Saturday 29 October 2011

Nasi Kerabu


Satu lagi benda yang selama 30 tahun aku pertahankan keegoan ialah makan nasi kerabu. Bila orang offer nasi kerabu mesti aku tolak dengan alasan takut la nasi dia kaler biru. Lagi pun aku tengok dia banyak sayur2 mentah. Boleh masuk ke dalam tekak aku?


Sehingga lah pada tahun lepas, kafe tempat kerja aku ada menjual nasi kerabu waktu sarapan. Memula tu aku tak pernah beli jugak. Tapi pada suatu hari, lepas assembly kot, kitorang makan beramai2 dan ramai yang beli nasi kerabu tu. Demi sikap sporting dan tak mahu kelihatan sumbang, aku pun beli nasi kerabu juga.

Nasi kerabu tu lauk ayam goreng. Kecik cinonet je ayam yang dia kasi. Nasi tu pun rm2 je kot? Lupa. Dan bila aku makan je nasi kerabu itu, owh, sedap ya? Yang paling best tang budu dia tu. Oh, sedap ya budu? Dan sejak itu, aku akan makan nasi kerabu setiap kali dia ada jual. Tapi kini, orang yang buat nasi kerabu tu dah berenti. So, takde lah lagi kat kafe aku. Selain nasi kerabu dia pandai buat nasi dagang juga.

Bila dah takde kat opis, aku pun mula mencari di luar. Mana lagi? Pasar malam! Mula2 aku beli kat pasar malam pesta. Kebetulan aku berada di track yang betul. Sedap nasi kerabu dia. Sejak bulan puasa pulak, aku dah kemaruk nasi kerabu. Kadang2 berturut hari aku berbuka nasi kerabu. Tapi setakat ni nasi kerabu akak pasar malam pesta jugak yang paling sedap.

Rugi jek aku tak makan nasi kerabu selama 30 tahun, kan?

Ni lah nasi kerabu akak tu. Sedap la daging dia!

2 komen:

Irfa said...

sib baik ko dah rasa.kalau tak aku nak cakap ko mmg rugi.aku ada ramaiiiiiiii kawan yg kalau citer psl nasi kerabu .siap buat muka 'eeeeeeeeeeee geli la.camner nak makan tu"aku rasa nak je ku sumbat mulut dia.

org kata tak kenal maka tak chenta.
bukan kerana nasi kerabu asal dr kelantan sbb tu aku back up baik punya.tapi aku jenis semua makanan aku makan..tak sedap makan sikit la.asalkan halal semua aku try

Granny Hani said...

Nasi kerabu home made lagi power. byk lauknya dan rasanya ump!