Thursday 6 October 2011

Cuti Sakit Tiba2

Minggu lepas kan aku kurang sihat. Yang demam panas tiba2 time event di opis tu. Tapi besoknya aku rasa macam dah sihat. Sihat dalam erti kata dah tak panas badan dan dah tak sakit sendi. Kira sihat lah tu kan. Hujung2, kuar selesema pulak. Diikuti dengan batuk lite2. Kenapa asik demam je nih? Aritu time nak raya dah demam. Ni demam lagi. Inikah akibatnya tidak mengikut nasihat doktor?

Ok, aku ingin membuat pengakuan di sini bahawa, pada demam yang lepas (sebelum raya), aku adalah tidak menghabiskan antibiotik hahaha. Patut lahhh...

Tapi, betul ke kalau tak abiskan antibiotik tu, antibodi kita tidak cukup kuat untuk melawan sakit berikutnya? Selama ni aku abiskan jugak antibiotik? Tu, yang batuk teruk itu ari, aku abiskan apa, antibiotik gabak tu? Tak sampai 2 bulan dah demam lagi? Pastu, ni, batuk lagi? Ke kuman yang dulu cuma pengsan jek?

Hari ahad lepas, encik suami outstation lagik. Sebelum beliau meninggalkan stesen ini, beliau mengajakku ke klinik. Aritu aku makan lebih2 ubat demam yang lepas je. Dan menghabiskan antibiotik yang tak habis hihi.

Bila doktor cek tekak, dia kata merah. Terus dia cek suhu kat telinga. Demam pulak katanya. Terus dia kasi mc. Esok. Ok, doktor yang kata aku tidak boleh menjalankan tugas ya. Aku tak cakap apa2.


Malam tu encik suami pun bertolak ke penang. Lepas beliau pergi, terus batuk ku menyerang kembali. Batuk yang macam aritu yang sampai muntah2 tu. Adoiii... rugi je makan asam pedas kepala ikan merah tadi. Itu je nak citer sebenarnya.

p/s tapi ubat batuk tu sedap la. perisa anggur.




0 komen: