Thursday 20 October 2011

Kumpul Balik

Raya dah habis? Siapa kata? Bulan depan raya haji ok. Tapi baju raya aritu pun tak abis pakai lagi. Ada 4 pasang, sayang nak pakai. Boleh? Takpe lah. Boleh buat baju raya aji. Tapi jugak. Weekend lepas aku sudah menjalankan operasi mengumpul kain pasang semula, yeay! Tak banyak. Baru 3 pasang. Ketiga2nya bernada merah-pink. Sker sker!

Weekend lepas juga merupakan hari menggosok baju sedunia. Dari sabtu malam ahad sampai lah ke ahad malam isnin, keje aku menggooosok je. Ala... sambil2 layan cerekarama, mariamariana dan vokal. Dah siap gosok, alamak! Tak muat dah lemari ku. 2-2 lemari dah penuh. Aiyak! Lalu aku pun mengira lah berapa pasang agaknya baju aku yang sampai tak muat lemari tu? Selepas ditolak baju2 yang aku rasa dah tak in-trend dan berbulu, keputusannya ialah 54 pasang! Fuh! Kalau sebulan keje 20 hari, sampai tahun depan ar aku takyah gosok baju, kan?

54 pasang ni ialah baju2 sejak aku mula bekerja semula. Kiranya, 4 tahun la kan. Purata sebulan satu lah kot. Kadang2 masa beli nampak macam cantik. Atau pun dah tau tak berapa cantik, tapi pekedai tu yang cucuk, dah siap nanti cantik... Dan bila tengah menjahit tu aku rasa tak lawa, alamat 2-3 kali pakai terus aku simpan. Sebab pe'el aku, kalau dah beli satu, aku mesti nak beli lagi satu. Tu yang selalu baju kedua tu tak menepati citarasa sangat. Tah pape. Ok, itu je nak citer.

Sedondon dengan kete.

Aku suka la baju ni sebab takyah gosok.

6 komen:

maklang said...

Bila cakap pasal baju, maklang malu sebab banyak sangat...keje dah 24 tahun...huhu...sekarang baju dah kurang sebab anak maklang sama size dan dia dah ambik dgn 1/2 koleksi tp tak pulak nak membuat yang baru sebab dah tak keje..yeay...

maklang said...
This comment has been removed by the author.
Irfa said...

54 pasang?
terkejut gegirl..
aku ada la dalam 10 psng baju kurung.
kemeja ada 5 dan slack ada 2..
tudung..emm tah,dalam 15 helai kot..
agaknya tu psl selalu pening nak pakai baju apa pepagi

AyunasiA said...

maklang : tak dapat bayangkan berapa banyak baju kalau keje 24 tahun. saya yang baru 4 tahun ni pun dah 54. kalau darab 6 tak 300+?

AyunasiA said...

irfa : 10? terkejut gegirl jugak. baju banyak pulak, pening nak pilih.

shue said...

ko cat baru ke kete kancil ko?