Wednesday 7 September 2011

Hari Raya Aidilfitri 2011M / 1432H

Raya yang paling tak rajin tangkap gambar temanya. Maka memang tiadalah entry bersiri sebab nak pecah2kan gambar mengikut hari seperti selalu. Kalau pun bersiri, bukan sebab gambar, tetapi sebab cerita terlebih. Tengok lah nanti macamana. Dan oleh sebab itu, aku mengambil masa sedikit untuk memikirkan apa yang dah berlaku sepanjang hari raya yang lepas. Ada takde, besok aku tepek la gambo rumah aku (seperti biasa), tapi dengan harapan aku tak tergolek dalam longkang lagi. Mesti korang tak sabar nak tengok kepala langsir aku kan? Eh, cakap pasal longkang, sekarang ni, tali yang merintangi dulu tu dah putus, maka aku dah boleh lalu situ lah. Tapi baru sekali aku lalu situ, member dah sound, baik2 kang tergolek lagi. Trauma.

Baik lah. Cerita raya aku seperti biasa juga bermula dari hari aku bercuti lah kan. Tahun ni mencatatkan rekod aku tak ambil cuti awal. Sebab cuti aku dah tinggal sikit lor... sedih. Bayangkan, selalunya baki segini lah yang aku bring forward ke tahun depan, tapi kini, itu lah yang tinggal untuk baki 4 bulan lagi ni. Owh! Sosak dado den.

Oleh sebab itu, tak sempat lah aku nak mengelap tingkap, membasuh botol (shine yang bersusun atas kabinet dapo tu), mengemas esbok, menggilap tembaga. Semuanya adalah berstatus kusam. Lantak ler. Tapi aku sempat 'menggilap' sofa. Sibbaik tahun lepas dah lap, takde lah tebal sangat dakinya tu. Memang best lah produk c0sway tuh. Hari rabu ke khamis tu pulak, aku dah pasang langsir dah. Takat tukar kepala je kan, tak lah susah mana. Weekend sebelum tu dah gilir2 langsir2 tu turun naik. Sekali cuci muat selai jek. Kira je lah kan berapa kali nak diputar. Sibbaik di luar bidang tugas aku. Jumaat malam pulak, aku dah mengerah tenaga mengemas rumah. Tengah2 malam tu lah kami memvakum dan mengemop. Besok pagi sabtu tu tinggal cuci toilet jek. Dah boleh balik kampung.

Tapi, baju tak kemas lagi!!! Bangun pun dah awal sangat, maka kelam kabut lah melipat baju pulak. Kang tak sempat berbuka di kampung pulak. Nak soping2 lagi. Gedebuk gedebak pung pang pung pang, lepas z0h0r baru kami bergerak. Jom balik kampung.

Kali ni nak ubah selera pulak. Asik balik ikut jalan biasa, singgah kluang. Bosan seh. Dah lah keluangmol tu klon bpmol. Sama je kedainya. So, kami ikut jb plak. Nak cari stokin. Apakah?

Sepanjang perjalanan takde masalah. Redup dan gerimis sekali sekala di beberapa tempat. Tidak bahaya kepada bot2 kecil. Memula ingat nak jenguk angsanaa. Kata ada perhiasan rumah konsep arab kan. Tapi tak singgah pun. Banyak tempat nak singgah ni. Memula pegi maidin. Kendian ke johorjaya mencari kepala paip. Pastu pegi pulak johorjaya yang belah jayen tu, cari rak stor pulak. Ciner kedai tu siap cakap, ini hali ar, lamai itu olang melayu beli ini lak oh. Laaa ramai jugak yang nak mengemas rumah ya.

Dari situ dah dekat pukul 6 petang. Cecepat ler kami balik. Sampai eto5 dah dekat pukul 7. Fuh! Sempat pun.

Ikut kan plan aku nak balik semencu hari tu. Besok nak raya baru balik eto5. Sekali budak ini balik pulak. Besoknya dah nak balik dah, tak raya kat sini. So, terpaksa lah aku melompat2.



Besok paginya (ahad), kami pun balik semencu. Tak sabo2 encik hairul nak mengemas stor nampaknya. Kat sana, orang takde, padahal semua dah balik dah. Semua pakat pi soping. Balik2 dah dekat berbuka. Derang tapau pizahat. Kecik ati aku yang memasak ni uhuk uhuk.

Terawih terakhir malam ni aku buat di masjid semencu. Pergh! Macam dalam sauna.

