Monday 21 November 2011

Korban di Hari Raya Korban

Maaf, terlambat. Nak update jugak pasal raya haji tu ari.

Musim haji tahun ni, banyak pulak aku tengok program berkaitan haji. Tv1, salam baitullah. Astrooasis, khabar haji. Mana2 channel ada cerita pasal haji, mesti aku tengok. Selama ni tak terlintas pun nak tengok.

Bila tengok masjidilharam, terbayang2 aku ada di situ. Tengok jam kat tepi dinding pintu 1, teringat, kat situ lah pertama kali kami berjanji berjumpa selepas selesai solat. Biasanya kami berjanji 10 minit lepas salam. Sempat lah solat jenazah dan solat sunat. Tapi bila tiba masa, alamak! Sesak da. Kalau lepas zuhur tu, memang legam la kalo tunggu kat situ. Dalam masa beberapa hari tu, asiklah bertukar2 tempat berjumpa. Untuk menyesuaikan dengan suasana. Last2 tu baru lah kami berjumpa tempat yang paling strategik. Bawah flyover ke tingkat 2 hehehe. Memang redup. Tapi, tiap waktu kena tengok jenazah diusung ikut laluan tu. Ada masa encik suami turut menjadi pengusung itu, on the way nak ke tempat janji temu.

Okeh, kita teruskan ke tajuk utama. Sambutan Hari Raya Aidiladha.

Kali ini giliran beraya di rumah ibu mertua ku. Seperti biasa, beraya tu bermakna 'malam raya'. Sabtu pagi tu, kami bertolak dari rumah jam 10.30 pagi. Singgah makan pagi di kompleks. Sampai kota, singgah plazakota. Terbeli baju jalan. Isy, bulan ni aku rasa aku dah berhabis banyak untuk kain baju. Memang kopak dan sopak dompet ku. Bulan depan aku nak terperap di rumah je lah. Takmo window2 soping dah.

Sampai di semencu, mak belum masak2 raya lagi. Malam baru masak.

Pagi raya, lebih kurang pukul 11 kitorang pegi kebun untuk menengok orang korban. Fuh! Agresif betul lembu kitorang. Sampai terlepas satu ikatan dia. Dah baringkan pon boleh bangun lagi. Habis korban kami gi layau sat. Kendian encik suami sambung melapah.

Petang lebih kurang pukul 5, kami balik eto5. Singgah kat rumah sat, kendian terus gi hantar daging kat rumah kak ada sebelum ke rumah member aku cikbunga. Jumpa la edot, miss, as dan hendun. Sampai maghrib baru kami balik. Malam tak buat apa. Layan citer uri. Umah mak ada pakej mustika. Dapat lah tengok sikit2.

Besok pagi mak buat sarapan nasi lemak sama macam raya aritu. Sedap betul. Lebih kurang pukul 10 pagi, derang semua nak balik dah. Aku pun kemas2 sama dan balik semencu lagi. Lepas lunch barulah kami balik. Singgah kota lagi. Dekat nak maghrib baru kami bergerak ke paritraja. Sikit punya lama ke. Ok, cukup dah membeli kain baju. Mulai tahun depan aku berazam untuk mengamalkan amalan berjimat cermat. Dari tahun ni aku dah berazam sebenarnya, tapi encik suami kata, "tak payah lah. Bila lagi nak menikmati hidup." Tu yang sampai sekarang tak jimat2 jugak. Jadi, untuk tahun depan, hujah aku ialah, "berjimat untuk kumpul duit nak berjalan2 keliling dunia." Tak agak2, dunia tu.

So, inilah gambar sekitar aktiviti korban yang lalu.

Lembu ni tak dikorbankan hari ni. Besoknya kot.

Ingat ni lembu kami. Cantik muka dia. Besar. Tapi orang tu cakap, dia ni besar tulang je. Isi sikit.


Ini lah lembu kami. Tak geti duduk diam.


Sedang si hitam ini hendak ditumbangkan...

Lembu kami sudah terlepas satu tali.

Dia nebes kot tengok kawan dia nak kena korban. Patut takleh letak derang dekat2 kot, kan?


Saya pun nak tengok korban juger...

Tekak dah baik. Yeay yeay!


0 komen: