Tuesday 20 September 2011

Kisah Open House Yang Kalau Boleh Nak Open Sampai Besok

Open house aku tahun lepas adalah mimpi ngeri. Tapi aku tak serik. Tahun ni aku buat open house lagi sekali. Walau pun tau aku akan penat, tapi ada satu rasa seronok bila kawan2 datang beramai2 gitu. Walau pun aku adalah anti-sosial heheh. Dan kerana maklum akan kesan selepas event sebegitu, aku telah mengambil keputusan untuk mengadakannya pada hari jumaat iaitu hari malaysia. Kenapa bukan sabtu? Satu, sebab ari sabtu tu ada kenduri kawen kat jalan belakang rumah aku iaitu jiran setaman. So, memang tak boleh hari sabtu lah. Dua, selain jiran belakang rumah aku, banyak juga kenduri2 kawen yang lain pada hari berkenaan yang memungkinkan kawan2 sukar untuk datang. Tiga, kalau buat hari jumaat, bermakna aku akan dapat menikmati cuti hujung minggu seperti biasa seolah2 tiada apa2 berlaku. Boleh la rehat2. Dah, itu je sebabnya. Dan aku takde masalah untuk membuat persiapan kerana aku takde kelas pada hari khamis. So, aku boleh la cuti (tanpa melibatkan orang lain) pada hari tersebut. Dipendekkan cerita, aku cuti 4 hari pada minggu lepas. Best, kan?

Maka, sebermula hari isnin lagi, aku dah mulakan beberapa persiapan seperti membuat kerisik, menggoreng kacang tanah dan merebus serta memblend cili. Gigih tak gigih. Hari selasa pulak aku memblend kekacang itu. Hari Rabu, sebelum pegi jamuan raya opis, aku sempat memasak dadih pula.

Hari khamis, pepagi lagi aku dah pergi ke pasar. Bukan pasar seperti yang biasa kita tau itu. Ni pasar tani kot. Ke pasar pagi? Apa2 lah. Tapi ala2 pasar minggu dan pasar lambak la. Sempat beli brooch lagi. Habis membeli bahan2 mentah, encik suami pun pegi kerja. Dan aku pun memulakan misi menyiang. Aku mulakan dengan udang. Sejam setengah. Diikuti dengan daging, dua jam. Dan disudahi dengan ayam, sejam setengah jua. Berapa jam dah tu? 5 jam. Lebih kurang pukul 2 petang baru siap.

Dah siap menyiang, aku buat kek pulak. Tapi kek simple je lah. Kek gula hangus. Aku buat 3 adunan, tapi dapat 2 ketul je sebab aku guna loyang yang besar. Dah tu, kena biarkan dia 6 jam, baru lah di bakar. Sementara tu, aku kopek bawang pula. Gila banyak! Sampai ke malam tak sudah2 mengopek bawang.

Sebelah malam, aku memasak nasi impit. Sambil2 membakar kek. Lebih kurang pukul 10 kot, yayu pun sampai. Dalam pukul 12, eita pulak sampai. Ya, kali ni aku ajak femli belah aku pulak. Ni mil pun tak tau ni. Kalau tau, harus dia pun eksaited nak datang sama. Tapi kan aritu aku baru lepas buat kenduri doa selamatkan (aku tak cerita dalam blog ni, kan? Lupa hihihi. Nanti2 kalo rajin aku stori jugak kot). Time tu mil ngan sil dah datang dah. Aku malas la nak campur2 femli. Susah nak menjaga batas aurat nanti. Bukan aku, tapi mereka2 la. Tapi nanti tak pepasal aku bersubahat pula. Tak gitu?

Lebih kurang jam 1.30 pagi, aku pun titon.

Pada hari kejadian, seawal jam 6 pagi lagi, aku dah mencelikkan mata. Kiranya, peristiwa bangun pagi2 ni berlaku 'once in a blue moon' la kata orang. Dah tu, aku pun terus lah menenggek kuali untuk memasak rendang. Rendang je lah yang aku sempat mengambil gambar step by step. Pagi lagi, boleh la lenggang kangkung lagi. Yang lelain tu dah kalut takde pasal aku nak mengambil gambar der.

Leburkan semua bahan. Bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, lengkuas, serai, jintan manis, jintan putih dan ketumbar.

Serta cili kisar.

Kendian, masukkan daging. Oh, formula yang aku gunakan ialah 1kg daging = 15 biji bawang merah. Selebihnya diadjust mengikut imbangan duga dengan menjadikan bawang merah sebagai rujukan. Very the amatur, kan? Dan aku juga mengambil kira tips oleh chefwan di mana, bila kita nak memasak ayam atau daging, sebelum memasukkan haiwan2 tersebut, kita perlu memastikan kuah, atau minyak yang hendak dimasuki itu telah panas benar. Bukan sebab tak mahu minyak serap ke dalamnya ke haper. Tetapi untuk memastikan bila daging itu masuk ke dalam kuah atau minyak itu, liang2 romanya akan terus tertutup (bila panas, dia terus tertutup kot) demi menghalang cecair dalam badannya keluar sekaligus mengakibatkan kemanisan daging itu hilang. Chefwan yang cakap, aku menyampaikan aje hehe.

Pastu curahkan santan.

Agak2 nak kering, perasakan ia dengan asam, garam, gula dan aji. Serta masukkan kerisik.

Dan masak lah sampai kering atau pecah minyak. Ya, aku tak suka taruk daun kunyit ke dalam rendang. So, memang takde bau rendang biasa. Biasa la, aku kan bercitarasa unik.

Sambil memasak rendang, aku masak sambal kacang sekali. Takde gambar.

Pas masak rendang, aku masak ayam pulak. Kendian baru masak sambal udang. Ingat tahun lepas? Udang adalah penyelamat dunia. Tahun ini aku mengambil iktibar dari tragedi.


Akhir sekali, aku memasak lodeh. Ini adalah wajib.

Meriahnya warna ia. I loike!

Siap memasak lebih kurang jam 1 tengahari. Dah siap mandi semua, masa untuk menunggu kunjungan rakan2 yang aku sayangi. Di hari raya ini kita bersua lagi mengeratkan kemesraan di hati. Betapa indahnya di hari rayaaa...

Orang pertama yang datang ialah kawan encik suami. Memang tetiap tahun, dia lah orang yang pertama datang, cuma kali ni dia datang sensorang. Selalu ada geng, lecturer import dari seberang. Tak lama kemudian, kawan aku si maya (ex-opismate yang schoolmate sekali) pulak datang.

Sempat lah encik suami makan dulu sementara tak ramai ni.

Ok, menu adalah rahsia. Tah pape ambik gambar luar je. Isi dalam adalah seperti yang diceritakan di atas.

Kek gula hangus ku.

Waktu ramai. Hujan renyai.



Opismate ku.

Tetamu terakhir datang pada pukul 9 malam. Selepas itu, aku pun membungkus makanan untuk kawan2 bil. Oh, lupa nak cerita. Minggu lepas, baru je bil ku yang bongsu mendaftar masuk ke yuthm. So, ni nak bagi makanan kat kawan2 sekolej dia lah.

Dan berkenaan tajuk di atas, ya, memang kalau boleh aku nak extend open house ni sampai besok sebab makanan ada banyak lagi. Ni betul2 mengambil iktibar ni.

Sabtu pagi, ini budak kenit sudah pun balik. Angin apatah, takmo diambil gambar pulak. Monyok jek.


Ok, itu je ceritanya. Jumpa lagi tahun depan. Ada ke?



3 komen:

Anonymous said...

assalamualaikum

seronok baca awak gigih menyiapkan juadah 'open house' tu... kot saya 'surrender'... hehe ~

AyunasiA said...

wa'alaikumussalam...

manje: setahun sekali je kan.

AyunasiA said...

eh, manje ni staf jmti* he?