Tuesday 9 August 2011

Uniknya Ramadhan... Milah Jambol

Yeay! Yeay! Dapat bonus 1250 per 2500 bulan! Macam banyak je kan. Banyak la bagi orang2 bergaji besau. Macam mereka2 yang mengumumkannya di kaca tivi semalam tu. Bagi aku yang gaji ciput ni, adeh... Apa2 pun, alhamdulillah. Mujur dah dapat dividen kpf hehehe. Usah di harap padi seberang. Entahkan jadi entahkan tidak. Usah diharap bonus dobulan, sebulan pun tak mungkin, dobulan lagilah, komfem tidak.

Kecoh betul kan bila bonus gomen ni. 2 bulan citer tak abis. Orang petrolnas tu bonus tahun ni 8 bulan, senyap2 je kan. Kiranya ni kali kedua la aku dapat bonus sejak bekerja tetap dan berpencen ni. Sekali tahun 2008, bonus sebulan. Pastu 2 tahun dapat wang ehsan saja. Tapi masa aku keje kontrak dulu, tetiap tahun dapat bonus. Best best! Siap ada sekali tu, pakej rangsangan ke haper tah, diberi tengah2 tahun. 2003 ke 2004 tah. Apa2 pun, semoga aku dapat menggunakan duhet bonus itu ke jalan yang benar. Ingat lah kawan2 sekalian. Satu2nya perkara yang akan ditanya 2 kali di akhirat nanti ialah soal harta. Dari mana sumbernya. Dan ke mana ia digunakan. Insaf seketika di bulan mulia ini.

Ok, abis cerita pasal bonus. Nak cerita pasal uniknya ramadhan. Kenapa milah jambul? Sebab last aku tengok program uniknya ramadhan kat estro ialah edisi faizal kot. Eee tak suka betul aku ngan dia tu. Selepas dia, ada ke edisi mila? Entah, aku pun tak perasan. Dan tak pernah tengok. So, aku kasi lah nama program aku ni, uniknya ramadhan, edisi milah (mewakili mila af). Jambol tu sempena lokasi kejadian yang aku nak ceritakan ini ialah di surau paghitjambol.

1. Sejak puasa tahun ni, baru sekali aku sempat bermoreh di surau. Selalu tu aku terus balik je. Tapi hari jumaat lepas, belum pun sempat aku keluar, derang dah bawak masuk sup. Tulang kambing! Aku pun dengan tak tau malunya, langsung tak jadi nak keluar. Nampak menyelerakan sungguh. Bukan nampak je. Memang menyelerakan pun. Best best.

2. Selesai makan tak toleh kiri kanan, ada pulak sesi 'tazkirah' oleh yb kiter. Eh, ni bukan yb yang belanja makan tu ari. Ni yb parlimen. Tu ari adun je. Beliau bercakap mengenai jangan terikut2 mazhab orang. Tak abis cerita aku dah balik. Nampak sangat tadi stay sebab nak makan je hikhik.

3. Selesai terawih, kekadang derang pukul beduk dan gendang. Eh eh sedap la pulak bunyi nya. Tak pernah lagi aku jumpa kat mana2.

Itu je setakat ini. Intro lak terlebih panjang hihihi.

1 komen:

Anonymous said...

Bleh ler anak2 buah dpt double kali ni. Ramai yg x balik. Adik bongsu tu xyah ler bg...dia dah byk duit