.

Khemah di pameran di luar khemah.

Aktiviti berkaitan haiwan ternakan.

Ni bukan nak sangat berghambar ngan lembu. Cuma nak bandingkan saiz. Besar betul lembu neh.

Lembu bapak rupanya.

Ni lembu mak.

Khemah perasmian. Tak perasan pulak bila perasmiannya. Hari ahad kot.

Tengah prepare demo masakan by jaapar onn.

Dalam masa yang sama, ada juga karnival ulangtahun ke-60 PAS* di ayerhitam. Demokrasi kan...

Hasil tuaian di sana hanyalah sebungkus lekor maruku. Lagi sedap dari jajan budak!

Tuesday 29 November 2011

Hari Kuarge 2011


Hari kuarge tahun ni diadakan agak lewat. Asalnya derang nak buat lepas raya kalau tak salah. Sekali tempat yang nak dibuat tu dah dibuking pulak. So, dia postpone ke cuti sekolah ni dan tukar tempat sekali. Lokasi kali ni ialah di starhillgolfresort. Ada water park kat dalam tu. Aku pun first time tau ada mende ni kat situ.

Tak banyak benda nak diceritakan. Tengok gambar je lah.

Kolam utamanya.

Ala2 pantai.

Kolam bebudak.

Game bebudak.

Game bapak budak.

Beriya berenang.


Berjaya membawa kemenangan kepada kumpulan. Yeay!

Game tongkat buta.

Woi! Nak pergi mana tu? Sini lah! Sampai ke sana peginya orang buta tu.

Giliran encik suami pula.

Si buta mendapat tongkat.

Game bawa air dalam gelas.

Isi dalam botol ni.

Giliran aku pula bermain.

Kaki dah tak jejak lantai tu, terpaksa pegang baju mamat tu untuk berpusing.


Beriya mengisi air.

Game terakhir, mexican wave.

Banyak jugak yang kami menang, tapi menyesal pulak menang banyak2 sebab hadiah nya sama ikut nombor. So, dapat hadiah yang sama je lah.



Friday 25 November 2011

Kempen Undilah Beto Kusyairy

Oh tidak! (atau oh yes!) Beto tercalon dalam kategori artis lelaki baru dan pelakon lelaki drama fofular? Baru pencalonan awal. Belum tentu jadi top 5 lagi. Tapi ok lah sebagai permulaan kan. Kategori artis lelaki baru tu aku tengok macam tak banyak persaingan. Hazama ngan johan as'ari je pun yang menonjol. Jadi, peluang untuk top 5 tu agak terbuka. Tapi, tang pelakon lelaki drama tu susah la sikit. Ramai pelakon senior kan. Dia pun tak banyak berlakon kat tv percuma. Takat juvana je kot yang menonjol sket. Tapi, ni kan anugerah popular? Tak mustahil jugak. Yang pasti aku tak mungkin akan beli BH semata2 untuk mengundi. Kalau dia buat undian online mungkin la kan. Sekadar boleh bagi harapan yang palsu je lah hehe.

Pengarah2 sekalian, tolong lah ambik beto berlakon cerekarama, slot akasia, slot samarinda. Please...

Tiba2 terjumpa artikel ni, dan aku rasa macam nak hempuk jek makcik baju hitam tuh.

p/s oh, tapi mulai januari, boleh undi online. maybe bila dah pilih top 5 kot.

Wednesday 23 November 2011

Berapa Ramai Orang Yang Tidak Tahu Erti Al Fatihah?

Download sekarang! Budak2 memang suka tengok nih. Kalau yang umur 1-2 tahun tu siap boleh buat gaya lagi.



Pasar Hari Rabu Mendahului Carta

Sekarang ni, aku semakin rajin ke pasar malam. Dalam seminggu, biasanya aku pergi 3 kali. Hari rabu, jumaat dan sabtu. So, bilakah masanya aku memasak? Ngeeeeee. Yang pasti aku rajin masak setiap hari isnin. Selasa, khamis dan ahad yang tak terlibat dengan pasar malam pun kekadang aku masak.

Antara 3 pasar malam ni, aku boleh bagi ranking nombor 1 untuk pasar hari rabu iaitu pasar di taman u. Tempat kedua dianugerahkan kepada pasar pesta hari sabtu. Dan yang ketiga ofkos la pasar hari jumaat iaitu pasar gate air seng'garang. Dan hari ni aku nak menyenaraikan perkara2 menarik di pasar-pasar tersebut.

1. Pasar malam gate air seng'garang. Berlokasi di hadapan gate air. Pasar ni takde lah special sangat, cuma dia ada benda yang takde di tempat lain. Pertama, ada gerai kain baju tempat aku beli kain pasang time pasar pagi seng'garang tu. Kedua, ada nasi ambeng akak smiling face, tapi husband dia yang jaga gerai tu. Kendian ada juga gerai barang dapo seperti bawang2 yang aku tengok cantik2 bentuk bawangnya. Pastu, ada cend0l manja yang aku rasa, rasanya sempurna ikut tekak aku. CKT pun ada, tapi aku dah banned mulai minggu lepas sebab tiba2 manis pulak ckt dia. Laksa singgit pun ada kat sini.

2. Pasar malam pesta ni pulak aku dah kenal sejak duduk di bp lagi. Kat sini ada gerai jual air tahu yang sedap. Selain tu, ada juga gerai kebab yang sedap sangat. Dia ada jual wedges juga, dengan sos cili, sos black paper dan mayo yag lazat. Pastu ada gerai selera pantai timur yang menjual nasi kerabu yang aku bagi ranking nombor 1 sebelum ni, tapi dah diambil alih oleh pasar hari rabu.

3. Tempat pertama diungguli oleh pasar malam taman u. Antara menu menarik di pasar ni ialah air honeydew, nasi lemak kukus ayam/puyuh goreng berempah. Nom nom nom sedapnya. Ada juga nasi ambeng akak smiling face dan cendol manja yang sama. Pastu, ada ayam panggang bbq dengan nasi lemak. Gerai ni ada gak kat pesta, tapi kat pesta takde jual nasi lemak. Kendian ada gerai ayam goreng yang sedap tepungnya. Dan yang kasi up markah pasar malam taman u ni ialah nasi kerabu yang meleleh air mata ah dia punya sedap. Oh, selain tu, kat sini juga ada gerai jual ikan yang turut menjual ketam yang segar bugar. Tiap kali lalu gerai ni mesti rasa nak makan ketam. tapi memikirkan nak makan ketam ni mengambil masa yang panjang, sebulan sekali kot baru boleh beli.

Tapi aku pelik tau. Paghit ghaja ni takde pasar malam kat pekan paghit raja tau. Kenapa eh? Sibbaik la penduduk taman u ada inisiatif nak buat pasar malam sendiri. Majlis tak terlibat tau. Derang kutip bayaran sendiri dan bersihkan sendiri. Tengok macam dah jadik dah surau derang, tapi macam kecik jek. Sekarang ni pasar ni semakin meriah sejak ito dah menyewa bangunan kedai berhampiran untuk dijadikan kolej kediaman. Cuma sekarang ni susah sikit lah nak ke situ sebab jalan bp-ayerhitam ni kan tengah dinaiktaraf. Aku pun kena balik rumah dulu baru pergi. Selalu aku ikut jalan paghit karj0 dan kuar ikut paghit samijan setiap hari rabu.

Ok, hari ini hari rabu :)

Monday 21 November 2011

Korban di Hari Raya Korban

Maaf, terlambat. Nak update jugak pasal raya haji tu ari.

Musim haji tahun ni, banyak pulak aku tengok program berkaitan haji. Tv1, salam baitullah. Astrooasis, khabar haji. Mana2 channel ada cerita pasal haji, mesti aku tengok. Selama ni tak terlintas pun nak tengok.

