Friday 23 September 2011

Marhaban Jalan Satu

Hari raya di negeri j0h0r adalah berbeza dengan negeri2 lain di malaysia. Perbezaannya ialah budaya marhaban dari rumah ke rumah aka bara'an. Tidak lah aku bermaksud negeri ni bagus sangat ke, atau ada kelebihan ke. Aku dengar negeri perak pun ada budaya bertakbir dari rumah ke rumah pada malam raya, kan? Tu pun kelainan juga.


Seperti tahun2 yang lepas, program bara'an adalah satu kemestian di tamanwirajayayangbest ni. Cuma tahun ni perancangannya tidak seawal bulan puasa seperti selalu. Dah balik cuti raya baru lah ia dirancang. Dan tidak seperti tahun2 yang lepas, program kali ni tidak dibuat pada awal2 raya, sebaliknya dijadikan penutup bulan syawal. Aku dengar tahun lepas ada orang komplen, awal2 raya tu tak habis lagi beraya ke rumah sedara mara dan sedara mara pun tak sampai lagi ke rumah kita. Sebab tu ia dibuat hujung2. Kot.


So, bara'an kami bermula pada hari isnin, 19 september dan tamat pada hari ahad 25 september. Tiba2 semalam aku dapat tau, derang extend sampai ke hari isnin pulak, sebab ada dua jalan tu tak jadi nak combine. So, jalan 5 hari lain, jalan 6 hari lain. Giliran jalan kami jatuh pada hari rabu. Tu baru betul beraya selama sebulan.


Yang buat tak bestnya pulak, hari isnin lepas jugak, encik suami terpaksa bekerja di luar kawasan. Kemudian bersambung pulak dengan kursus sampai lah ke hari isnin depan. Fuh! Memang tak dapat join bara'an langsung lah kan. Ada takde hari isnin yang last tu je lah, kalau beliau boleh balik awal. Tapi memang ramai orang terasa lah ketiadaan beliau hehe. Asik lah tanya aku, pergi mana, bila balik? Macam orang penting je. Sampaikan masa hari rabu tu, ada orang boleh tau pulak, beliau nak balik tapi kete rosak. Aku adalah kompius. Eh, bukan ekon je yang rosak ke? Pastu ada pulak orang cakap, beliau balik jugak malam tu, bertolak dari sana pukul 7 malam selepas kereta dibaiki. Aku adalah kompius berganda. Sebab baru je sekejap tadi beliau telefon, takde pulak dicakapnya tengah on the way ke hape. Dia cuma cakap discussion sedang hot dijalankan. See see see ramai orang concern terhadap beliau. Sampaikan aku la pulak rasa macam isteri yang tidak mengambil berat. Dan aku jugak boleh percaya dengan kata2 mereka! Tapi bila dah pukul 11 tu aku tunggu tak sampai2, aku telefon lah beliau. Nak tau? Beliau masih dalam tempat perbincangan itu! Terus rasa macam nak lempang diri sendiri kerana begitu mudah terpengaruh dengan masyarakat setempat.


Jadi, pada hari kejadian bara'an jalan satu, aku adalah tak tau nak sediakan apa. Tahun lepas aku buat apa ek? Lupa langsung. Dah la sensorang je kan. Memang takde mood aku nak buat apa2. Last2 aku goreng keropok sayur je lah. Aritu aku beli keropok tu untuk open house. Sekali tiba masa tak sempat pulak nak goreng. Pastu aku buat air jambu campur asam yang yayu kasik. Best best. Hampir licin air tu derang minum. Kira unik la kan.


Itu je kot citernya. Gambar takde sebab sibuk menyalam orang.

p/s sebenarnya saje taruk gambar ni sebab nak test watermark ku yang stoberi itu huhuhu. tapi memang aku pakai baju tu time marhaban tu. baju raya ke-6 :)

p/s aku dah selamat mengganti puasa. yeay!

0 komen: