Thursday 8 September 2011

Mem0 Terbuka Buat B0ss

Itu ari, masa saya masuk meeting dengan pengarah, dia ada cakap, dia pernah baca blog seorang staf di sini. Tapi dia dah lama tak bukak. Tapi saya, maintain muka toya. Dalam hati, alamak, apakah?

Sebenarnya dia tak lah melarang aktiviti blogging dan facebooking ni, cumanya kena berhati2 terhadap isu yang dibangkitkan. Jangan sesekali membangkitkan isu dasar ke dalamnya. Takat nak tayang baju raya tu, takde diherannya der. Kot?

Cuma saya sebagai paranoia, terpikir lah jugak, kot2 blog ini lah yang dibaca oleh beliau? Ya tuan aji? Tapi, perkara pun dah lepas. Terlajak kata boleh diundur, terlajak post, boleh save as draft. Tak mungkin saya akan menutup blog ni semata2 kerana bos saya baca. Takat tukar status kepada draft terhadap entry2 tertentu, mungkin lah.

Dan seperkara lagi yang saya nak bagitau kat bos saya (kalau beliau tak tau lagi), bahawa entry2 blogger ni boleh diautopublish. Rumah saya ada strimiks. Tak bermakna waktu publish tu pukul 8.30 pagi hari rabu (saya ada kelas waktu ni), bermakna entry itu ditaip jam itu juga. Mungkin ia ditaip malam tadi dan sengaja diautopublish pada jam 8.30 pagi untuk memantapkan trafik (maklum ler gaji tak banyak, dapat sikit2 duit nafnang, boleh jugak dibuat isi minyak pegi keje hehehe).

Akhir kata, kalau ada jarum yang patah, jangan simpan di dalam peti. Kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

2 komen:

ayzaqaysukashah... said...

Ye...tepat skali...kadang2 kalo Fb tu on everytime...tp kite g masuk kelas pon mst disuspect sebagai pengguna FB tegar...unfair kan

AyunasiA said...

kesian kita kan? fb dah kena block huhuhu