Bila tengok masjidilharam, terbayang2 aku ada di situ. Tengok jam kat tepi dinding pintu 1, teringat, kat situ lah pertama kali kami berjanji berjumpa selepas selesai solat. Biasanya kami berjanji 10 minit lepas salam. Sempat lah solat jenazah dan solat sunat. Tapi bila tiba masa, alamak! Sesak da. Kalau lepas zuhur tu, memang legam la kalo tunggu kat situ. Dalam masa beberapa hari tu, asiklah bertukar2 tempat berjumpa. Untuk menyesuaikan dengan suasana. Last2 tu baru lah kami berjumpa tempat yang paling strategik. Bawah flyover ke tingkat 2 hehehe. Memang redup. Tapi, tiap waktu kena tengok jenazah diusung ikut laluan tu. Ada masa encik suami turut menjadi pengusung itu, on the way nak ke tempat janji temu.

Okeh, kita teruskan ke tajuk utama. Sambutan Hari Raya Aidiladha.

Kali ini giliran beraya di rumah ibu mertua ku. Seperti biasa, beraya tu bermakna 'malam raya'. Sabtu pagi tu, kami bertolak dari rumah jam 10.30 pagi. Singgah makan pagi di kompleks. Sampai kota, singgah plazakota. Terbeli baju jalan. Isy, bulan ni aku rasa aku dah berhabis banyak untuk kain baju. Memang kopak dan sopak dompet ku. Bulan depan aku nak terperap di rumah je lah. Takmo window2 soping dah.

Sampai di semencu, mak belum masak2 raya lagi. Malam baru masak.

Pagi raya, lebih kurang pukul 11 kitorang pegi kebun untuk menengok orang korban. Fuh! Agresif betul lembu kitorang. Sampai terlepas satu ikatan dia. Dah baringkan pon boleh bangun lagi. Habis korban kami gi layau sat. Kendian encik suami sambung melapah.

Petang lebih kurang pukul 5, kami balik eto5. Singgah kat rumah sat, kendian terus gi hantar daging kat rumah kak ada sebelum ke rumah member aku cikbunga. Jumpa la edot, miss, as dan hendun. Sampai maghrib baru kami balik. Malam tak buat apa. Layan citer uri. Umah mak ada pakej mustika. Dapat lah tengok sikit2.

Besok pagi mak buat sarapan nasi lemak sama macam raya aritu. Sedap betul. Lebih kurang pukul 10 pagi, derang semua nak balik dah. Aku pun kemas2 sama dan balik semencu lagi. Lepas lunch barulah kami balik. Singgah kota lagi. Dekat nak maghrib baru kami bergerak ke paritraja. Sikit punya lama ke. Ok, cukup dah membeli kain baju. Mulai tahun depan aku berazam untuk mengamalkan amalan berjimat cermat. Dari tahun ni aku dah berazam sebenarnya, tapi encik suami kata, "tak payah lah. Bila lagi nak menikmati hidup." Tu yang sampai sekarang tak jimat2 jugak. Jadi, untuk tahun depan, hujah aku ialah, "berjimat untuk kumpul duit nak berjalan2 keliling dunia." Tak agak2, dunia tu.

So, inilah gambar sekitar aktiviti korban yang lalu.

Lembu ni tak dikorbankan hari ni. Besoknya kot.

Ingat ni lembu kami. Cantik muka dia. Besar. Tapi orang tu cakap, dia ni besar tulang je. Isi sikit.


Ini lah lembu kami. Tak geti duduk diam.


Sedang si hitam ini hendak ditumbangkan...

Lembu kami sudah terlepas satu tali.

Dia nebes kot tengok kawan dia nak kena korban. Patut takleh letak derang dekat2 kot, kan?


Saya pun nak tengok korban juger...

Tekak dah baik. Yeay yeay!