Wednesday 16 November 2011

Warkah Terakhir - R0sli Dh0by Part II


Serupa tapi tak sama. Kat bawah tu kira part one la ya. Semalam tu sebenarnya aku cuma nak ada entry semalam. Tu yang tak abis citer pun dah publish. Ok, kita sambung cerita beto. Eh, rosli. Jap nak baca dah sampai mana tadi.

Rosli ada seorang geghek yakni gelfren bernama Ani. Lakonan melisamaureen. Menurut fakta sejarah, sehingga kini ani ni tak kawen. Setia. Derang berutus2 surat. Bapak ani ni ada kedai buku. So, bila nak bagi surat, rosli akan beli buku kat kedai tu dan selitkan surat tu dalam buku semasa nak membayar. Biasanya melalui adik ani, norziah. Pada suatu hari, terkantoi la pulak satu surat tu ngan bapak dia. Terus bapak dia pergi rumah rosli. Derang tak dibenarkan bercinta selagi masih sekolah.

Dalam masa yang sama, selepas ramai guru2 sekolah telah resign, takde guru nak mengajar di sekolah rakyat. So, rosli dan 3 kawannya menawarkan diri untuk menjadi guru sekolah rakyat secara percuma. Di situ mereka berkenalan dengan seorang cikgu pempuan, norian namanya. Lakonan anitabaharom. Ada orang komen kat forum, bahasa saghawak dia adalah disaster hahaha. Dan sejak itu, kawan rosli si tajudin sudah suka pada norian ni. Pung pang pung pang, satu hari tajudin ni berterus terang pada norian. Tetapi norian tidak menerima cinta tajudin kerana dia sudah jatuh hati pada rosli. Bila rosli tahu keadaan ini, dia telah meminta pertolongan dari norian untuk menghantarkan surat pada ani. Kiranya itu cara dia nak bagitau norian bahawa dia dah ada geghek la. Very the berhikmah cara dia tu, kan? Namun begitu, norian tidak menghantar surat tersebut. Malah dia cuba mengelak dari rosli. Sementara itu, sejak ditolak cintanya, tajudin juga cuba mengelak dari norian. Menjadikan situasi di sekolah rakyat itu jadi tidak selesa.

Dalam masa yang sama pula, PPM telah bertekad untuk menyerang british. Tetapi ditentang oleh ketuanya, sirat. Lalu, SU dia yang agresif, abang rambli mengusulkan untuk mewujudkan satu team rahsia di belakang PPM untuk melakukan misi tersebut. Ini bagi memastikan parti PPM tidak terlibat. Mulanya sirat tidak setuju dan meminta abang rambli mencari 10 orang dalam kumpulan tu, baru lah dia setuju. Lalu abang rambli pun mengumpul mereka2 yang dipercayainya untuk membentuk kumpulan tersebut. Dan pada suatu malam, mereka telah menubuhkan kumpulan yang bernama Rukun 13 sempena 13 rukun solat dan 13 orang ahli kumpulan tersebut. Pada malam itu juga mereka telah melakukan baiah untuk melakukan 'jihad'.

Selepas penubuhan rukun13, abang rambli pun mula merangka strategi untuk menyerang british. Dia merancang untuk membunuh semua pegawai british termasuk gabenor british yang bertugas di pejabat pemerintah. Dan bila dia membentangkan strategi tersebut, beberapa orang tidak setuju dan minta ditangguhkan. Kemudian seorang dari mereka, amin (lakonan tonyeusof) telah menghilangkan diri. Diikuti dengan abang han yang pergi ke miri untuk bekerja di pelantar minyak baru. Sejak itu, abang rambli sudah merajuk. Namun, dia masih nak meneruskan rancangan tersebut. Lalu morshidi mencadangkan mereka mencari ahli baru bagi menggantikan mereka yang missing. Dan dia mencadangkan rosli.

Maka, mereka pun mula lah memburu rosli. Sedih aku time ni sebab derang berada di mana2 sebagai nak menakutkan rosli. Sampaikan dia jadi tidak tenteram dan tidak mengutus surat kepada ani. Kesian dia. Sampai dia buat solat malam lagi, untuk mendapat petunjuk. Akhirnya, dia pun setuju utuk menyertai rukun13 dan melakukan baiah jua.

