Wednesday 17 August 2011

Semak Semula SKT'

Semalam bizi. Konon nak buat entry ni semalam, sempena kiter dah melepasi separuh masa pertama berpuasa. Sekali petang bos suh ganti dia meeting. Huaaa baru ingat nak ganti tido!!! Ada dalam skt' ke tido di siang hari ni eh? Kena tambah ni hihihi.

Ok, kalau merujuk kepada skt' ku itu ari, macam takde penambahan dan pengguguran. Semuanya masih on track. Tahniah nozie! Tiba2.

Alhamdulillah.

Sebelum ni, kalau buat terawih, aku rasa 8 rakaat tu lama sangat. Apatah lagi 20 rakaat kan. Rasa macam selamanya huhuhu. Tapi sekarang ni (mungkin berkat keazaman yang tinggi), bila selesai 8 rakaat tu, aku rasa macam, eh, sekejap nyer? Pastu rasa macam tak patut betul selama ni aku balik selepas 8 rakaat, sedangkan makcik2 yang nenek2 tu pun larat buat 20 rakaat. Pastu bagi alasan, alaaa derang besok tak kerja, boleh la. Padahal derang bangun awal jugak walau pun tak kerja, kan? Sama je. Cuma untuk bermoreh bersama2 mereka tu... ermmm weekend boleh la kot. Tak larat nak jawab "saya duduk tamanwirajaya, makcik". Mana taknya. Bila aku jawab cenggitu, boleh dia cakap kat kawan dia, "taman permai la kakkk." Boleh? mana sama tamanwirajayayangbest tu dengan tamanpermai, kan?

Korang makan tak bila tak boleh puasa? Tak rasa bersalah ker? Aku kan, rasanya bila tak puasa, aku lagi puasa dari puasa. Sebab? Sebab aku tak sahur dan tak makan. Kan tu lebih puasa dari puasa? Kenapa tak makan??? Rugi oh. Sebab aku rasa, bulan Ramadhan ni ialah bulan puasa. Jadi, semua umat islam mesti berpuasa. Dan bila tak boleh puasa tu, kiter tetap kena puasa juga, cuma puasa tu tak sah la. Ok, ini bukan ajaran sesat ayahpin. Tak payah ikut. Ada ke syarat wajib makan bila tak puasa? Takde kot kan?

Minggu ni ofis aku didatangi artis hihihi. Kawan2 fb tau lah saper. Yang tak bestnya, aku baru ingat nak menjakunkan diri, mintak otograf, bergambar ngan beliau, sekali student aku cakap, "dia tak puasa puan." Ye ker? Tak baik fitnah. "Betul puan... saya nampak dia hisap rokok dalam van tadi." Kawan yang lain menambah, "mulut dia bau rokok...". Dibacking oleh kawan yang lain, "Dia musafir lah..." Ehhh nabi dulu naik unta, perang badar pun dalam bulan puasa tau. Ini naik van bukak ekon pun dah tak puasa." Oh, terharu aku dengar ayat tu dari budak yang memang terejal hahaha.

Pendek citer, aku tengok je lah dia shooting tu, tapi tak jadi lah nak jakun2. Artis... artis...

0 komen: