Thursday 4 August 2011

Sambut Puasa Di Kota



Alhamdulillah... awal ramadhan tahun ini jatuh pada hari isnin. Boleh la aku menyambutnya di kota. Macamana agaknya kalau anak bulan tak kelihatan ek? Mesti ramai yang EL hari isnin sebab ramai sedang berada di kampung halaman menyambut puasa. Ye lah, pengumumannya pukul 8 malam. Kot yang dekat macam aku mungkin lah sempat lagi balik. Eh, kalau aku pun rasanya aku sambung cuti gak. Cuma, nak bagi alasan apa ek? Hmmm tapi tak. Memang puasa start hari isnin. Cuti2 pun, kalau aku jadi student pun, tetap kena balik sebelum berbuka juga. Mana nak carik bas tengah2 malam tu. Merasa sahur je lah dengan femli.

So, hari sabtu tu, aku pun balik la ke kota. Kalau cuti lebih 2 hari ni memang harapan lah aku nak balik tengah2 malam jumaat tu. Mesti nak menikmati tido lebih sekurang2nya 1 hari hihihi. Tak berubah2. Kenapa ek, kalau kiter (ke aku je ek?) bangun lambat, akan dipandang serong oleh masyarakat (masyarakat lagi tuuu). Tapi kalau kita tido lambat, orang tak heran pon? Tang bangun tu je yang dilihat, kan? Bukannya kita pemalas sangat pun. Dah tentu malam tu kiter berjaga sebab buat kerja, atau pun gosok baju, atau kemas rumah. Errr tapi rezeki tak masuk kalau bangun tido ketika matahari sudah terpacak. Ye lah ye lah. Aku cabar orang yang merokok untuk berenti merokok dulu, kendian baru aku pikir nak bangun awal ke tidak. Boleh? Eceh, macam lah ada yang kisah (ada ke samakan tido ngan merokok...?). Hep! Maksud bangun lambat di sini ialah selepas solat subuh ya. Jangan sangka buruk. Dan ia berlaku pada hari cuti sahaja. Gila ko hari kerja nak bangun pukul 10? Eh, terbagitau pulak pukul berapa bangun. :P


Ok sambung balik. Jadi, kami bergerak dari rumah lebih kurang jam 11.30 pagi. Kemas beg pun pagi tu jugak. Singgah makan dulu kat kedai nasi ayam. Tapi, macam ada kekurangan. Mana sambal? Dia kasi kicap ngan sos cili je. Apakah resepi sudah bertukar? Aku ingat dia dah mengkomersilkan sambal dia dan membuatnya dalam bentuk sos yang sedia untuk dimakan. Sekali rasa, ini sos cili! Terus tanya kat orang kedai tu. Sambal tak sampai lagi katanya. Inilah masalah kedai2 yang ada banyak cawangan ni. Masak tempat lain, kedai tempat lain. Kalau selalu aku makan nasi ayam dengan laju, tapi hari itu, nak telan pun tahan2 sebab takut2 sambal sampai (rugi la kalau sambal sampai, dah habis makan). Tapi, sampai pukul 12, bayang sambal pun tak kelihatan. Setiap kereta yang masuk aku peratikan, takde satu pun yang bawak sambal huhuhu. Ye lah kan. Sambal tu lah kunci kesedapan nasi ayam tu. Bila takde, langsung tak sedap jadinya. Walau pun sebenarnya nasinya juga sedap. Oleh itu, mulai sekarang, saya banned nasi ayam hajiali! Sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak. Poyo. Kesian tau tengok ada orang tu bungkus sampai 6 bungkus nasi ayam dan aku rasa aku tak dengar orang kedai tu cakap sambal takde. Mesti orang tu terkejut bila bukak bungkusan tu, kan? Mandai je aku.

Lepas makan, kami terus lah balik lalu jalan kluang, seperti biasa. Sampai di kota lebih kurang pukul 2 petang. Singgah solat di masjid kota. Entah ek? Masjid tu macam takde nama lain? Masjid jamek k0ta tinggi je ke namanya? Kasik la nama glemer sikit ek?

Pastu kami ke kedai kemboja, seperti biasa jugak. Tujuannya nak mencari telekung. Dan tudung jika berkenaan. Memang aku baru beli telekung sebelum gi umrah tu ari, tapi time balik umrah tu jugak, aku dah tertinggalkan satu telekung kat rumah in. So, memang short la disitu. Itu pun nak cerita hihi. Kengkonon tak nak lah beli kat plaza k0ta sebab biasanya mahal. Sekali tanya2 kat kedai kemboja, sama je range regenya ngan plaza kota. Lagi lah yang aku beli kat plaza tu ari tu sulamannya sejengkal dan tebal. Ni ada yang 2-3 inci je. Tapi, malas nak pegi tempat lain punya pasal (ngaku jugak akhirnya diri tu malas huhu), aku beli lah juga kat kedai kemboja. Jadik lah, buat menyambut puasa. Eh, tapi kan, malam tadi, bila aku sampai je surau, makcik lewat yang misteri tahun2 lepas tu cakap, eh, tengok ni cantik nya telekung. Aku adalah erk??? Semua orang buat blur sebab memang dah tau makcik tu macamana hihihi. Ada jugak orang yang berkenan hehehe. Selesai tawaf kedai kemboja, sebelum balik tu tersinggah kat gerai makan area bus stand. Dah nampak dibuka semua gerai2 makan tu. Aritu tutup sebab bus stand sedang direnovate. Tak makan pun, kami just minum cendol dan abc jek. Pastu baru balik semencu. Sampai tu lebih kurang kul 4 petang kot.

Besok pepagi, mil pergi gotong-royong sementara aku menjahit sisa2 baju yang belum siap. Haaa nak bagitau jugak ke? Setakat hari ini, baju yang betul2 siap sepenuhnya ialah 6 pasang. 4 pasang tinggal jahit getah cerut di tangan, manakala 2 pasang lagi ialah baju batik yang tak perlu jadi baju raya kot. Tapi 1 tinggal jahit leher jek. Sekian.

Eh, belum habis. Belah petang pulak, kami pergi ke rumah kakak di pasir gudang. Saje la tu nak menunjuk hiway baru kat aku. Ok, boleh la tahan cepat sampainya. Jarak hiway tu saja (tol ke tol) ialah 20 minit. Dan tempoh sebenar dari rumah ke saintek ialah 45 minit. Tol nya rm5.90 sehala. Cakap pasal tol ni, ada satu kejadian berlaku ke atas kad tac n go kami. Selepas balik umrah, di dapati kad itu sudah hilang. Puas dah buat reverse analysis untuk mengenalpasti lokasi terakhir beliau, namun hampa. Lalu kesimpulan dibuat, mungkin encik hairul terbuang ketika melakukan proses seiri ke atas sampah sarap di dalam kereta. Lalu, semasa balik dari melaka tu ari, kami telah pun membeli kad yang baru. Plusmile. Baki dalam kad lama kaan dikreditkan ke dalam bank katanya. Banyak tak banyak la. Encik hairul baru je top up sebab beliau plan nak ke penang sebelum ke tganu tu ari.

Nak dijadikan cerita, malamnya (balik dari melaka tu) tengah aku mengiron baju, tiba2 aku ternampak satu kad di tepi sofa, betul2 di sebelah kaki encik hairul. Eh, macam kad tac n go (dia telungkup). Bila aku ambik, laaa memang kad tac n go pun. Musykil di situ. Aku suspek kad tu jatuh dari kocek baju atau seluar yang sedang ku iron itu. Tapi dia tak kembang ke haper la. Mungkin memang dia tahan basah kot. Ermmm jumpa pun tak guna. Kad tu dah pun diterminate petang tadik. Ironinya, sepanjang jalan balik dari melaka tu kami dengar ceramah bertajuk, jagalah Allah, Allah akan jaga benda tak bernyawa milik kita. Takyah kasi contoh la kan. Ini lah contohnya. Bukan lah nak tunjuk yang kami menjaga Allah. Tapi, macam tu lah.

Dan yang menariknya tentang hiway baru ini ialah, jambatan dia adalah berbentuk huruf A. A for ayun dan A for asia jua. Terima kasih.

Kat rumah kakak, makan2 buah. Memang tujuan pergi tu pun sebab nak hantar buah durian. Oh, ini lah pertama kali sejak kami berumahtangga, aku dapat merasa durian semencu. Selama ni durian2 itu tak sempat menjadi buah kerana bunga2an nya dimakan oleh cik monterez. Durian kawen la kot sebab sedap sangat. Setiap biji adalah terbaik. Alhamdulillah. (ni pun baru lepas makan durian jua : 11 malam). Selain itu, ada juga buah langsat. Pun manis2 belaka. Rambutan takde sebab pokok mo'tan telah ditebang habis. Sedih.

Pukul 6 petang, kami pun berangkat pulang. Sampai tu dekat2 maghrib. So, aku terus bersiap nak balik eto5. Bila tau je besok puasa, kami terus pergi ke masjid eto5. Sampai masjid betul2 tengah qamat. Selesai semua, kami pergi makan kat kedai mail. Senang je panggil nama kedai mail, padahal kat eto5 tu kedai abang dia hihi. Yang kat kota pun dah pindah (ke bukak cawangan) kat proton lama depan kehepsi. Yang tu kakak dia punya (ada tulis nama kat signboard kedai). Aku order mee goreng mamak, dan encik hairul order mee bandung. Sedapnyerrrrrrr mee goreng dia. Mamak punya mee goreng pun tak sedap camtuh. Lenkali ingat ya, order mee goreng mamak. Habis makan baru lah kami balik ke rumah. Semorang dah tido.

Besok pagi mak kejut sahur. Makan nasi lauk kari ayam dengan telur dadar. Dan yang penting, minum teh o panas. Pas subuh sambung membuta hehehe. Ala bulan pose, bangun cecepat pun bukan nak buat apa pon kan (padahal kalau tak poser pun takbuat apa2 jugak hehe). Bangun tu baca paper dan jahit. Laaa berbalas2 pantun pulak. Semalam berita mamat tu putuskan tunang bukan angkara orang ketiga. Hari ni pulak si gadis kata memang angkara orang ketiga. Baru je ari jumaat tu aku baca blog si gadis ni kisah pertunangan mereka. Sempat timbul jeles di hatiku melihat kebestan majlis bertema arab itu. Dengan kek bentuk laptop lagi. Tak sampai 3 bulan dah putuih? Isy isy isy, kalau hutang tu, harus lum abis bayar tu. Tah2 kek pun lum abis, ada lagi duk dalam esbok. Dah dah dah jangan sibuk hal orang.

Belum tengahari, mak dah tenggek rendang ayam tua. Sedapnyaaa. Semerbak je kan. Dah la first day poser. Selepas beberapa sesi tido bangun, pukul 5 petang, kami pun kembali ke semencu. Mak tapaukan rendang sikit. Kengkonon nak beli karipap ngan popia biasa tu, sekali dah habis pulak. Mana tak habis, pukul 3 lebih dia dah start jual. Beli je lah donut ngan kuih bom.

Sampai semencu, mil tengah memasak sayur lodeh. Ada nasi impit! Elok lah tu. Aku lak bawak rendang. Pra-raya gitu. Kendian kami masak sambal tumis udang, telur rebus dan ayam goreng. Jadi lah lontong!

Malam ni terawih di masjid semencu pulak. Selama ni aku tak pernah pergi masjid ni. Ada la sekali aritu masa pergi kursus haji. Tapi tak pernah terawih kat situ. Biasa terawih dibuat di surau berhampiran rumah. Panasnya!!! Menjejes peluh aku. Macam kat mekah pulak. Cumanya kat mekah takde lah peluh menjejes2. Nama je ada ekon, tapi tak dibuka pun. Kalau bukak pun tak cover area pompuan kot. Dari segi penyampaian (tah apa istilah yang sesuai), rasanya masjid ni better la dari masjid eto5 semalam. Masjid eto5 tu macam kejar ketapi.

Balik dari masjid, terus lah kami berkemas2 untuk pulang ke pr. Pung pang pung pang, pukul 11 jugak lah baru bergerak. Siap bawak durian lagi. Pening pening. Sampai pr lebih kurang jam 1 pagi. Aku mandi dan terus titon. Tamat.

Ada pun aku adalah malas nak edit dah gambar ni. Maka, aku letakkan gambar2 ni di hujung entry. Kot ada orang nak tengok la.

ABC cendol yang di minum di kota

Untukku cendol jagung

Ini di persimpangan tanjung balau-hiway. Kalau terus pergi desaruu



Nama je hiway, tapi satu lorong jek

Plaza tol pon sempoi je

Ya, sila pasrah kerana membayar rm5.90 tetapi terpaksa melalui jalan kecil. Jambatan tu mahal kot.

Dari jauh kelihatan huruf A. A juga for Allah swt. Insaf tak? Toksah la perasan derang nak abadikan pangkal nama ko kat jambatan ni.

Menghampiri jambatan. Gambar atas jambatan takde sebab aku sibuk ambik video.

Mee bandung di kedai mail. Kureng la sikit, tapi banyakkk.

Mee goreng mamak yang sedap sangat

Tetiba lak gambo ni tertinggal. Boleh la buat panduan di hari raya. Boleh?

5 komen:

shue said...

mahalnya tol....

AyunasiA said...

sekarang duduk kampung pon dah ada tol ok. kalah tol kl

Cikgu Nana said...

hihi....aku duk kat tengah2...kalau area belakang cam scientex, kota masai....cahaya masai...berbaloi guna hiway tak cukup budget tu (miskin)...so far aku hanya boleh memanfaatkan hiway itu kalau nak picnic. Tetapi bila lalu di jambatan tu terasa seperti...oooooooh seronoknya....ada perasaan bunga2 pat dalam ati hehehehe.....sebab view dia cantik.

Lub said...

panjangnya citer..tp aku baca la jugak..dan kemudian menyesal sbb tgk gambar ABC... alahai laparnya...

AyunasiA said...

yana: ada satu kapal terkandas kat situ ek. tak lepas nak lalu bawah jembatan.

lub: ko bayangkan je lah citer aku pasal jembatan ni. aku kalo tgk abc haus, ko lapar lak.