Pada masa tu, gabenor lama, nobleclark, telah dipindahkan ke afrika. Dan akan diganti dengan sirduncangeorgestewart. Jadi, abang rambli merancang pula strategi untuk menyerang dan membunuh sir duncan itu dan pegawai2 british yag lain semasa acara menyambut kedatangan sir duncan itu. Dalam acara tersebut, semua budak sekolah dikehendaki berada di sana untuk meramaikan majlis.

Memikirkan keselamatan murid2 sekolah itu, rosli mencadangkan agar mereka melakukan serangan tanpa melibatkan murid sekolah. Takut2 dalam keadaan kelam kabut tu, askar akan menembak sesuka hati ker. Sementara ahli yang lain juga tidak berapa yakin dengan plan tersebut. Derang ni bagi aku cakap berdegar2, nak berjihad konon. Tapi bila dah dibuat plan, ada je dalihnya nak postpone. Tapi abang rambli tetap bersemangat.

Besok tu (kot la besok), abang rambli pergi ke sekolah rakyat berjumpa rosli untuk meminta pandangannya tentang plan mereka malam tadi. Di situlah rosli mencadangkan agar gabenor sir duncan sahaja yang dibunuh, bukan semua pegawai2. Sebab dia rasa cukup dengan membunuh gabenor, dah boleh membuka mata british. Dan dia menawarkan diri untuk melakukan pembunuhan itu. Lagi pun dia baru berumur 17 tahun masa tu. Juvana. Tak mungkin akan dihukum gantung seperti orang dewasa. Dan dia memberi syarat agar perkara tersebut tidak diberitahu kepada ahli rukun 13 yang lain kecuali morshidi dan pak bujang.

Kemudian, rosli pergi berjumpa morshidi untuk meminta dia membantu dia dalam misi membunuh gabenor tu. Kiranya morshidi akan berlakon mengambil gambar gabenor, dan semasa itu lah rosli akan membunuh nya.

Oh, berkenaan cik ani. Pada suatu hari, ani telah bertemu dengan tajudin dan bertanyakan kenapa rosli dah lama tak bagi surat kat dia. Si tajudin ni pulak dah salah faham bila nampak rosli tengah membaca sajak kepada norian. Dia ingat rosli suka kat norian, tu yang dia lost contact ngan ani. Maka, derang pun bermusuhan.

Sehari sebelum peristiwa itu, rosli telah berjumpa dengan norian dan ani untuk meminta maaf dan meninggalkan pesan. Kepada ani rosli berjanji akan memperisterikannya suatu hari nanti. Dan meminta ani berjanji dengan nyawanya untuk menunggu rosli. Owh! Sedih seh time ni. Pastu, malam sebelum tu jugak rosli memanggil semua kawan2nya untuk memberi amanat terakhir. Bermula dari situ lah (episod 6) aku menangis tak berenti sampai habis citer. Sedih gilak!!!

Pagi hari kejadian, rosli pun bersiap2. Masa ni pun sayu je suasananya. Dia jumpa kakak dia dan minta kakak dia bagi nama anak yang sedang dikandungnya dengan nama rosli. Pergh! Sedih siot air muka rosli masa nih. Dan semasa bersarapan, dia tak makan pun, dan terus nak pergi. Masa dia salam bapak, mak dan kakak dia, mereka macam merasakan sesuatu yang luar biasa, tapi tak tau kenapa.

Dipendekkan cerita, dia pun melakukan pembunuhan tu dan ditangkap serta merta bersama dengan morshidi. Adik dia yang ada di tempat kejadian pun terus berlari balik rumah memberitahu ibu bapanya. Kesedihan berlarutan uolsss...

Errr boleh tak bersambung lagi? Sebab aku dah lupa turutan situasi selepas tu. Aku tengah tengok kali kedua ni dan baru sampai bab ni hehe. So, akan bersambung selepas aku habis tengok la ya?



0 komen: