Monday 5 September 2011

Penilaian SKT' (tak abes2, kecoh betul)

Ok, ni kira last untuk tahun ini. Pasnih dah takde lagi dah kisah puasa. Tunggu tahun depan lak, kita upgrade skt' ni.

1. Bangun sahur. Kuantiti : setiap hari. Kualiti : disertai dengan solat2 sunat berkaitan. Sukses! Tapi tak berapa berkualiti la sebab (perlu ke bagi alasan?) biasanya aku bangun kul 5. Gedebak gedebuk makan sumer dah pukul 5.45, tak sempat nak solat bebanyak. Tahun depan bangun kul 4 pulak ek. Insya Allah.

2. Khatam Quran. Kuantiti : 30 juzuk Al-Quran. Misi 1 1/2 juzuk sehari (untuk cover hari2 yang tak puasa nanti). Kualiti : Jaga tajwid ( minggu lepas dah buat revision tajwid dengan ustaz hairul hihi ) Sukses jua! Tahniah. Yang best nya aku khatam awal iaitu pada hari khamis 25 ramadhan. Ini semua gara2 nak khatam sesaing ngan encik hairul la. Dia boleh la, takde cuti seminggu. Memula tu aku cakap je, aku dah masuk juz 29, nak khatam sesaing. Tetiba dia cakap, ok, pagi tadi dah sampai waddhuha. So, ari khamis siang tu aku pulun baca sampai waddhuha. Fuh! Nak seribu daya. Misinya mudah. 1 juz = 10 lai. So, satu waktu solat baca 2 lai, lebih kurang 10 minit. Bila aku kira2, kalau lah kita baca Quran ni sehari suntuk, tanpa berhenti, pon kita boleh khatam. Mengambil kira 1 juzuk = 45 minit. 30 juzuk = 1350 minit = 22 jam 30 minit. 1 jam 30 minit tu boleh la digunakan untuk solat fardhu, kencing, dan lelap. Tahun lepas aku berazam, tahun ni nak follow tadarus kat surau. Rupa2nya bukan setakat tadarus 2 juzuk, terus dapat khatam lagik. Ini semua bertitik tolak dari umrah sebenarnya. Masa kat sana, 12 hari, aku dapat baca sampai juz 25/surah Muhammad. Jadi aku fikir, tak mustahil boleh khatam dalam sebulan. Nak ke tak je.

3. Solat di awal waktu. Solat asar sebelum balik rumah. Hihihi itu pun nak tulis sebagai skt'. Kuantiti : setiap hari bekerja. Kualiti : errr... Berjaya secara majoriti (ada ke?). Ada la sekali dua kot aku solat kat rumah sebab kelas abis dah pukul 5. Pon alasan yang tak boleh diterima. Boleh je solat dulu sebelum balik. Tapi aku seram kalau tinggal sensorang kat opis ni lepas opis hour. Alasan tak boleh blah.

4. Minum susu. Kuantiti : 1 mug sehari. Kualiti : Kurang gula. Tah apa kaitannya dengan bulan puasa tah. Bravo! Tapi kuantiti di situ bermaksud 1 mug kecil ok. Dan kualiti memang tak taruk gula. Susu tu dah manis. Anlene ceklat. Abis jugak akhirnya sebungkus susu itu. Sekali lagi, nak seribu daya.

5. Banyakkan solat sunat; Kuantiti : wudhuk, isyraq, dhuha, rawatib, awwabin, hifzul iman, istikharah, hajat, tahajjud, terawih, tasbih, witir. Kualiti : istiqamah. Ini tak berapa nak berjaya. Takat dhuha, tahajud, taubat je yang konsisten. Lelain semua lebur. Takpe, berusaha lagi. Alasan terbaik, biar sikit tapi konsisten hehehe.

6. Solat terawih. Kuantiti : 20 rakaat. Kualiti : berjemaah di surau/masjid. Sukses! Tahun ni kira yang paling berjaya lah. Langsung takde buat kat rumah. Pegi soping2 pon mesti balik sebelum maghrib. Berdisiplin sungguh lah hai. Cumanya, tak berjaya lah buat kat masjid yang baca 1 juzuk semalam. Semua jenis yang standard. Macamana agaknya kalau aku berterawih di Makkah ya? I wish...

Kesimpulannya di sini, Saya B0leh!

Sekian.




0 komen: