Tuesday 15 November 2011

Warkah Terakhir - R0sli Dh0by Part I


Ya ampun... tak habis2 lagi ker dengan beto? Ada orang tu cakap aku angau. Hahaha. Sebenarnya aku pun rasa macam tu hihihi. Tapi aku rasa sekejap je kot. Bagi aku sebulan? Bleh?

Jumaat lepas, balik keje, aku terus mengadap utube citer seperti tajuk di atas. Encik suami takde. Jenuh jugak la nak tunggu dia download. Almaklumlah kan... strimiks termurah lah katakan. Aku tengok sampai pukul 2 pagi kalau tak salah. Tu pun tak abis lagik. Besok sambung. Tapi, mata dah bengkak2 menangis. Sedih gilak! Kitak sik buleh tahan air matak (dah macam bahasa banjar pulak). Bangun pagi sambung lagi. Menangis. Sampai lah ke petang, baru lah abis citer tu. Huaaaaaaaaaa kalah citer hindustan sedihnya.Berhelai2 tisu digunakan untuk menghapuskan airmata ku. Owh! baru lah aku dapat menghargai negeri saghawak.

Ekceli aku pun baru dengar citer pasal r0slidh0by ni. Pernah la dengar nama tu, tapi tak tau lah orang mana dan apa kisahnya. Citer ni pulak tayang kat astrocitra. Dah lama dah, 2009. Patutlah aku tak pernah tengok. Eh, kalau soklan spm tanya pasal r0slidh0by ni, komfem aku boleh jawab. Okeh, bagi yang malas nak tengok, meh aku citer sikit kisah budak rosli nih.

Rosli ni seorang budak melayu yang bersekolah di sekolah methodist di sibu. Katanya sekarang ada sekolah dinamakan SM R0sli Dh0by kat sana. Kisah berlaku pada tahun 1947. Selepas jepun surrender, oramputih cuba kembali memerintah saghawak. Cucu cicit brooke yang bernama vyner brooke telah menyerahkan negara saghawak kepada british. Lalu, adalah sebuah parti ni (PPM) yang berjuang atas nama anti-cession (anti penyerahan kot).

Pada suatu hari, seramai 338 orang pegawai kerajaan termasuk guru2 sekolah rakyat telah meletak jawatan sebagai tanda protes mereka. Namun, british tidak gentar, sebaliknya telah menubuhkan satu parti (YMA) yang menyokong cession itu. Semasa pengumuman oleh gabenor british mengenai penerimaan perletakan jawatan itu lah rosli berkenalan dengan barisan PPM. Masa tu umur dia baru 15 tahun. Dan dia adalah among best student di sekolahnya.

Bapak rosli ni pulak jenis orang biasa yang menerima seadanya pemerintahan british di bumi saghawak. Yang penting aman. Errr panjang la citer nya. Korang bacalah sendiri sejarah dia kat tenet ni. Sama la lebih kurang citernya, cuma dalam citer ni derang exagerate lebih sikit dan lebih drama. Baca sejarah dia tak nangis kot.

p/s tapi kalau ada yang nak dengar sambungan citer ni, aku boleh je cerita. nak? nak?

1 komen:

ayzaqaysukashah... said...

sambung la...sejarah saya teruk sket