Wednesday 23 November 2011

Pasar Hari Rabu Mendahului Carta

Sekarang ni, aku semakin rajin ke pasar malam. Dalam seminggu, biasanya aku pergi 3 kali. Hari rabu, jumaat dan sabtu. So, bilakah masanya aku memasak? Ngeeeeee. Yang pasti aku rajin masak setiap hari isnin. Selasa, khamis dan ahad yang tak terlibat dengan pasar malam pun kekadang aku masak.

Antara 3 pasar malam ni, aku boleh bagi ranking nombor 1 untuk pasar hari rabu iaitu pasar di taman u. Tempat kedua dianugerahkan kepada pasar pesta hari sabtu. Dan yang ketiga ofkos la pasar hari jumaat iaitu pasar gate air seng'garang. Dan hari ni aku nak menyenaraikan perkara2 menarik di pasar-pasar tersebut.

1. Pasar malam gate air seng'garang. Berlokasi di hadapan gate air. Pasar ni takde lah special sangat, cuma dia ada benda yang takde di tempat lain. Pertama, ada gerai kain baju tempat aku beli kain pasang time pasar pagi seng'garang tu. Kedua, ada nasi ambeng akak smiling face, tapi husband dia yang jaga gerai tu. Kendian ada juga gerai barang dapo seperti bawang2 yang aku tengok cantik2 bentuk bawangnya. Pastu, ada cend0l manja yang aku rasa, rasanya sempurna ikut tekak aku. CKT pun ada, tapi aku dah banned mulai minggu lepas sebab tiba2 manis pulak ckt dia. Laksa singgit pun ada kat sini.

2. Pasar malam pesta ni pulak aku dah kenal sejak duduk di bp lagi. Kat sini ada gerai jual air tahu yang sedap. Selain tu, ada juga gerai kebab yang sedap sangat. Dia ada jual wedges juga, dengan sos cili, sos black paper dan mayo yag lazat. Pastu ada gerai selera pantai timur yang menjual nasi kerabu yang aku bagi ranking nombor 1 sebelum ni, tapi dah diambil alih oleh pasar hari rabu.

3. Tempat pertama diungguli oleh pasar malam taman u. Antara menu menarik di pasar ni ialah air honeydew, nasi lemak kukus ayam/puyuh goreng berempah. Nom nom nom sedapnya. Ada juga nasi ambeng akak smiling face dan cendol manja yang sama. Pastu, ada ayam panggang bbq dengan nasi lemak. Gerai ni ada gak kat pesta, tapi kat pesta takde jual nasi lemak. Kendian ada gerai ayam goreng yang sedap tepungnya. Dan yang kasi up markah pasar malam taman u ni ialah nasi kerabu yang meleleh air mata ah dia punya sedap. Oh, selain tu, kat sini juga ada gerai jual ikan yang turut menjual ketam yang segar bugar. Tiap kali lalu gerai ni mesti rasa nak makan ketam. tapi memikirkan nak makan ketam ni mengambil masa yang panjang, sebulan sekali kot baru boleh beli.

Tapi aku pelik tau. Paghit ghaja ni takde pasar malam kat pekan paghit raja tau. Kenapa eh? Sibbaik la penduduk taman u ada inisiatif nak buat pasar malam sendiri. Majlis tak terlibat tau. Derang kutip bayaran sendiri dan bersihkan sendiri. Tengok macam dah jadik dah surau derang, tapi macam kecik jek. Sekarang ni pasar ni semakin meriah sejak ito dah menyewa bangunan kedai berhampiran untuk dijadikan kolej kediaman. Cuma sekarang ni susah sikit lah nak ke situ sebab jalan bp-ayerhitam ni kan tengah dinaiktaraf. Aku pun kena balik rumah dulu baru pergi. Selalu aku ikut jalan paghit karj0 dan kuar ikut paghit samijan setiap hari rabu.

Ok, hari ini hari rabu :)

0 komen: