Monday 14 November 2011

Setia Usaha

Bengang betul lah. Grrr...

Sabtu lepas berlangsung mesyuarat agong persatuan penduduk taman. Encik suami outstation sejak hari khamis. Sepatutnya sampai hari ahad. Tapi, demi mesyuarat tersebut, beliau pulang jua petang sabtu tu. Beliau aadalah setiausaha persatuan tersebut. Penggal sebelumnya, beliau jadi setiausaha II. Bermakna assistant kepada setiausaha la kan.

Yang aku bengang ialah, beliau terpilih lagi untuk menjadi setiausaha dalam mesyuarat agong tersebut! Tak suka! Ni lah akibatnya kalau terlampau rajin. Camne aku tak cakap rajin. Masa dia jadi SUII tu dulu, dia yang buat kebanyakan kerja SU. Bila jadi SU pun, dia yang banyak buat keje SU. Pendek kata, tak kira lah dia SU ke SUII ke, atau aku rasa waima SUX (sepuluh) pun dia akan buat kebanyakan kerja SU.

Hari ahad pulak, ada meeting pertama. Semangat betul. Aku suh dia cadangkan untuk switch jawatan SU dan SUII. Dan ia berjaya! Yeay!

Isy isy isy aku ni tak supportive langsung, kan? Patutnya bangga lah kan? Ye ker? Aku rasa macam menyusahkan la pulak. Biarlah jadi rakyat biasa je, lagi senang. Tapi, biasa lah. Aku suka kat dia dulu pun sebab ciri kepimpinan yang ada dalam diri beliau. Tapi tak payah lah jadi SU. Leceh la aku rasa. Dia ok jek. Aku ni yang rasa semak. Apa2 pun, kini beliau adalah SUII. Semoga beliau tidak gila kuasa.

p/s camner lah kalau suami ku jadi ahli politik ya? mesti aku yang stress huhuhu


4 komen:

ayzaqaysukashah... said...

jangan ar kak...sy pon nak resign dr jawatan Naib ketua puteri UMNO (owh cane leh terjebak dulu ni)

Irfa said...

xpelah x jadi org besar pun
hehe

AyunasiA said...

ayu: fuiyoh... umno tu. takut ar camneh :P

Ida Shaklee said...

ala..husband dah suka..biarlah.. apa salahnyakan.. kalau jadi bini ahli politik mmg la semak, kecuali kita pun minat sama.. saya belum lagi jadi biji ahli politik tp jadi anak ahli politik ja dulu. huhu.. tak berapa semak la sekadar anak.