Friday 30 September 2011

Aktiviti Kerja


Fuh! Penat seh. Minggu lepas aku tak cuti. Keje sabtu ahad sampai lah ke hari ni. Tu yang tiba hari jumaat ni, rasa lega sesangat. Tak sabar nak berehat di rumah.

Sepanjang minggu lepas juga aku mengikuti bara'an taman dengan jayanya. Kononnya nak follow sampai habis. Tapi, hari ahad tu aku sudah jatuh sakit. Penat sangat agaknya. Selain makan minum yang tidak terkawal panas sejuknya. Semua main belasah je. Tapi kata encik suami, demam rindu huhuhu. Agak pelik di situ. Boleh la, buat sedapkan ati.

Jadi, hari sabtu lepas aku dah mula menyibuk. Ekceli tugas aku tak sibuk pun sebelum hari kejadian. Hari kejadian je sibuk. Bukan sibuk banyak keje pun. Sibuk menahan sabar dengan katerer huhuhu. Sabar je lah.

Tak tau nak cerita apa.








Hari sabtu tu juga aku sempat pergi ke jamuan raya adun seng'garang. Macam2 ada. Nasi beriani, ketupat, lemang, burasak, kueytiow, laksa dan yang paling best is cendol sagu rumbia mak en0t. Selalu lalu je kedai dia. Hari tu baru dapat rasa. Memang sedap. Siap beratur ambik dua kali lagi. Abis, saper suh taruk tagline 'cuba sekali pasti nak lagi'?


Hari terakhir program adalah scary. Makanan tak sampai pada waktu yang sepatutnya. Sibbaik sedap.

Muka boring menunggu makanan.

Thursday 29 September 2011

Sampai Termimpi-Mimpi



Semalam petang, kami terjumpa rakan seumrah kat pasar malam. Sejak balik aritu memang tak teringat nak contact. Lagi pun kami bersama sekejap je. Masa kat madinah. Sampai kat makkah, derang dah duduk hotel lain. Jumpa tak jumpa balik, masa nak balik tu je lah.

Mereka ni staf ito. Masa dalam flight ke bahrain dari kl, yang pempuan tu duduk sebelah aku. Dia yang perasan kenal encik hairul. Suami dia orang ptm. Berjiran pulak dengan opismate aku.

Dan malam tadi, aku telah bermimpi pergi ke makkah sekali lagi. Tapi scene nya dalam masjidilharam jer. Tapi nampak lah kaabah tu. Yang tak boleh tahannya, kami pergi sekali dengan opismate aku. Ayu, kiter gi sesama! Siap bawak baby emir lagik!

Selain faktor pertemuan di pasar malam, berita rombongan pertama bakal haji di buletinutama juga turut menyumbang kepada mimpi ini. Tapi, cemana boleh muncul baby emir tu pulak ya? Musykil di situ.

Ok, kiter recycle gambar aritu. Tengok ka'abah pun dapat pahala. :)

Masjid Nabawi


Ini pulak gambar Masjid Nabawi yang terdapat di taman tamadun islam di ganu.



Kubah hijau.




Ini replika di taman tamadun juger...









Wednesday 28 September 2011

Fakta Menarik

Macam menarik pulak fakta kajian mengenai fb yang aku baca dalam majalah estroview neh. Jom baca sama2.

  • Kira2 70% pengguna fb tinggal di luar us.

  • Pada awal tahun ini, semasa hujung minggu tahun baru, 750M gambar telah diupload ke fb.

  • 57% orang lebih banyak berkomunikasi secara online berbanding secara realiti.

  • 48% pengguna fb antara 18-34 tahun membuka sosial network site sebaik sahaja bangun tido. 28 % pula membuka social network site dari smart phone sebelum bangun dari katil.

  • 48% daripada ibu bapa menjadi 'friend' kepada anak sendiri.

  • 40% orang mengaku kerap melihat profile 'ex' mereka.

Dan point yang aku suka ialah:

  • 85% pengguna wanita menyampah dengan fb friends mereka hahaha. Sebabnya termasuklah
  1. asik komplen je
  2. berkongsi pandangan politik yang tak perlu
  3. bercakap besar, macamlah dia mempunyai kehidupan yang sempurna.



Puluhan

Tetiba aku terfikir. Kita selalu dengar, perkataan 60-an, 70-an, 80-an, 90-an, kan? Biasanya untuk lagu2. Maksudnya kalau 60-an tu, lagu2 pada tahun 1960-1969 la kan.

Tapi sekarang kan dah masuk abad ke-21. Dah lepas pun tahun 2010. Kalau ikut kan, kita dah boleh lah menyebut zaman sekarang ni, zaman 10-an kot ek? Hihihi. Rasanya 10-an untuk abad ke-20 belum digunakan kot. So, kalau guna untuk abad ini, orang takkan keliru. Tapi macamana pulak nanti bila tiba tahun 2060? Boleh ke kita gunakan 60-an jugak? Errr aku rasa ok jugak kot. Sebab masa tu generasi abad ke-20 pun dah takde lagi.

Ok, tu je untuk difikirkan bersama.

Monday 26 September 2011

Kenduri Yasin & Doa Selamat (Yang Dah Basi Kot)

Tengah edit2 gambar tadi, baru lah aku ingat, kenapa aku buat2 lupa nak stori pasal kenduri ni. Iaitu pasal gambar2nya adalah blur (lupa nak tukar setting makanan to auto) dan tidak relevan (citer kenduri = makan, tapi rupa makanannya tak nampak gara2 eksaited ambik gambo bekas makanan). Tapi, dah terlanjur aku tersebut aritu, maka aku kuarkan lah juga storinya. Yang tidaklah ada stori sebenarnya.

Kenduri ini kami adakan pada hari sabtu, 25 Jun 2011, iaitu seminggu selepas kami pulang dari mengerjakan umrah. Kenapa buat kenduri doa selamat selepas pulang, bukan sebelum pegi ke sepatutnya (doa selamat bertujuan untuk perjalanan pergi dan balik kot?)? (pandai2 la korang nak baca ayat ni dengan intonasi macamana hahaha). Pertamanya aku kalau boleh takmo orang tau aku pergi umrah, terutamanya sebelum pergi. Bukan sebab takmo derang kirim (doa, salam, barang :P) ke apa. Cuma takmo kecoh2. Keduanya aku tak nak penat2 kan diri sebelum pergi. Ye lah, kenduri mestilah penat (walaupun order katering je, banyak aspek lain yang perlu diambil kira).

Maka, pada hari kejadian, pil dan sil pun datang lah. Memula pil sampai dulu paginya. Huhuhu awal betul mereka sampai. Aku baru celik mata sebenonya hihihi. Mil bawakan baaanyak kuih. Antaranya kuih dangai dan karipap. Jiran sebelah pulak kasik tepung pelita. Jadi, banyak lah kuih aku jadinya. Dah petang sikit baru lah sil sampai seberataan. "Barulah riuh rumah ni, ada budak2," kata mil. Makan dalam seh...

Seterusnya, majlis pun berlangsung dengan jayanya. Menu hari itu ialah nasi tomato + ayam masak merah + yang sewaktu dengannya. Aku order dengan orang yang sama dulu. Kehadiran kurang memberangsangkan berbanding yasinan yang lepas. Banyak makanan lebih. Dah tapau berkat pun ada lebih lagi. Sampai masa katering tu datang nak ambik bekas, kiterang suh dia bawak balik je. Mungkin sebab weekend, ada orang balik kampung dan jalan2. Kalau buat hari kerja biasanya ramai orang sebab laki balik keje, bini takyah masak hihihi.

Dah, abis cerita. Masa untuk melihat gambar yang aku katakan blur dan tidak relevan itu. Cekidaut!



Bacaan yasin






Ok, sekian...

Friday 23 September 2011

Marhaban Jalan Satu

Hari raya di negeri j0h0r adalah berbeza dengan negeri2 lain di malaysia. Perbezaannya ialah budaya marhaban dari rumah ke rumah aka bara'an. Tidak lah aku bermaksud negeri ni bagus sangat ke, atau ada kelebihan ke. Aku dengar negeri perak pun ada budaya bertakbir dari rumah ke rumah pada malam raya, kan? Tu pun kelainan juga.


Seperti tahun2 yang lepas, program bara'an adalah satu kemestian di tamanwirajayayangbest ni. Cuma tahun ni perancangannya tidak seawal bulan puasa seperti selalu. Dah balik cuti raya baru lah ia dirancang. Dan tidak seperti tahun2 yang lepas, program kali ni tidak dibuat pada awal2 raya, sebaliknya dijadikan penutup bulan syawal. Aku dengar tahun lepas ada orang komplen, awal2 raya tu tak habis lagi beraya ke rumah sedara mara dan sedara mara pun tak sampai lagi ke rumah kita. Sebab tu ia dibuat hujung2. Kot.


So, bara'an kami bermula pada hari isnin, 19 september dan tamat pada hari ahad 25 september. Tiba2 semalam aku dapat tau, derang extend sampai ke hari isnin pulak, sebab ada dua jalan tu tak jadi nak combine. So, jalan 5 hari lain, jalan 6 hari lain. Giliran jalan kami jatuh pada hari rabu. Tu baru betul beraya selama sebulan.


Yang buat tak bestnya pulak, hari isnin lepas jugak, encik suami terpaksa bekerja di luar kawasan. Kemudian bersambung pulak dengan kursus sampai lah ke hari isnin depan. Fuh! Memang tak dapat join bara'an langsung lah kan. Ada takde hari isnin yang last tu je lah, kalau beliau boleh balik awal. Tapi memang ramai orang terasa lah ketiadaan beliau hehe. Asik lah tanya aku, pergi mana, bila balik? Macam orang penting je. Sampaikan masa hari rabu tu, ada orang boleh tau pulak, beliau nak balik tapi kete rosak. Aku adalah kompius. Eh, bukan ekon je yang rosak ke? Pastu ada pulak orang cakap, beliau balik jugak malam tu, bertolak dari sana pukul 7 malam selepas kereta dibaiki. Aku adalah kompius berganda. Sebab baru je sekejap tadi beliau telefon, takde pulak dicakapnya tengah on the way ke hape. Dia cuma cakap discussion sedang hot dijalankan. See see see ramai orang concern terhadap beliau. Sampaikan aku la pulak rasa macam isteri yang tidak mengambil berat. Dan aku jugak boleh percaya dengan kata2 mereka! Tapi bila dah pukul 11 tu aku tunggu tak sampai2, aku telefon lah beliau. Nak tau? Beliau masih dalam tempat perbincangan itu! Terus rasa macam nak lempang diri sendiri kerana begitu mudah terpengaruh dengan masyarakat setempat.


Jadi, pada hari kejadian bara'an jalan satu, aku adalah tak tau nak sediakan apa. Tahun lepas aku buat apa ek? Lupa langsung. Dah la sensorang je kan. Memang takde mood aku nak buat apa2. Last2 aku goreng keropok sayur je lah. Aritu aku beli keropok tu untuk open house. Sekali tiba masa tak sempat pulak nak goreng. Pastu aku buat air jambu campur asam yang yayu kasik. Best best. Hampir licin air tu derang minum. Kira unik la kan.


Itu je kot citernya. Gambar takde sebab sibuk menyalam orang.

p/s sebenarnya saje taruk gambar ni sebab nak test watermark ku yang stoberi itu huhuhu. tapi memang aku pakai baju tu time marhaban tu. baju raya ke-6 :)

p/s aku dah selamat mengganti puasa. yeay!