Hari isnin, keje menyusun semula segala khazanah ke dalam stor. Nampak elok la sikit, ada kawasan lapang. Tapi aku yakin dan percaya. Balik lagi lepas ni, komfem dah tak lapang dah. No comment.

Lepas zohor, aku balik semula ke eto5. Keje mengangkut beg je lah. Eh, dah takde citer lah sebelum raya. Aku skip ke pagi raya je lah.

Dipendekkan cerita, pagi raya, aku follow baraan. Yayu lah yang mengajaknya. Aku macam tak yakin je. Yang lepas macam tu lah, baru 3-4 rumah dia dah balik, anak meragam. Sebelum pergi, kiter bergambar dulu. Ini lah satu2 nya gambo raya yang aku ada. Bosan, kan?




Sekali, memang betulll. Baru 3 rumah yayu dah hilang. Dia pergi rumah ayani pulak. Naim takmo turun dari dokongan pulak. Dia fobia terhadap orang ramai. Aku macamana? Terpaksa lah teruskan jugak. Sampai lah ke rumah aku, aku pun stop.

Selesai baraan, sesi bermaafan, lebih kurang kul 12.45, kami pun balik semencu. Sampai2 je sana, encik hairul pulak ikut baraan. Tapi sempat lah beraya ke rumah sebelah. Lama la pulak menunggu dia balik. Lepas zohor dah janji nak beraya ke rumah pakcik. Sudahnya pukul 2 baru kami balik semula ke et05. Terus lah kami bergerak ke kota, rumah along.

Sempat bersalam lebaran.

Pastu kami ke bukitbesar pula. Pon takde gambo. Balik dari bukit besar dah maghrib. Pas maghrib, balik semencu semula. Adoiyai... Tak lama, derang pulak beramai2 datang beraya ke rumah mil. Semua dah balik, baru lah sesi bermaafan. Pastu aku terus tido. Tak larat dah.

Pagi raya kedua, kami balik kampung mersing pula. Memula beraya rumah makcik baie, kendian rumah cik adul, pastu rumah nenek tepi sungai aka nenek urut. Dah semakin lupa dah nenek tu. Dapat lah aku vocab baru. Mamarinak = makcik. Kendian kami ke rumah mak long.

Sedap lah kerepek pisang ni. Manis, ada lada tapi tak pedas.

Rumah mak long dah siap.

Tapi, lepak kat luar jugak yang sedap.




Sebelum balik, pergi rumah kak zai pulak. Dah lain dapo dia. Cantik kaler oren. Sebelum maghrib, kami berangkat ke rumah abang epet. Masak2, makan2.

Pagi raya ketiga, pergi beraya lagi. Ke rumah mak kak ani. Pegi rumah mak teh, takde orang pulak. Kendian pegi rumah makcik unah. Ooo adik beradik sesusu ngan abah rupanya. Sebenarnya sepupu abah.



Rumah mak kak ani pun dah renovate. Apasal reramai renovate rumah nih?

Habis beraya, balik semula ke rumah abang epet. Makan2 dulu. Kendian baru lah berkemas2 dan balik.

Singgah di kebun cili abang epet dulu. Ni bukan kebun yang dulu. Kebun baru ni dekat 2 ekar luasnya. Dari jauh nampak merah2 je, cili masak. Tapi semak tak boleh belah. Tak sempat nak buang semak, cili dah masak. Ini pun, kutip belah sini, abis kutip belah sana, belah sini dah masak semula. Kalau aku, tiap2 hari pengsan!

Tak nampak apa2 pon?

Memang tak nampak sebab rumput lalang lebih tinggi dari pokok cili tu. Tapi tengok pada pancang2 tu. Tiap pancang tu ada pokok cili la.

Saujana mata memandang.

Gini lah rupanya bila dilihat dari dekat.

Jangan monyet...

Di pondok kecil...

Petang2 kalau dapat tido kat sini mesti best. Dengan angin sepoi2 bahasa... Ko memang takde keje lain. Tido je yang diingat. Orang petang2 kutip cili lah!

Dapo pon ada. Boleh masak megi.

Moh kiter kutip cili.

Nak kena cili?



Banyak ni je pun dah mengeluh penat.

Dah, jom kiter balik. Bawak bekal cili. Saper2 yang laser besok, kiter cili kan molot dia.

Kiranya habis lah cerita raya aku ni ya. Ada lagi siri berhari raya, tapi takde gambar langsung. Susah nak citer.


2 komen:

Lub said...

patutnya ko pakai baju kuning atau oren utk menyerlahkan kewujudan ko dicelah2 pokok cili itu

AyunasiA said...

nak kata aku dah mcm rumputla tu.