Drama Kehidupan

Cuti 4 hari tu ari, macam banyak pulak drama yang aku tengok. Eh, bukan kot. Rasanya aku dah tercampur dengan minggu2 lepas punya sekali kot. Minggu ni je aku tengok 3 cerita. Sabtu malam cerekarama bara chenta ramadhan kot tajuknya. Best ceritanya, macam cerita ibu mertua ku pulak. Kisah pasal mak mertua yang tak suka pada menantunya dan dibanding2kan menantu dia yang lagi satu, keje gomen. Ditokok tambah pulak dengan karakter zarina af2 yang memang menjengkelkan tu. Tapi memang over la mak mertua tu. Mujur aku dah ada mak mertua. Yang tidak begitu.

Pastu hari ahad, boleh pulak aku tengok movie kat slot pesona 3. Cerita andartu terlampau 21 hari mencari cinta. Hahaha. Tah pape citer tu, tapi aku boleh layan sampai habis?

Malam pulak aku tengok cerita demi tuhan aku izinkan. Pergh! Gini punya pempuan pun ada ker? Boleh, dia kawenkan laki dia dengan adik angkat dia yang mendapat hidayah lalu meminta suami kakak angkatnya untuk dijadikan pembimbing...? Geramnya!!! Kenapa cerita2 semua menggeramkan ha? Yang tambah geram tu, time nikah tu, dia tersengih2 ngan kakak angkat dia. Nak je aku pang! Dan pelakonnya pulak ala2 pelat cakap melayu (tengok nama dia macam mix india cina kot), nampak mengada2 pulak. Pastu boleh pulak laki dia mati. Pas bersalin, pempuan tu pulak mati. Sudahnya kakak angkat ni lah yang kena bela anak dia. Bila aku bebel2 sambil tengok citer tu, encik suami punya komen pendek je.

Kan dia dapat payung emas...

Nyampahs!

Thursday 22 September 2011

Ada Seorang Bayi



Masa mengemas rumah mil pada hari raya tu ari, aku juga telah menemui satu dokumen yang nostalgik. Iaitu kad kesihatan anak. Dan anak itu ialah bayi comel ini hihihi. Boleh la aku tau perkembangan diri beliau sejak bayi.


Beliau dilahirkan di rumah nenek di parityusof muo. Menurut cerita mil, masa tu derang dah duduk rancangan. Tiba2 masa mengandungkan beliau, sedang berlaku isu 'orang curi uri di hospital'. Misi kot yang buat keje tu. Oleh sebab takut dicuri uri oleh misi itu, mil mengambil keputusan untuk melahirkan beliau di kampung. Isy, agak2 uri aku kena curi tak ya? Ye lah, kan dekat2 je masa nya.

Nama beliau dipropose oleh busu. Kalau tengok nama anak2 busu pun semua start dari huruf H. Dan berbunyi HAI di depannya. Adik beliau pun bernama Hai jua.

Bukti beliau sudah imun terhadap beberapa penyakit. Tapi memang beliau jarang sakit. Aku je yang asik demam jek. Agak2 kenapa?

Ya, cuba tengok kat situ, 'bf on demand'. Bermakna beliau mengambil susu ibu, sementara aku pula mengambil susu lembu. Patut lah selalu sakit.

Perkembangan berat beliau. Pada umur 2 tahun, beliau sudah pun seberat sekampit beras!

Dan akhir sekali ialah rekod anak2 yang lain. Tengok tu, beliau adalah anak ke-5 dan beza umur purata adalah 2 tahun. Tetapi, cuma beza umur beliau dengan adik beliau sahaja yang 1 tahun lebih. Ini bermakna, beliau lah anak yang paling kurang kasih sayang hahaha. Patut lah dari sekolah lagi beliau sudah mencari kasih sayang dari kekasih hehehe. Memang selepas adik beliau (yang lahir pada tahun 1980), adik2 yang lain mempunyai beza umur 2 tahun (1982, 1984, 1986, 1988, 1990, 1992).

Walau bagaimana pun, kami tak menemui kad kesihatan anak2 yang lain. Itu membuktikan mil sangat sayang pada beliau (kesimpulannya). Sekian.